Sunday, 29 July 2012

Selamanya Kamu 18

Bab 18

Apa yang Encik Amar bentangkan dekat depan ibarat angin lalu. Orang kata, masuk telinga kanan lepas tu keluar telinga kiri. Aku rasa dah macam cacing kepanasan je. Duduk menongkat dagu tidak selesa. Aku berpeluk tubuh pun kurang selesa. Mana nak selesa, kalau ada sepasang mata yang sejak aku masuk bilik meeting tadi sedia memandang aku tidak berkelip. Bukan tak berkelip langsung la.. ada la jugak dia berkelip sekali sekala. Kalau tak berkelip karang, kering pulak biji mata.

"Boleh Iman..?"

"Iman.. are you here?"

Tak semena-mana Sarah mencuit peha aku. Aku yang agak terpinga-pinga menoleh pada Sarah seraya menjungkit kan kening. Sarah aku lihat memuncungkan bibir ke arah Encik Amar. Aku tengok Encik Amar dan yang lain memandang aku.

"Iye Bos??"



"Haii.. Jauh mengelamun. Ingat dekat suami ke?" Tukas Encik Amar.

Hish.. Encik Amar ni memalukan aku je la. Aku pandang tetamu yang lain. Masing-masing mengukir senyum. Cumanya sepasang mata itu je yang tajam merenung aku. Huh..! Ada makcik kisah!

"Saya tanya tadi, awak boleh ke?"

"Saya ok je bos.." Aku membalas. Padahal, apa yang dia maksudkan pun aku tak tau.

"Ok, that is it. Kita bergerak petang ni lah gamaknya. Thanks all for coming. Jumpa lagi la ye petang nanti." Encik Amar bersalaman dengan client kami yang sedia meninggalkan bilik meeting.

Aku pun bersalaman dengan tetamu perempuan yang lain begitu juga dengan Sarah. Farook pula mengekori Encik Amar menghantar tetamu. Sempat jugak aku bertanya pada Sarah.

"Kita nak ke mana petang ni?"

"Teluk Batik, Lumut." Bisik Sarah seraya melemparkan senyuman pada tetamu yang beransur keluar.

"Hah!!" Aku sedikit terjerit. Semua mata memandang ke arahku.

"Haaachummm!!" Aku pura-pura tutup hidung kononnya baru lepas bersin. Huh, terror aku berlakon. Aku menenyeh hidung aku yang tak gatal.

"Tu la kau, berangan lagi dalam meeting." Ejek Sarah.

****

Perjalanan pulang dari tempat kerja agak sesak hari ni. Aku mencapai henset lalu mendail nombor si kekasih hati. Berdebar-debar aku nak bagi tau dia nak kena outstation nih. Entah dia bagi atau tak. Telefon tidak diangkat. Haihh, mana pulak Gerald Butler aku nih.

"Assalamualaikum sayang..!!" Ceria suara suami aku ni.

"Kenapa abang lambat angkat?" Rengekku manja.

"Hepp, jawab salam abang dulu.." Suruhnya.

"Waalaikumsalam..."

"Abang jawab pulak soalan sayang tadi."

"Abang dekat atas tadi, terkejar-kejar turun bawah sebab henset abang dekat bawah."

"Hah!!" Aku antara dengar dan tidak.

"Eh..bukan.. bukan.. abang dekat luar tadi.. nak masuk dalam tapi abang punya kerusi roda ni tersangkut pulak. Tu yang lambat tu..

"Wohh.. Abang..." Meleret saja suara aku. Nak mintak izin. Kena la meleret mendayu segala kan.?

"Sayang kena pergi outstation la.. Kalau boleh, sayang tak nak pergi.. Tapi.."

"Sayang outstation dekat mana?" Celah suami aku.

"Err.. dekat Lumut.. Err.. Teluk Batik?" Tersekat-sekat suara aku.

"Ohh.. Oklah tu. Tak jauh sangat. Sayang drive ke? Bila gerak?"

"Sarah pick-up sayang nanti. Kejap lagi nak gerak la nih. Sayang balik rumah letak kereta jap and kemas barang sikit." Terangku.

"Ok then. Sayang take care ye. Don't worry about me. Kak Jah dan Zila kan ada."

"Thanks love. Big hug for you!!"

"Hugs for you too."

Setelah menjawab salam, aku meletakkan telefon seraya menghela nafas lega. Senang pulak dia nak lepaskan aku. Kalau tak, macam macam la dia cakap. Jauh la, takut aku penat la, jalan dekat situ gelap gelita la. Haihh..

***

"Kau betul ke nak pergi ni Raf?" Zam menyoal seraya menyumbat roti gardenia berinti sadin ke dalam mulut. Hidangan yang Rafiqin hidang untuk para tetamu. Orang takde bini, roti sardin je la yang terhidang.

"Tahnye kau ni, terkejut beruk pulak Ima tu karang." Kata Khadijah. Maya dan Rozila hanya mengiyakan.

"Ala kak Jah, kalau Ima tu tak terkejut beruk.. bukan surprise namanya." Rafiqin bangun lalu menarik beg pakaian ke depan pintu.

"Nanti kalau Ima call, jangan pecah rahsia pulak. Aku merajuk sebulan dengan korang nanti." Rafiqin berjenaka. Yang lain juga ketawa.

"Bawa kereta baik-baik ye Fiq. Dah sampai nanti telefon kitaorang." Pesan Khadijah.

Masing-masing mengiringi Rafiqin hingga ke dalam kereta. Doa je la yang mampu di beri setakat ni. Mudah-mudahan Rafiqin selamat sampai.

"Kak Maya tengok Zila ni tersenyum je dari tadi kenapa?" Tanya Maya.

