Thursday, 9 June 2016

Hi.. hehe.. sorry la.. dh lama tak update blog.. laptop tade.. dah lame hilang kene curi tak berganti-ganti lagi.. Well, since bulan puasa pun dah mula.. apa kata layan mata dulu.. cuci skit bagi clear dengan Felinna Boutique ni.. click link ni tau https://goo.gl/MogugD

Saturday, 28 February 2015

Salam 2015!! haa.. gituu..

Ye.. ye.. aku tau.. dah hujung february ni baru nak wish. Tapi tu lah.. aku plan nak buat entry setahun sekali.. amacam? ok tak? heheh.. hopefully this year gonna be my super-duper-idea-mencurah-tak-henti-henti year so that i can proceed with my so-called hangat-hangat-taik-ayam novel yang entahkan bile nak siap. Kena kahwin dulu kot aku rasa.. hahah.. barulah orang kata skrip and scene datang dari pengalaman sendiri.. hahaahaktuii.. Ok.. i will definitely try my best to come out with a very good story then.

Aa.. There's one girl who asked me to write about my life (past), should be interesting she said. Haaa.. I think that's good idea but i also think that is not a very good idea. Camne tu? Ok.. My past.. is definitely something that i dont want to share but it might be a good lesson to others. Nantilah tgk camne..

Last but not least.. aku doakan jugak tahun ni tahun kawin aku.. sebab ingat nak kawin tahun lepas. Tak sempat pulak. Kekasih hati ulam pegaga aku asyik nak kene pegi outstation je.. Indon-Thailand, Thailand-Indon.. nk ajak kawin pun susah.. hahahha.. gilee.. Biasa la.. when your age reach certain numbers.. kawin tu bukan priority.. dah tak terkejar2 sangat.. bukan nk kata kawin tak penting, siapa tak nk kawin.. aku nak kawin woiii.. it just that the passion is not like when you were in the late twenties.. kalo dah 27 ke atas.. masing2 plan siap dah.. "aku nk kawin before 30" aku dulu nk kawin lepas spm.. tp takde sape nk kat aku mase tu.. hahah.. and then you realize that bile dah lebih 30 tp tak berjodoh lagi.. haa.. maksudnye jodoh tu bukan boleh ko tau when and where its gonna happen. It will happen when Allah s.w.t want it to happen. Ok? paham naa adik2..

All right..!! actually i am soooo happy and excited that my fingers typing for this 2015 entry. hahah.. thn lepas seketul entry je kot aku buat.. ok.. have a blast day ahead guys.. see you soon.. err.. or see you when i see you.. haha.. ok.. bye.. err.. tata.. err.. ok. bai..

Monday, 18 August 2014

2014.. Seketul entry pn belum ade lagi...

eh.. eh.. dah bulan 8.. mmg tak memberangsangkan tumbesaran blog aku ni.. tu la.. orang lain nk ade blog.. aku pun sibok gak nak ade blog.. sudah nye.. "aaa.. aaa.. chuuwwww" hahahah..

cerita2 jiwang karat, terapung mapung nnti2 la aku hapload ek.. otak ni takdan nk buat peta minda.. cite selamanya kamu aku budget cam nk wat ending sedih je.. tp dlm hati tergedik2 gak nk wat happily ever after.. tgk la mood nnti.. hehehe.. cite yg lain2 takde modal la nk up.. hehe.. yg lain2 nyer cite tu mungkin makan puluhan tahun gak tu nak disiapkan..

sekian..

Aku yang lemau..

Tuesday, 22 October 2013

Ke Tepi..

Bersiul... Girang..
Dilaluinya lalang-lalang meninggi..
Bagai taman.. ada warna warni.. bersiul lagi..

Jalannya terhenti.. ada unsur yang ingin menariknya kembali...
Tak mahu.. Dia selesa di sini.. 
Dan unsur itu mendekati..
Tadi menarik.. menghalang pula kini..

Ke tepi.. Dia ingin berlari.. mahu dikejar rama-rama cantik..
Rama-rama itu bagaikan memanggil..
Dia senyum.. 

Tepi.. Dia mahukan itu.. 
Jangan halang lagi..



