Sunday, 10 June 2012

Selamanya Kamu 15

Bab 15

"Abang tunggu sini dulu ye? Sayang nak ambil kereta kejap.." Aku mencari-cari kunci kereta di dalam handbag.

"Ala.. sayang tolak je la abang sampai kereta tu. Bukan jauh sangat pun. Lagipun abang malu la orang pandang-pandang abang dekat sini." Pinta suamiku. Bukan aku tak nak tolak, tapi melihatkan keadaan cuaca yang agak terik macam ni, tak sanggup pulak nak biarkan suami aku ni berpanas.

"Cuaca panas la abang. Abang tunggu sini je la ye.. Pleaseeee... " Kataku meleret.

"Lagi pun diaorang pandang abang sebab abang sayang ni handsome orangnya. Macam Gerald Butler." Aku mengenyitkan mata seraya mencuit pipinya.

"Pandai la sayang! Cepat tau..!" Tegasnya.

"Ok bos!!" Aku menjawab terus cuba membuka langkah. Tapi pautan dipergelangan tanganku membuatkan aku memandangnya semula.

"Whats wrong dear?" Tanyaku.

"I love you sayang.." Perlahan suara itu menutur tapi masih dapat ditangkap oleh halwa telinga aku. Terasa diri aku di awang-awangan. Entah kenapa kata-kata spontan tu membuatkan aku jadi tak tentu hala. Aku pandang wajah Rafiqin lama. 

"I love you too.." Bisikku.

"I love you more.." 

"I love you most.." Balasku tak mahu kalah.

"I love you more than you love me.." Mata Rafiqin memandang tepat ke anak mataku. Terasa getarnya jantung aku. Sudahnya aku menunduk malu. Rasa macam merah je pipi aku bila dia pandang aku macam tu.

"Hoii!! Korang ni takde tempat lain ke nak bercengkerama bercanda segala. Depan Tesco ni jugak la jadi hotspot." Sapa satu suara yang membingitkan telinga. Ermm, rasa macam kenal.

"Hish kak Maya ni, kacau daun la. Akak buat apa kat sini?" Tanyaku.

"Akak belajar berenang.." Kata kak Maya tak berperasaan. Rafiqin ketawa lepas. Lawak la tu konon. Erkk.. aku pun satu. Dah tau lagi mau tanya.

"Budak-budak mana Maya? Tanya suamiku.

"Ada kat belakang tu. Dok sibuk nak tolak troli. Aku nak cepat jadi lambat pulak."

"Abang.. sayang ambil kereta dulu la ek.."

"Eh.. Maya, korang singgah rumah akak hari ni, lama dah akak tak borak-borak dengan korang ni. Harap rumah je setaman, jumpanya macam duduk 20 batu la." Perli kak Maya. Alaa.. biasa la. Pengantin baru kot.

"Hee.. yang tu kena tanya encik suami dulu." Aku mengenyit mata pada Rafiqin dan kak Maya. Kalau suami aku setuju pun bagus jugak. Tak payah aku masak tengah hari nanti. Wahh.. best jugak tu. Mintak-mintak la laki aku setuju.

"Aku tak kisah Maya. Aku on je. Tapi aku tau, adik kau tu lagi seronok kalau ada orang masak untuk dia." Suami aku mengerling ke arah aku yang sedia buat-buat muka selamba.

"Eh, siapa kata aku nak masak untuk dia? Aku nak suruh dia yang masak untuk kitaorang." Kak Maya dan Rafiqin ketawa. Wah..wah.. bercakap macam aku ni takde depan mata.

"Hoiit.. !" Aku mengerut muka. Hish.. baru je nak bersenang lenang. Aku pulak nak kena masak.

"Apa hoitt-hoitt..? Tercegat lagi kenapa, pergi ambil kereta cepat, laki kau ni dah berpeluh dah." Suruh kak Maya. Baru aku perasan muka suami aku dah kemerah-merahan menahan panas. Peluh mula merenek di dahinya. Terus saja aku menepuk dahi lalu bergegas ke tempat meletak kereta.

Sedang aku mencari-cari kereta Persona Hitam milikku yang aku sendiri dah lupa letak dimana, tiba-tiba sayup aku dengar satu suara memanggil namaku. Aku menoleh sedikit ke belakang. Bila terpandang saja susuk tubuh yang sangat aku kenali cepat-cepat aku membuka langkah semula. Hishh.. meroyan ke apa laki ni. Kat mana aku ada kat situ la dia ada.

"Iman..! Tunggu..!" Panggilnya. Makin cepat aku membawa langkah. Tidak aku hirau panggilan dia. Jantung aku mula berdegup kencang. Takut kalau-kalau terlihatkan oleh suamiku. Dari jauh aku sudah nampak Persona hitam milik aku. Aku menekan punat membuka kereta. Aku berlari sedikit mempercepatkan langkah. Cepat-cepat aku membuka pintu kereta. Tapi malangnya pintu itu ditutup kasar oleh tangan sasa milik dia. Hoi!!. Rosak pintu kereta aku la.!

"Kenapa Iman nak lari dari Am ni?" Tanya dia.

"Bila masa pulak aku lari dari kau?" Soalannya berjawab soalan juga.

"Wohh.. kira tadi tu bukan lari la ek..?" Sinis saja senyumannya.

