Saturday, 31 December 2011

Pantun Lapan Kerat

Pantun lapan kerat ni aku buat sempena status berbalas pantun pd 3 April 2010.. (grammar tk yah tgk la.. lintang pukang kot.. hehe) well, i do enjoy my so called.. talent gitu.. hehehe.. cumeny skarg ni kurang skit ilham..


i walk and i look at my feet..
i can smell the breeze of ocean..
hiding my sorrow to the underneath..
so that i can smile quite often..
forgive and forget is what i did..
it is a precious thing that we have to learn..
trying to live with the facts in it..
sooner or later it will no longger be a burden..

Tuesday, 26 July 2011

Aku.. Pengorbanan Seorang Wanita

Dia wanita biasa..
Isteri kepada seorang suami, seorang ibu kepada anak-anaknya..
Dia juga punya ibubapa yang agak berada statusnya..
Seorang yang tegas tp baik pekertinya..
Sentiasa ingin membantu orang apatah lagi jika saudara mara..
Pantang pula dia jika anak-anak tidak mendengar kata..
Pasti dapat habuannya..

Aku mengenali dia sepertimana dia mengenali aku..
Antara aku dan dia ada sesuatu..
Cuma bagi aku.. bayangan kelam itu bersatu..
Ibarat mimpi-mimpi yang menemani tidurku..
Walaupun ia benar-benar berlaku satu masa dulu..

Sunday, 26 June 2011

Dia & Perjalanannya..

Sendirian dia meniti titian itu..
Sendirian dia menyusuri denai-denai penuh debu..
Mendayung meredah lautan biru..
Sendirian dia disitu kadangkala menunggu..
Sesat dia di jalanan.. terumbang ambing dia di lautan.. takut tiada siapa yang tahu..

Tersungkur di tengah jalan..
Dia gagahi jua bangun untuk menetapkan kedudukan..
Saat dirinya dilanda badai.. kalut jua mencari keseimbangan..
Dalam ketetapan.. Dia teruskan perjalanan..

Acapkali diduga.. hatinya mula meruntun hiba..
Berkira-kira untuk dia bangkit semula..
Sudah tiadanya daya.. seakan-akan berputus asa..
Rebah dirinya hilang punca..

Begitu dirinya tidak lagi menerima qada' dan qadar..
Saat itu dihadirkan kepadanya kasih setia.. Dia menjadi nanar..
Menafi keperluan kasih itu dengan tegar..
Akhirnya dia tersedar..

Meneruskan perjalanan melalui denai dan lautan..
Namun kali ini dia berteman.. jalan beriringan..
Walau tersungkur badan..
Akan ada huluran tangan.. genggaman bertautan..
Dia bahagia punya bimbingan.. dia bahagia punya dorongan..
Sentiasa menyokongnya dari belakang dan sentiasa menariknya kehadapan..
Membetulkan kesilapan.. mencari-cari kebaikan..
Mohon sentiasa perjalanannya dalam keredhaan..

Tuesday, 7 June 2011

Tiada Menjauhi..

Dendam itu datang tatkala hati dicarik-carik derita..
Melingkar disegenap ruang.. meniti disetiap detik..
Terlintas rancangan mengenakan.. membalas semula segala kesakitan..
Bagaikan jerat terpasang menunggu umpan memperdaya mangsa..
Namun hati yang lemah berdolak dalik..
Tiada guna membalas derita, tiada erti membungkam jiwa..
Halus hati melerai dendam.. lembut bicara bagaikan tiada semalam..
Hulurkan jua pegangan andai minta dipaut..
Tersuluh cahaya ketika dirinya dilanda kabus..
Tenggelam dendam datang simpati..
Saat bahagia tiadanya dicari.. Tatkala derita sibuk jua menyendeng disisi..
Apa yang pasti.. hijab itu sudah kuturunkan..
Kini percaya itu bukan pada kata.. yakin itu bukan pada perbuatan empunya..
Dari mata.. tulus itu ada.. pasti terpancar sinar...

Saturday, 14 May 2011

Memori..

Ingin kugarap segala memori pahit..
Lontarkan pada langit..
Jangan kembali dan jangan mengungkit..
Memori itu buatkan hidupku terasa sempit..

Ibarat api yang telindung disebalik sekam..
Ledakmu kadangkala meluahkan dendam..
Memori itu datang bagaikan pernah dirakam..
Habis putarannya di segenap alam..
Aku jadi bungkam..

Aku akui.. hidupku dikongkong memori lalu..
Aku begini kerana hidupku yang dulu..
Aku ingin berada di suatu tempat yg dulunya tiada aku..
Akan kulakar semula sejarah baru..
Sayangnya.. jasad dan minda sentiasa bersatu..
Berlarilah.. terbanglah jika mahu..
Apa yang azali di situ.. akan tetap disitu..

Mujur Allah itu Maha Adil dan Saksama..
Apa yang diberi pasti ada pasangannya..
Terkadang diberi pahit kemudian datang manisnya..
Ada yang awalnya manis.. terpahit pula dikemudiannya..
Andai terasa diri terbawa-bawa dendamnya.. marahnya..
Kenanglah memori ceria.. memori bahagia..
Hidup ini.. beginilah cara..

