Tuesday, 26 July 2011

Aku.. Pengorbanan Seorang Wanita

Dia wanita biasa..
Isteri kepada seorang suami, seorang ibu kepada anak-anaknya..
Dia juga punya ibubapa yang agak berada statusnya..
Seorang yang tegas tp baik pekertinya..
Sentiasa ingin membantu orang apatah lagi jika saudara mara..
Pantang pula dia jika anak-anak tidak mendengar kata..
Pasti dapat habuannya..

Aku mengenali dia sepertimana dia mengenali aku..
Antara aku dan dia ada sesuatu..
Cuma bagi aku.. bayangan kelam itu bersatu..
Ibarat mimpi-mimpi yang menemani tidurku..
Walaupun ia benar-benar berlaku satu masa dulu..



Dia diuji Allah.. Ada nikmat yang ditarik semula..
Dalam pada diri ditimpa musibah.. Allah hembuskan 1 nyawa dalam hidupnya..
Mungkin dirinya berbelah bagi seketika.. Mungkin dia inginkan kedua-duanya..
Aku juga mahukan benda yang sama..
Malangnya.. pilihanya satu sahaja..
Tidak mengapa andai nikmat itu ditarik tiada kembalinya..
Yang pasti 1 nyawa itu dapat melihat dunia..

3 tahun melihat si kecil putih itu membesar di depan mata..
Sakit derita ditanggung tiada lagi tahannya..
Ditinggal suami dan anak-anak untuk kembali pada Yang Maha Esa
Tertutup sudah buku-buku amalannya..

Si kecil ini tiada merindui..
Malah sekarang ini sudah pandai berdikari..
Tiada pula mempersoalkan takdir diri..
Cuma kadangkala terfikir bagaimana rasanya punya ibu sendiri..
Kerna dia sudah terlalu lama tidak merasai.. dan tiada juga dia mengingati..
Namun dia tahu.. pengorbanan wanita itu suatu yang pasti..



(Al-Fatihah untuk dia yang telah pergi)

Selasa, 26 Julai, 9.36pm.

No comments:

Post a Comment