Bab 13
"Sorry la abang Nuar, kalau tak, kita dah boleh menang dah.." Iman bernada hampa. Hampa kerana balingannya yang terakhir tidak berapa berjaya lalu meletakkan mereka ditempat kedudukan yang kedua.
"Hisshh.. kenapa cakap macam tu? Bukan rezeki kita kan. Dapat tempat ke-dua pun ok juga apa? Kan Am?" Anuar menenangkan Iman. Amri sekadar mengangguk mengiyakan.
"Ok.. Tapi apa-apa hal pun Iman minta maaf tau abang Nuar, Am." Kata Iman.
"Ye lah.. ye lah.. Dah la tu. Ni Iman balik naik apa ni?" Tanya Anuar.
"Apa la abang Nuar ni. Datang dengan bas, of course la balik pun dengan bas." Balas Iman.
"Haah la, bijak adik abang sorang ni. Awak datang siang memang la ada bas. Sekarang ni dah pukul berapa adik manis?" Tekan Anuar seraya mencuit hidung Iman. Iman memandang jam di pergelangan tangannya. Membulat mata Iman. Jam sudah mencecah angka 11 malam. Serta merta dia terus berdiri. Bergegar meja akibatnya. Amri dan Anuar sudah memegang gelas air masing-masing. Nasib baik tak tumpah air mereka berdua.
"Kenapa tak bagitau Iman awal-awal..! Abang Nuar la ni, ajak Iman makan. Tengok, kan dah lambat. Sampai terlupa Iman nak balik" Rungut Iman.
"Aik, abang pulak.." Anuar ketawa. Kelakar bila melihatkan Iman yang sudah menggelabah. Padahal awal-awal lagi dia sudah merancang dengan Amri supaya Amri menghantar Iman pulang. Kalau tidak tentu dia tidak akan mengajak Iman untuk minum-minum dulu.
"Am hantar Iman nanti.." Dalam kekalutan, Amri mencelah. Iman yang sudah menyandang beg, bagaikan terkena kejutan elektrik. 'Si Stone Cold ni nak hantar aku? Nak pulak dia.' Tertanya-tanya Iman di dalam hati.
"Dah la, minum air dulu, kejap lagi Am hantar." Sela Amri lagi. Iman duduk semula lalu dia meneguk air teh o ais seraya memandang Anuar yang sudah mengenyitkan mata. Dari bawah meja, Iman menendang kaki Anuar sekuat hatinya.
"Aduhhh.!!" Wajah Anuar menyeringai. Dia mengusap tulang ketingnya. Bisa sungguh rasanya sepakan Iman.
"Padan muka abang..!"
"Ok la Nuar, kitaorang balik dulu. Kau tu drive elok-elok balik Melaka tu nanti. Dah malam ni." Pesan Amri pada Anuar.
"Don't worry la bro. Kau tu elok-elok bawa anak dara orang." Pesan Anuar pula.
"Iman, kalau si Am ni nak buat apa-apa kat Iman, Iman tendang anu dia kuat-kuat tau..!" Anuar sudah ketawa. Seronok dapat mengenakan sahabatnya itu. Muka Iman sudah kemerah-merahan menahan malu. Mulut takde insurans betul Anuar ni.
"Kau ni kan.. Tak senonoh. Lagilah takut si Iman ni nak balik dengan aku nanti!!" Amri menyiku perut Anuar. Masalah betul kalau dapat kawan yang suka cakap tak berlapik dengan kertas pasir dulu.
"Entahnya abang Nuar ni. Tak senonoh tau. Iman ni budak kecik lagi la. Tak boleh dengar benda bukan-bukan macam ni." Iman menekup kedua-dua belah telinganya seraya menggeleng-gelengkan kepalanya. Amri dan Anuar ketawa melihat gaya Iman.
Iman, Anuar dan Amri berjalan beriringan menuju ke kawasan parkir. Kemudian mereka berpecah. Iman membontoti langkah Amri. Dalam dia bersetuju untuk mengikut Amri, ada juga rasa takut. Amri kemudiannya membuka pintu kereta untuk Iman. Iman mendekati, tapi tidak pula dia meloloskan dirinya ke dalam kereta milik Amri. Amri yang melihatkan keadaan Iman yang ragu-ragu terus saja memegang kepala Iman lalu menekannya dengan lembut membuatkan Iman terpaksa juga masuk ke dalam kereta. BIla melihatkan seluruh tubuh Iman sudah memasuki kereta. Amri menutup pintu, lalu dia berjalan ke arah tempat memandu. Iman sekadar memerhatikan langkah Amri dari dalam kereta. Bila saja pintu tempat pemandu dibuka dari luar. Iman cepat-cepat mengalihkan pandangannya ke luar. Berdebar hatinya bila berada dengan Amri. Boleh tak senang duduk dibuatnya.