Sunday, 20 October 2013

Selamanya Kamu 20

Aku membuka mata, silaunya. Jam tepat pukul 5.00 pagi. Eh.. Apasal berat sangat ni, sesak tulang rusuk aku rasa. Terkebil- kebil aku memandang susuk tangan yang menindih badan. Tangan macam kenal. Cepat-cepat aku kalih ke kanan.. Ya Allah..

"Assalamualaikum sayang.." Dia mengenyitkan sebelah mata. Aku rasa darah malu-malu kucing dah mula menyerbu muka. Aku buat-buat tutup mata semula. Lagak seperti orang mengigau nak sambung tidur balik.

"Allah sayang.. tak payah la buat-buat tidur . Ingat abang tak nampak mata kat dalam tu dok bergerak kiri kanan atas bawah.." Hidung aku dipenyekkan. Haih.. laki aku ni kan. Kalau buat-buat tak nampak je tak boleh ke? Dah, aku nak buat ape ni..?

"Ermmmm..." Aku mengeliat panjang. Malu bila ingat malam tadi malam pertama. Takpe, aku anggap je konon macam malam tadi malam aku yang ke dua puluh satu. Haaa..

"Dah pukul berapa nih?" Tanya aku sambil pejam mata. Konon je. Padahal aku tau je dah pukul berapa.

"Kalau ikut jam abang dah pukul 5.15 pagi. Cepat lima belas minit."

"Sayanggg..." Sambungnya sambil mengusap pipi aku.

Alamak. Dia panggil la.. Aku yang tengah baring ni pun boleh rasa lemah lutut. Perlahan aku bangun dengan mata yang terpejam, aku tarik alas katil. Nak tarik comforter berat sangat. Aku berjalan ke arah pintu bilik air. Lakonan mengantuk ala-ala mengigau ni harus diteruskan.

"Eh.. sayang nak ke mana tu?"

"Ermm.. sayang nak mandi.."

"Tu pintu keluar la sayang.. Nak mandi kolam ke?"

Aku bukak sebelah mata. Hish.. apa kau ni Iman.. FAILED!!

"Eerr.. salah pulak.." Aku kalih badan aku laju menonong ke pintu bilik air. Ni confirm pintu bilik air punya.

"Kejap..! abang nak join.." Erkk..

Sepantas kilat pintu bilik air dibuka luas. Dia sedia menghulurkan tangan nak sambut aku yang sedia terpacak terkaku depan pintu.

"Heee.. " Nak tak nak senyum je la.. dah tak boleh lari. Huluran tangannya aku sambut ikhlas walaupun darah panas dekat muka aku ni tak hilang-hilang lagi.

*******

"Hoiih.. kau jadi lauk apa malam tadi? Ayam masak merah? Rendang tok? ke.. kau jadi agar-agar..?" Mengekek Sarah ketawa di belakang aku yang sedang mencedok bihun goreng. Aku kalih belakang. Beriya-iya ketawakan aku smpai mata pun tak nampak.

"Kau nampak ni?" Aku acah garpu dekat perut dia.

"Wehh.. kau jangan.. Kasim Selamat perut aku nanti." Terus di beliakkan bijik mata.

"Haa.. tau takut. Apasal kau tak cakap dengan aku laki aku ikut sekali. Boleh aku sediakan baju tidur ke.. losyen badan ke.."

"Waahhh.. gitu kau kan nak sambut laki.." Sarah menjulingkan biji mata.

"Aku pun baru nampak dia semalam. Berborak dengan Encik Amar. Serius weh.. laki kau memang smart, gagah perkasa. Siapa pelakon yang kau minat tu.. Geraldine??"

"Gerald Butler la ngok.." Jawabku.

"Haa.. Gerald Butler. Rambut yang ada uban-uban sikit tu.. lagi buat laki kau nampak hensem.." Bersemangat waja si Sarah bercerita.

"Kalau aku la kan.. " Sambungnya.

"Kalau kau apa..?" Tanyaku. Eh..eh.. minah ni. Cerita sekerat-sekerat.

"Kalau aku la.."

"Kalau ko apa? Eh.. aku hempuk jugak kau dengan cawan ni karang."

"Sabar la jap.. Aku tengah fokus ambik makanan nih.." Haihh.. mata aku menjuling ke atas.

