Bab 12
"Weh Am! Cepat-cepat..!" Gesa Anuar.
"Apa dia kau ni? Aku nak makan pun tak senang!" Amri menyuapkan nasi ke dalam mulutnya sebelum memandang ke arah yang ditunjukkan Anuar.
"Tu haa.. Budak yang jatuh longkang hari tu. Kesian giler kau tau." Cerita Anuar.
"Habis tu kau tolong tak?" Tanya Amri bosan seraya meneruskan suapan.
"Aku..? Tolong jugak la.. Tolong tengok!" Ketawa Anuar bila dia teringatkan insiden budak perempuan yang baru report duty membuat praktikal di syarikatnya. Amri hanya menggelengkan kepala. Dah tau perangai kawan dia yang seorang ni. Cuba kalau awek cun yang jatuh tergolek depan dia, tak payah disuruh-suruh. Amri menoleh sekilas budak perempuan yang dimaksudkan Anuar tadi. 'Ermm.. nampak clumsy. Comot pun iye jugak. Overall, not my taste la.' Bisik hatinya.
Amri lalu bangun dari tempat duduk. Walaupun dia pemilik klinik, tak semestinya dia perlu mengambil kesempatan. Bukan macam Anuar, anggap syarikat tu macam moyang dia punya. Suka-suka hati nak rehat pukul berapa dan balik pukul berapa.
"Ehh, kau nak balik dah ke Am? Alaa.. tak sporting la kau ni.. Dah kata doktor, ada klinik sendiri lagi. Rileks la dulu.." Ajak Anuar.
"Wa bukan macam lu der.. Moyang lu ada share dekat company tu.." Perli Amri.
"Siot je kau kan.. Eh.. kau tak nak mengorat budak tu ke?" Tanya Anuar.
"Siapa? Budak yang kau tunjuk tadi? Tak nak la aku.. Hishh, kau ni.. Please la, tak padan kot. Pendek je aku tengok.." Angkuh saja jawapan Amri.
"Takpe.. takpe, kalau kau tak nak. Aku nak try.. Walaupun tak berapa nak cantik. Tapi comel tu ada. Aku tak demand sangat macam kau!" Perli Anuar. Anuar lantas bangun lalu berjalan mendekati perempuan yang dikatakannya tadi. Amri hanya menjadi pemerhati. Di gelengkan kepala melihat gelagat sahabatnya itu. Pantang nampak perempuan. Main sambar je. Takde taste langsung.
"Haii.. Iman kan? Iman makan seorang je ke? Budak-budak praktikal yang lain mana?" Tanya Anuar.
"Haah, budak praktikal yang lain dah makan awal. Tak sempat Iman nak join diaorang.." Agak lemah suara Iman. Melihatkan kawan-kawannya yang lain masih lagi bersenang lenang tiada tugasan. Dia pula, awal-awal lagi sudah diberikan kerja oleh ketuanya.
"Nak abang temankan tak?" Tanya Anuar. Iman sudah mengerut dahi. Sedikit pelik melihat gelagat lelaki yang berada di depannya ini. Nama pun dia tak tau siapa. Takkan nak disuruh teman pulak.
"Ohh.. lupa pulak abang nak kenalkan diri. Nama abang Mohd Anuar. Iman panggil abang Nuar je. Kalau nak panggil abang saja pun ok. Lagi sejuk hati abang." Anuar mula memasang jarum. Dikerling Amri yang tidak jauh dari mereka. Amri sudah membuat gaya menjolok mulut tanda ingin muntah. Anuar hanya mengangkat kening.
"Apa la abang Nuar ni. Kelakar. Tapi Iman beli bungkus je ni. Nak makan dekat pantri." Kata Iman. Dia mula menapak ke kaunter bayaran.
"Tapi kalau abang Nuar nak bayarkan untuk Iman makanan ni, Iman ok je.." Usik Iman. Anuar cepat-cepat mengeluarkan wang di dalam dompetnya.
"Ishh.. Iman gurau je la.." Iman ketawa melihatkan gelagat Anuar yang seperti bersungguh untuk bayar. Tak mungkinlah Iman terima. Niatnya saja untuk bergurau. Nak merapatkan jurang supaya tidak terasa janggal dengan perkenalan baru ni. Barulah boleh cepat mesra.
"Nakal jugak Iman ni ye?" Anuar menggelengkan kepala. Tak sangka pula Iman seorang yang mudah mesra. Kalau tak senyum nampak dia ni jenis yang sukar didekati. Anuar membontoti langkah Iman yang mula melangkah keluar dari kedai makan. Dengan tidak semena-mena Iman terlanggar seorang lelaki yang berjalan melintasinya.
"Adoiii..!!" Bertaburan duit syiling Iman yang cuba disimpan ke dalam dompetnya.
"Laa.. Iman ni, mata letak dekat mana ni?" Bebel Anuar.
"Ala, Iman nak masukkan duit dalam dompet Iman tadi. Tak perasan ada orang.." Bela Iman seraya mengusap dahinya.
"Kau ok ke Am?" Tanya Anuar seraya memandang sahabatnya.
