Sunday, 7 November 2010

Monolog Empunya Mata & Hati

Acapkali mataku menidakkan kata hati ini
Seringkali mataku tidak selari dengan kehendak hati
Pertelingkahan apakah yang sedang aku alami
Tatkala hati memilih jalan sendiri
Mata pula menyusup sepi pergi

Mataku ingin melihat ada apanya rupa
Hatiku ingin merasa ada apanya jiwa
Apakah jiwa dan rupa menghasilkan satu bentuk yang sama
Atau perlukah aku mentafsirkannya sebagai dua perkara yang berbeza

Mataku ingin melihat pada suatu keindahan
Hatiku ingin merasa pada suatu kenikmatan

Bolehkah aku hadirkan dua situasi ini dalam tulisan & coretan
Tapi mungkin ia cuma akan hadir pada penglihatan
Atau aku boleh mengubah ia menjadi perasaan
Tapi itu mungkin hanya hati yang boleh merasakan

Pada mataku, pada hatiku
Aku perlukan kamu
Aku perlukan kamu untuk menjadi satu
Aku perlukan kamu untuk menjadi lebih jitu
Penilaianku bergantung pada deria-deriamu
Terbentuknya keputusanku asalnya dari analisamu
Bersatulah kerana itu..
Dan.. aku akan tetap menjadi aku...

No comments:

Post a Comment