"Kau nak apa sebenarnya ni sampai tahan-tahan kereta aku?" Sekali lagi soalan berjawab soalan. Takde maknanya aku nak jawab semua soalan dia. Aku terkesan helaan nafas Amri. Bagai melepaskan bebanan.

"Kenapa Iman kahwin dengan dia? Dah takde lelaki sempurna lain ke?" Soalan yang keluar dari mulut lelaki ni memang mengundang marahku.

"Ke.. Iman kahwin dengan dia sebab duit? Iye lah, bergaji besar. Ada syarikat sendiri pulak tu. Kalau yang tu yang Iman pandang. Am ada semuanya la Iman. Tak perlu Iman berkorban berkahwin dengan dia. Malah Am boleh beri lebih dari tu." Lantang saja mulut dia berbicara. Tersirap darahku. Aku memejam mata mencari kekuatan dan kesabaran agar yang keluar dari mulut aku ni bukan la sumpah seranah. Aku membuka mataku memandang tepat ke anak matanya.

"Ohh, jadinya sebab ni la kau tinggalkan aku dulu? Sebab kau ingat aku ni mata duitan? Sebab aku hadap sangat harta karun keluarga kau yang sampai tujuh keturunan tak habis tu?" Aku lihat dia menelan air liur. Agaknya mesti tepat telahan aku.

"Iman.. please.. that's not what i meant. I'm sorry.." Pintanya. Dia berundur sedikit ke belakang lalu meraup wajahnya hingga ke belakang kepala. Jelik rasanya aku melihat wajahnya. Aku terus membuka pintu kereta. Ingin terus memboloskan diri ke dalam kereta. Aku menarik nafas sedalamnya sebelum menoleh wajahku ke  arah dia.

"Aku tak perlukan dia untuk kelihatan sempurna dekat mata orang lain Amri. Cukuplah dia kelihatan sempurna dekat mata aku.. dekat hati aku.. Malah dia seorang lelaki yang terlebih sempurna di mata aku. Kadang-kadang aku rasa aku yang tak layak untuk dia." Aku menatap wajah Amri lama.

"Dan kalau kau rasa kau cukup sempurna, cukup segalanya.. aku rasa ada baiknya kau hadapkan muka kau dekat cermin dan tengoklah sejauh mana sempurnanya kau tu dekat mata aku." Sambungku seraya memboloskan diri di dalam kereta. Enjin kereta aku hidupkan lalu aku berlalu pergi membiarkan Amri sendiri.

Aku menghentikan kereta betul-betul depan pintu masuk Tesco Cheng. Rafiqin kelihatan tersenyum seperti selalu, menghilangkan kekalutan yang melanda hatiku saat ini. Aku turun dari kereta kemudian menolak kerusi rodanya menghampiri tempat duduk penumpang. Aku membongkokkan sedikit badanku untuk membantu suamiku memasuki kereta. Alhamdulillah, hasil terapi fisiologi banyak membantu suami aku untuk pulih sedikit demi sedikit. Aku membetulkan duduknya agar selesa. Tiba-tiba terasa kucupan hangat singgah di pipi kananku. Aku mengerling ke arahnya.

"Abang ni, malu la orang pandang.." Aku terus mencubit lengannya. Terus saja bibirku disapa bibirnya.

"Abang.!!" Aku tolak perlahan pipinya. Ni la gatal tak kena tempat.

Tinn!!.. Tin..!!

"Adoii!!" Disebabkan terkejut, terhantuk kepalaku di bumbung kereta. Rafiqin hanya ketawa seraya mengusap kepalaku..

"Alalaa.. kesian sayang abang ni.." Pujuknya. Aku memuncungkan wajah lalu membawa keluar kepalaku melihat pemilik kereta yang meng'hon' aku.

"Haii Udaa..!! cepat la sikit jalan, kereta dah bersusun nii.. " Nyaring saja suara anak buahku, Sabrina. Aku memanjangkan sedikit leherku. Haah la, bersusun.! Aku mengangkat tangan tanda maaf. Cepat-cepat aku beralih ke sebelah tempat duduk pemandu. Pedal minyak aku tekan. Dicermin pandang belakang aku lihat kereta abang Zam mengekori kami.

"Kenapa sayang lambat sangat ambil kereta tadi? Ada jumpa sesiapa ke tadi? Tanya dia. Aku terkedu seketika. Berdebar jantung aku.

"Takde la, sayang cari kereta tadi. Tak ingat dah letak dekat mana." Jawabku membohong. Aku tak tahu kenapa aku menipu. Soalan yang tak kujangka tu membantutkan pemikiran aku.

"Wohh.." Pendek saja balasnya. Aku diam membatu. Teruskan saja pemanduanku.

"Abang nak makan apa nanti dekat rumah kak Maya? Sayang masakkan untuk abang nanti." Aku cuba membuang rasa resahku. Soalanku tidak berjawab. Aku kerling sekilas. Suami aku sudah melelapkan mata. Aku mengetap bibir menahan sebak. Ya Allah, kenapa aku berbohong.. Menitis juga air mata aku bila mengingatkan dosaku.







4 comments:

  1. Best walaupun pendek...#^_^

    ReplyDelete
  2. best, boleh tahan.. tak tahu aku, ko berbakat upanya ye:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bakat dah lame ade.. tp baru nk asah je.. muahaha..

      Delete