"Haa.. kalau aku la, kalau aku jadi kau la. Aku simpan laki aku tu kat rumah.." Sarah menyeringai. Aku mengekek ketawa. Biar betul minah ni.

"kau ingat laki aku tu fosil dinosour nak simpan-simpan..?" Balasku. Sarah menjelir lidah.

Aku dan Sarah sama-sama membawa pinggan masing-masing ke tempat yang masih kosong. Cuma yang tinggal meja yang sudah dirapatkan. Nak tak nak aku dan Sarah terpaksalah duduk di meja 8 kerusi tu. Ada juga Sarah bertanya kenapa kekasih hati aku tak turun sekali. Lepas subuh tadi memang niat dia nak sambung tidur. Aku tak nak la kejutkan. Biar je lah dia berehat. Cadangnya nak di tapau saja breakfast untuk dia. Aku tak yakin yang dia dah sihat seratus peratus.

Dalam pada kami menikmati sarapan pagi dengan riuh rendah kanak-kanak mandi kolam, tiba-tiba ada sekumpulan manusia mendekati kami.

"Sudah-sudahlah tu makannya.. Hujan lebat pun tau berhenti.." Encik Amar menyapa. Eh, tu bukan menyapa. Tu menyindir.

"Eh.. Bos.. guys.. jemput makan.." Sopan aku menjemput sambil mata melirik setiap orang yang mengelilingi kami. Aduh.. sakit mata. Kenapa mamat ni ada sekali pulak. Kusut la..

"Tempat duduk tak cukup ni.. Kitaorang duduk sini boleh? Sarah..? Iman..?" Encik Amar meminta izin.

"Jemput la bos.. takde siapa nak marah.." Jawab Sarah. Aku dengan berat hati, menginjakkan sedikit kerusi untuk memberi ruang kepada mereka. Dan tangan itu cuba menarik kerusi di sebelah kanan aku. Jangan la kau duduk sini.. jangan la kau duduk sini..

"Opps.. sorry bro.. this seat is taken.." Aku menoleh ke sisi. Memang ade tangan lain yang menahan kerusi yang dipegang oleh tangan si dia.. Aku kalih sikit lagi untuk melihatkan empunya suara yang aku kira sangat familiar.

Ohh.. my saviour.. my intan payung.. my penawar hati.. my jiwa raga.. Rasa macam nak peluk je.. walaupun pagi tadi aku masih malu-malu kucing lagi.. Dia senyum memandang aku sambil mengenyitkan mata. Well.. yang kalah terpaksa beralah. Kerusi diberikan pada yang berhak berada di sisi aku..

"By the way, saya Rafiqin.. Rafiqin Raimi.. " Suami aku menghulurkan salam pada dia.

"Ohh.. i'm Fir.. Firdaus Hanafi.. Just call me Fir.." Suami aku menjemput Firdaus duduk di sebelah kanan dia. Haa.. takpe.. biar mamat tu duduk jauh sikit.. Takde la aku nak kena tengok muka dia.

"Hoi Raf.. lambat turun.. Aku ingat kau dah kenyang mengadap bini?" Encik Amar bersuara. Aku mengerut dahi. Dah ber aku kau ni.. dorang ni dah kenal ke?

"Amboi kau.. mengata aku nampak..?" Dua-dua ketawa mesra macam dah lama kenal. Aku blur.

"Abang dengn bos kenal ke?" Aku bertanya. Memandang mereka silih berganti.

"Kenal. Satu Sekolah.." Serentak menjawab.

"Sekolah rendah ke menengah..?" Giliran Sarah pulak menyoal.

"Dua-dua.." Serentak lagi..

Huishhh.. aku rasa macam dejavu.. Tapi asal macam dejavu cerita Upin dan Ipin je...


:P:P:P
Entry ciput.. besar skit dari siput sedut..






Sunday, 10 March 2013

Selamanya Kamu 19

"Yang sayang berdiri macam patung cendana tu kenapa? Tutup la pintu tu. Nyamuk banyak ni." Memang pun nyamuk banyak. Aku rasa macam nak suruh je nyamuk tu semua gigit dia. Mau la aku jadi patung cendana segala kalau tengok dia berdiri gagah macam tu.!

Perlahan aku menutup pintu yang terbuka luas.

"Abang buat apa dekat sini?"