"Takpe la, aku ok je.." Amri tersenyum memandang wajah Iman yang nampak kemerahan menahan malu. Dia cuba membantu Iman mengutip duit syiling yang bertaburan. Tepat telahannya. Memang budak ni clumsy.
"Maaf encik, saya tak sengaja.." Pinta Iman. Iman menghulurkan telapak tangannya untuk menerima duit syiling yang dikutip oleh Amri. Dalam hatinya mengutuk diri sendiri. Macam manalah boleh terlanggar orang ni. Buat malu saja.
"Nasib baik la Iman terlanggar kawan abang je, kalau terlanggar orang lain tadi. Tak pasal-pasal je karang. Tapi takpe, kalau orang tu marah Iman, abang marah dia balik." Dengan lagak gaya, Anuar cuba berjenaka. Iman menghamburkan tawa mendengar kata-kata Anuar. Anuar dan Amri terpaku bila mendengar Iman ketawa. Bunyinya agak kuat, tapi ketawanya bagaikan merdu ditelinga. Bagaikan ada yang mengganggu tangkai hati mereka.
"Opss.. sorry, terketawa kuat pulak.." Iman menekup mulut bila tersedar dia sudah terlepas laku. Masakan boleh ketawa sebebas itu di tempat awam. Lalu Iman meminta diri untuk naik ke pejabat. Anuar dan Amri berpandangan sesama sendiri.
"Apasal kau ni? Dah ubah fikiran dah?" Tanya Anuar seraya menyiku lengan Amri bila melihatkan sahabatnya itu tidak lepas-lepas memandang Iman. Amri sekadar mempamerkan senyuman kambing.
*********
"Iman..! Dekat mana dah ni? Orang dah nak mula la.." Nyaring suara Anuar dihujung talian. Iman menjarakkan sedikit henset yang dipegangnya.
"Alaa, Iman tunggu bas tadi lambat sangat. Kejap la, dah sampai dah pun. Tengah naik eskalator ni." Iman memberi alasan.
"Tu la Iman, suruh jadi makwe abang tak nak. Jual mahal konon. Kalau tak pergi berjemput balik berhantar tau.." Gurau Anuar. Meskipun kecewa bila Iman menolak hasrat murninya. Tapi tali persahabatan yang dihulurkan Iman tak mungkin dipersia-siakan. Barulah Anuar tau, walaupun Iman seorang yang mudah mesra dan peramah, tapi hatinya sukar untuk ditembusi.
"Hish, abang Nuar ni.. kuat mengungkit la. Iman tak nak datang nanti baru tau!" Ugut Iman.
"Alalaa bucuk adik abang ni, nak gurau sikit pun tak boleh. Jangan la tak datang, abang tak cukup korum ni." Pujuk Anuar.
"Tau takpe.." Ringkas jawapan Iman.
"Ok lah, nanti dah sampai terus pergi lane nombor 14 tau. Team kita dalam Kumpulan B. Berentap dengan team Setiausaha ni. Cun-cun pulak tu semua. Terganggu la fikiran abang macam ni." Senda Anuar. Iman ketawa mendengar kata-kata Anuar. Ada saja cara nak mengambil semula hati Iman.
"Abang dah ambilkan kasut dengan bola sekali untuk Iman. Cepat tau!"
"Iyelah, bye-bye.." Iman cepat-cepat melangkah. Eskalator yang sedang bergerak dirasakan lambat lalu dia terus berlari. Elok saja sampai dihujung eskalator, kakinya tersadung. Mujur saja ada yang menahannya dari terus tersungkur. Telefon bimbitnya tercampak ke depan.
"Eh, Am.. Sorry.. Err.. Thanks." Iman menstabilkan diri setelah Amri melepaskan pegangan. Amri berjalan sedikit ke depan untuk mengutip telefon bimbit milik Iman yang sudah terkeluar baterinya.
"Iman ni jalan tak pernah nak hati-hati." Tegas saja suara Amri seraya menghulurkan telefon milik Iman. Iman sebal. Terasa seperti dimarahi pula walaupun sebenarnya bukan begitu. Iman kadang kala tak faham dengan sikap Amri. Ada masa dia ingin bergurau. Ada masa memang agak dingin.
"Jom la cepat, nanti membebel pulak abang Nuar kesayangan Iman tu.." Bisik Amri lalu cepat melangkah ke arah Superbowl. Iman sudah terpinga-pinga. Bila masa pulak jadi kesayangan ni. Iman hanya membontoti langkah Amri.
"Hishh kau orang ni cari pasal la kan. Kalah tanpa bertanding jugak nanti ni." Anuar sudah membebel bila melihatkan Amri dan Iman. Iman dan Amri menyeringai. Iman terus duduk memakai kasut.
"Kasut aku kau tak ambilkan sekali?" Tanya Amri.
"Eh..eh.. ambil sendiri la der.." Balas Anuar. Amri menunjal kepala Anuar. Susah dapat kawan pilih kasih ni.
"Ada lah aku ambil. Kat bawah kerusi tu.." Tunjuk Anuar. Iman sudah ketawa. Bila dipandang Amri, terus saja hilang ketawanya.
Bersambung...
nie mesti terimbau kenangan silam kan????
ReplyDeleteheheh.. ce teka..ce teka.. siapa yang mengimbau??
ReplyDelete