Sepanjang perjalanan pulang, Amri tidak berkata sepatah pun. Iman makin resah. Nak berbual, tapi dia sendiri tak tau apa yang harus dibualkan. Sudahnya Iman membuka radio bagi memecah kesunyian. Elok saja jari Iman ingin membuka radio, tangannya dipukul oleh Amri.
"Adoihh.. Apa Am ni?" Terkejut Iman dibuatnya.
"Siapa suruh bukak, Am tak suruh pun." Kata Amri senada. Iman memuncung seraya memeluk tubuh. Amri menjeling sekilas wajah Iman. Comel..! Dalam hati Amri mengiyakan kata-kata Anuar dulu. Iman memang comel.
"Eh.. Am.." Panggil Iman bila melihatkan Amri sudah terlepas simpang menghala ke rumah Iman. Amri hanya diam meneruskan pemanduan.
"Am dah terlepas simpang masuk rumah Iman ni.." Iman menoleh kebelakang melihat lorong yang sudahpun terlepas. Amri mengeluh perlahan. Iman memandang wajah Amri.
"Iman temankan Am jalan-jalan malam ni. Am rasa nak hirup udara malam la.." Lembut saja suara Amri. Wajah Iman dipandang sekilas. Iman yang tadinya kelibut terus menenangkan diri bila melihat wajah Amri yang tenang memandu. Lelaki ni memang sukar diduga. 'Dah tu bukan nak tanya dulu kita nak ikut ke tidak.' Iman mengomel sendiri.
"Hah?" Amri memandang Iman.
"Takde apa.." Iman senyap memandang ke luar tingkap. Sedar yang dia sudah terlepas kata.
Kereta Amri meluncur laju membelah malam. Dari Jalan Genting Kelang, Amri memasuki semula MRR2 terus menuju ke Ampang. Akhirnya kereta berhenti di bahu jalan. Pemandangan Kuala Lumpur dari Bukit Tinjau memang cantik.
Amri keluar dari kereta. Iman hanya diam. Tidak rasa ingin keluar dan membiarkan badannya gigit nyamuk. Perlahan Amri berjalan ke arah tempat duduk penumpang lalu membuka pintu.
"Keluarlah.." Pinta Amri lembut.
"Tak nak la.. banyak nyamuk..!" Iman merungut. Badannya masih lagi di dalam kereta. Amri dengan pantas menarik lengan Iman. Nak tak nak, Iman terpaksa keluar dari kereta. Pintu kereta ditutup kasar. Iman diam tidak berkutik. Takut jika dia sudah menaikkan kemarahan Amri.
"Am bukan suruh buat apa pun. Temankan Am dekat luar ni. Tak kan Am nak tengok sorang-sorang. Kalau macam tu baik Am datang sorang je.." Senada saja suara Amri. Iman sudah menggaru kepalanya yang sedia gatal. Iman menyandarkan badannya di pintu kereta. Amri juga sama. Angin malam menghembus agak kuat ke wajah mereka. Selendang Iman juga turut berterbangan hujungnya sehingga mengenai muka Amri.
"Opss.. Sorry.." Perlahan Iman menarik semula selendangnya. Amri ketawa.
"Potong stim betul la Iman ni. Am dah sedap-sedap layan feeling.." Amri membetulkan selendang Iman yang sedikit senget akibat ditiup angin.
"Angin kuat sangat.." Kata Iman seraya membetulkan juga selendangnya. Hatinya berdetak entah apa rasa bila Amri membetulkan tudungnya tadi.
Amri kemudiannya membuka pintu kereta belakang. Diambil beg kertas Sony Ericsson lalu diberikan kepada Iman. Iman terpinga-pinga. Lambat-lambat dia membuka isi kandungan dalam beg kertas tersebut. Mulutnya sedikit terbuka.
"Hishh Iman ni.. tutup la mulut tu. Masuk nyamuk nanti." Amri berjenaka.
"Untuk Iman ke?" Tanya Iman. Amri mengangguk dengan senyuman.
"Tapi Iman dah ada telefon."
"Telefon ni lain. Hanya Am je yang boleh telefon Iman pakai telefon ni. Jangan bagi nombor telefon ni dekat siapa-siapa tau. Am tak suka." Tegas saja suara Amri.
"Terima kasih.." Perlahan saja suara Iman. Walaupun dalam kekeliruan, sempat juga dia ucapkan terima kasih. Keliru sebenarnya dengan sikap Amri. Kenapa sampai nak sediakan telefon segala. Siapa Iman disisinya?
Bersambung..
No comments:
Post a Comment