Thursday, 6 January 2011

Saat Gugurnya Dedaunan

Indah mata memandang dari kejauhan
Corak lukisan azali yg bisa memberi ketenangan
Tona hijau itu sungguh mengasyikkan
Ya, itulah rimbunan dedaunan yg masih utuh di ranting dahan

Tumbuhnya aku.. dedaunan ini kerana suburnya akarmu
Titis titis hujan dan cahaya mentari menggalakkan lagi hidupku
Menggalakkan aku untuk bertapak tidak berganjak dari ranting itu
Sombong aku pada deras bayu dan ribut lalu kerana aku masih disitu

Mindaku menerawang mengandaikan situasi
Mengharapkan keadaan akan tetap tegar begini
Eratnya gengaman rantingmu pada helaian daun diri
Tak mungkin aku lepaskan pautan akan itu yg aku pasti

Demi masa, hari berganti hari dan waktu berganti waktu

Warna keperangan, kekeringan jelas tergambar padaku
Akan gugurkah aku??.. tidak!! pautanku masih kejap pada rantingmu
Sekali lagi bayu dan ribut itu mengujiku

Aku masih disini, tetapi pautanku tidak lagi sekejap dan seerat dulu
Mintalah akar mencari sumber kekuatanmu,carilah ia didalam perut bumi itu
Salurkanlah sumber itu ke dahanmu, ke rantingmu.. dan seterusnya pada aku
Aku, sehelai daun yg begitu mengharapkan kamu

Tidak mungkin selamanya aku bertahan
Memperlihatkan dirimu tidak mampu lagi memberi harapan
Melayang aku dari ranting dahan meninggalkan perasaan yang dulu kau berikan
Gugur sudah dedaunan.. tanpa usikan bayu mahupun ribut taufan..



**********

Jangan aku menagih kasih pada lelaki yg tak mampu memberikan cinta
Jangan aku mendamba rindu pada lelaki yg tidak pasti kasihnya

No comments:

Post a Comment