Friday, 3 December 2010

Nafas Kehidupan

Saat mentari mula meredupkan cahaya
Bakal mengakhiri siangnya
Terlindung dirinya disebalik timbunan gunung barat sana
Atau mungkin terbenam di lautan tenang yg tadinya bergelora
Itulah mentari yg telah ditetapkn hidupnya
Menjadi kitaran terjadinya siang dan malam manusia
Berpaksikan dirinya pada satu titik sahaja
Kalau diberi pilihan mungkin akan kelam dunia

Kisah mentari dan manusia adalah berbeza
Manusia itu kisahnya punya dua
Kiri dan kanannya
Depan dan belakangnya
Atas dan bawahnya

Bangun dan duduknya
Tangis dan tawa
Suka dan duka
Hidup dan matinya
Semua segala punya dua

Berdiri seorang manusia itu dipersimpangan
Kiri dan kanannya menjadi persoalan
Adakah kiri itu sebaik keputusan
Atau kanannya itu setepat tepat pilihan
Tolehnya manusia ke belakang, terimbasnya sejarah dan kenangan
Di depan nya pula, terlakar ukiran masa hadapan

Beradanya di atas manusia itu langit yg tak terhitung keluasan
Darinya turun titisan hujan bagai penghapus nista kehidupan
Berada di bawah manusia itu lapisan tanah yg tadinya ditimpa hujan
Menyuburkan segala tanaman yg menjadi punca rezeki setiap insan
Bangunnya manusia itu untuk menegakkan pandangan
Pandangan yg acapkali di salah ertikan
Duduknya itu kadang kala mencari kesabaran
Bilamana kesabaran itu perlu untuk menyingkap kebenaran

Menzahirkan kesedihan dengan tangisan
Dengan tangisan keluarlah segala kesengsaraan
Kegembiraan pula dizahirkan dengan tawa dan senyuman
Tawa dan senyuman itu mencerminkan hatinya yg ibarat sebuah taman
Tergambar wajah sukanya itu tatkala diperlihatkan ketulusan
Kerana ketulusan itu datangnya dari hati yang terselindung di sebalik badan
Terselit wajah dukanya andai diri dilanda keresahan
Mengharapkan keresahannya itu tidak berpanjangan

Hidupnya manusia itu kerana azam dan pegangan
Dengan azam manusia sentiasa ingin kehadapan
Dengan utuhnya pegangan akan sentiasa ada panduan dan batasan
Dan matinya manusia itu saat hilangnya harapan hilangnya pedoman
Langkahnya kian perlahan hanya menanti saat terhentinya degupan
Maka berakhirlah nafas sebuah kehidupan...

No comments:

Post a Comment