"Tak lama lagi dapat anak buah baru la. Dah lama tak pegang baby nih?"

"Eh.. eh, ke situ pulak dia." Khadijah menunjal kepala adik bongsunya itu.

"Maya pun teringin jugak nak tengok baby Ima dengan Raf ni. Ikut muka siapa la agaknya.." Maya menokok tambah.

"Haah kan. Kak Jah pun dah lama jugak tak pegang baby ni. Nak peluk anak-anak, semua dah besar belaka. Nak di peluk-peluk pun dah tak mau dah." Khadijah melepaskan tawa.

"Hish korang ni.. takde kerja lain gamaknya.." Sela Zamran.

"Jom lah masuk.! Tuan rumah dah takde nih, kita buat macam rumah sendiri je la.." Sambung dia lagi. Disambut pulak dengan ketawa tiga orang wanita di sisinya.

*****

Perjalanan yang mengambil masa tiga jam setengah tu memenatkan aku. Walaupun bukan aku yang memandu. Kerja aku adalah tidur. Kemudian bangun semula, belum sampai? Aku tidur semula. Sarah aku tengok sedang menumpukan sepenuh perhatian pada pemanduan. Aku nak tolong drive dia tak nak. Nak tunjuk gagah la tu.

"Lambat lagi ke Sarah? Penat dah badan aku ni asyik bangun tidur je.." Rungutku.

"Lagi sejam setengah sampai la.. kau tu cuba la buat-buat tengok pemandangan ke.."

"Ateee.. nak tengok pemandangan apa malam malam gini yong..!!" Kataku. Haa.. tengok, dah ada bunyi-bunyi Perak dah ni.

"Ateee.. idok le teman tau.. Udoh malam yek..?" Sarah jugak mengajuk loghat Perak. Ada bunyi jugak Sarah mengajuk loghat Perak ni. Ketawa aku dah Sarah memenuhi ruang kereta. Untuk menghilangkan bosan, mula la kitaorang praktis bahasa Perak ni. Loghat Perak tengah ni aku jarang dengar kalau dekat Kuala Lumpur. Selalunya loghat Kelantan, Terengganu dan Utara. Negeri Sembilan pun jarang didengar.

Penat aku bersembang dengan Sarah, aku menyambung tidurku. Bila malam macam ni, dapat pulak tengok jalan raya yang lurus je, berat pulak bulu mata. Sudahnya aku lena lagi.

"Ima, bangun weh.. dah sampai ni.." Ima mengecilkan sedikit matanya akibat terkena lampu terang di lobi Resort Teluk Batik ini.

"Kau nak pergi ambil kunci ke?"

"Aku dah ambil pun kuncinya.." Sarah tersenyum padaku. Pelik pulak senyum minah ni malam ni. Jumpa pakwe hensem ke tadi?

"Nah kunci kau.." Sarah menghulurkan kunci bilik pada aku.

"Eh, kita tak sebilik ke? Asal asing-asing pulak ni. Takmo la aku tidur sorang-sorang Sarah.."

"Entahnya. Client kita ni dah kaya agaknya, bagi bilik sorang satu. Alah, kau tak payah risau la, bilik kau sebelah bilik aku je." Nasib baik sebelah-menyebelah. Takde la aku takut sangat.

Aku dan Sarah beriringan menuju ke tingkat dua. Agak meriah kawasan Resort malam ni. Mungkin ramai pengunjung agaknya.

Aku membuka pintu bilik. Sempat jugak aku melambai pada Sarah sebelum melolos masuk ke dalam.

"Selamat menjadi lauk kenduri..!" Ucap Sarah sebelum menghilang di balik pintu. Aku mengerutkan kening. Mengigau ke apa kawan aku sorang ni. Malam-malam macam ni cakap pasal kenduri. Ke sebab teringin nak makan rendang tok orang Perak?

Aku membawa beg pakaian mendekati pintu almari. Malas pulak nak kemas baju malam ni. Sudahnya aku sumbatkan dengan beg pakaian sekali dalam almari tu.

Aku merehatkan diri di atas katil. Roti perisa kentang yang aku beli petang tadi aku buka plastiknya. Lapar pulak rasa. Roti kentang tu aku cubit sedikit demi sedikit. Air botol mineral aku buka. Membasahkan tekak yang mula rasa kesat. Aku sumbat lagi roti kentang ke dalam mulut. Kali ni cubitan roti besar sedikit. Kembung pipi aku kiri dan kanan.

Bunyi ketukan di pintu mengejutkan aku. Mesti Sarah la tu. Tau takut. Mengata aku je tadi.

"Kejapp..!" Laungku dari dalam. Roti yang aku cubit, aku sumbat separuhnya dalam mulut. Separuh dibiarkan terkeluar.

Aku membuka pintu luas. Tergamam seketika. Antara percaya dengan tidak.

"Assalamualaikum sayang..!! Suprise!!" Jeritnya.

Dahi aku di cium mesra. Matanya memandang roti yang terjuih keluar dari mulut aku. Terus saja dia membuka mulutnya menyapa roti kentang aku dengan mulutnya juga.

"Hmm, potato bun.." Dia melangkah seraya menarik beg pakaiannya. Menonong saja dia tanpa melihat aku yang berdiri tegak mencerna semua. Tiada lagi kerusi roda, tiada lagi tongkat. Erkkk... Kenduri.? Siot betul Sarah!!


Bersambung..


4 comments:

  1. Hahaha...#^_^
    Pandai Raf buat surprise sampai roti yang Ima makan pun tak tertelan...hehehe

    ReplyDelete
  2. Sib baik tak tercekik.. hahha..

    ReplyDelete
  3. smbng lagiiiiii.... Best gila cita niiiiiii

    ReplyDelete