"Teman sayang la.."

"Sayang tak suruh abang teman pun.." Ada nada tak puas hati di situ. Bersenang lenang pulak duduk atas katil tu.

Aku melangkah menuju bilik air. Tuala yang di sediakan aku ambil lalu aku keluar semula. Tuala aku berikan pada dia yang sedia duduk di birai katil. Tak bersambut tapi pinggang aku dirangkulnya. Aku pandang sekilas wajah dia. Eii.. rasa macam nak cubit je hidung dia tu. Berani-berani dia tipu aku.

"Kenapa ni sayang..? Tak suka abang datang ek?" Eh..eh.. suka-suki pulak dia nak serkap jarang macam tu. Siapa yang tak suka suami datang teman. Aku tengah merajuk dengan dia ni.

Aku menarik nafas dalam.

"Bila abang dah baik?"

"Ada la dalam seminggu dah.." Rafiqin tayang gigi.

Aku picit pipinya sekuat hati. Geram betul aku. Boleh pulak macam tu.

"Adeh.. adeh.. sayang..! sakit la. Meroyan ke apa?"

"Tau pun. Sakit pipi abang tu tak sama dengan sakit hati sayang tau! Belasah jugak karang!"

"Eceh, ada hati nak belasah abang. Jom la wrestling. Ingat abang tak larat ke.?"

"Wohh.." Aku menyengeh sendiri. Perlahan aku mengambil sebijik bantal yang berada betul betul di tepi katil, lalu dengan sekuat hati aku layangkan bantal tu tepat ke kepala dia.

"Ambik nih!" Bedekah-dekah aku ketawa melihatkan wajah terkejut dia. Baru tau..

"Wohh.. " Cepat saja Rafiqin menarik badan aku maka tergolek-golek la aku di atas katil.

"Nah..! Ambik ni pulak.!" Giliran Rafiqin pulak melayangkan bantal yang diambilnya. Huh, berdesing jugak kepala. Aku tak puas hati. Aku tolak badan dia. Aku ambil peluang untuk counter-attack. Berkali-kali membuat serangan balas aku mula rasa penat. Letih jugak rasanya main bantal ni. Aku mula rasa mengah. Tp aku tengok Rafiqin macam tak ada tanda-tanda nak berhenti. Amboi, tenaga lebih pulak dia malam ni. Dalam pada aku mengambil nafas, bucu bantal yang dihayunkan oleh Rafiqin, tepat mengenai mata aku.

"Abang...." Aku menutup sebelah mataku. Pedih rasanya.

"Alamak sayang... Sorry.. sorry.." Rafiqin cuba untuk melihat mataku. Aku keraskan tangan. Jenuh dia bertiup-tiup walaupun mata aku masih tertutup. Dalam diam, aku cuba menolak bantal yang dilepaskan Rafiqin tadi supaya jatuh dari katil. Senang sikit. Dia dah tak ada senjata. Aku tahan senyum.

"Ok tak sayang.. ?" Dia mendongakkan sikit kepala aku. Aku tenung wajah dia. Aku kenyitkan mata. Dengan kuat aku tolak badannya. Aku duduk di atas badan dia, bantal yang ada di tangan aku, aku hayunkan sekuat hati, aku hempuk sana dan sini. Dia cuma menahan muka dengan lengan.

"Ok..ok.. abang surrender!. abang surrender! Dah la sayang.." Aku meletakkan bantal. Puas gila dapat exercise macam ni. Aku pandang Rafiqin, dia tersenyum nakal.

"You look very very sexy honey.." Dia menggerakkan matanya memandang aku dari atas ke bawah.

"What are you looking at?"

*****

Better ada entry dari takde.. heheh..

Saturday, 9 March 2013

Writer's block i guess..

Wooo.. it's been 7 months already i didnt post any entry (e-novel).. and how bad it is? definitely not sure.. hahaha.. ape kene tah smpai tak boleh nk tulis.. well, sometimes the idea did come.. but not at the right time.. ade ke idea datang time aku tgh uk..uk.. dlm jamban.. time tengah mandi..  tp bile depan netbook.. aku dah lost.. dah tak ingat nk cite pasal ape? but.. it's ok.. hopefully i can produce something soon.. meanwhile.. just live my life to the fullest..!!