Tuesday, 3 May 2011

Selamat Jalan

Terima kasih padamu kerana sudi bertahta dihatiku..
Walau hadirmu hanya seketika waktu..
Walau dirimu tak pernah ku harapkn dulu..
Aku menghargai dirimu seadanya kamu..

Dirimu dulu pernah bergelar sahabat..
Dirimu pernah bergelar kekasih..
Andai tersua kita di suatu tempat..
Tidak mungkin ku lupa yang kita dulunya berkasih..

Maafkan aku di atas segala kesilapan..
Maafkan diriku kiranya kehadiranku tidak menyenangkan..
Maafkan kiranya diriku tak pernah membawa kebahagian..
Aku hanya insan biasa yg kadang kala alpa dengan keegoan dan kebencian..

Pergilah kamu mencari jati diri..
Pergilah kamu menjadi wira hati..
Pergilah seandainya itu yang pasti..
Aku hanya disini bersama doa mengiringi..

Wednesday, 13 April 2011

Damai Dalam Hujan

Kala hujan mendamaikn aku..
Titis-titisnya menyentuh kulitku..
Aku tenang disitu..
Damai aku dengan rahmat-Mu.

Kala hujan menyukarkan pergerakan..
Manusia menzahirkan rungutan..
Aku hanya menguntum senyuman..
Bahagianya andai aku berdiri di dalam hujan..

Kala hujan aku mengimbau kenangan..
Bersama teman2 dalam kepulangan..
Serasa titis hujan, aku dan teman saling berpandangan..
Dalam dengusan ada senyuman, letus tawa dalam keriangan..

Kala hujan membasahi bumi..
Ada insan yg mengharapkan matahari..
Jangan hirau kerna tak selamanya matahari itu pergi..
Kerna matahari, hujan itu pasti datang lagi..




p/s: jgn men hujan time ade petir ye.. tak pasal2 je karang..


10:35pm

Sunday, 6 March 2011

Puisi Untuk Cinta

Belum hadir rindu itu ketika engkau memanggil namaku..
Belum hadir kasih itu ketika engkau berjalan menghampiriku..
Belum hadir sayang itu ketika engkau berdiri disampingku..
Belum hadir cinta itu ketika engkau menyulam jari-jemarimu di jari-jemariku..
Hadirnya rindu itu, hadirnya kasih itu..
Hadirnya sayang dan cinta itu hanya kerana..
Aku membuka ruang di hatiku untuk kamu..

Friday, 4 March 2011

Aku Peneraju Jiwa..

Aku berlari..
Bagaikan aku sedang di ekori..
Tiada hala..
Tiada tuju yg pasti..
Aku terus berlari..

Tiada aku rasakan ketakutan..
Tiada aku merasakan debaran..
Cuma aku rasa diri dalam kekalutan..
Kalut aku dalam kelemasan..
Ternyata aku bukan lemas dalam lautan..

Sesaat ku rasakan diriku bagaikan di gurun sahara..
Debu-debu liar itu mengkaburkan pandangan mata..
Terhenti aku seketika..
Hatiku berdetik memikirkan apa ada dibalik gurun sana..
Ralit fikiran hingga aku terlupa..
Aku lupa.. aku dikejari bayang yang tiada ku pasti jasadnya..

Aku membuka langkah meneruskan pelarian
Walau betapa pantas ku berlari tiada jua memberi kesan
Aku masih disini.. semakin dihampiri bayangan
Aku kaku.. tak mampu ku teruskan..
Hanya kehadiran cahaya yg kuharapkan..

Di ufuk timur terbit sinar cahaya..
Nun disana berdirinya seorang manusia..
Siapakah dia..?
Dia peneraju jiwa
Dia memutuskan untuk bangun bersama cahaya
Dia memutuskan untuk tidak alpa
Tidak membiarkan dirinya ditenggelami bayangan hampa
Kekosongan yg ada tidak dijadikan ruangan semata
Ruangan itu diisi dengan nilai, harapan dan kepercayaan setiap masa..

Ku dekatkan diri pada si peneraju jiwa..
Semakin hampir aku padanya..semakin pudar bayangan gelora..
Aku berdiri disisinya.. Aku menoleh si peneraju jiwa.. tiada..
Kini aku sedar.. Akulah peneraju jiwa..
Aku putuskan dimana aku ingin berada..
Aku mendongak.. Langit itu luas terasa..
Namun aku pasti.. Masih ada Peneraju Agung Semesta..
Hanya Dia.. Dia yg Maha Esa..


5 March 2011
12.16am

Thursday, 6 January 2011

Saat Gugurnya Dedaunan

Indah mata memandang dari kejauhan
Corak lukisan azali yg bisa memberi ketenangan
Tona hijau itu sungguh mengasyikkan
Ya, itulah rimbunan dedaunan yg masih utuh di ranting dahan

Tumbuhnya aku.. dedaunan ini kerana suburnya akarmu
Titis titis hujan dan cahaya mentari menggalakkan lagi hidupku
Menggalakkan aku untuk bertapak tidak berganjak dari ranting itu
Sombong aku pada deras bayu dan ribut lalu kerana aku masih disitu

Mindaku menerawang mengandaikan situasi
Mengharapkan keadaan akan tetap tegar begini
Eratnya gengaman rantingmu pada helaian daun diri
Tak mungkin aku lepaskan pautan akan itu yg aku pasti

Demi masa, hari berganti hari dan waktu berganti waktu