Sunday, 8 April 2012

Selamanya Kamu 10

Bab 10

Aku berjalan kehulur-kehilir. Kalau boleh nampak la bekas tapak kaki aku ni, semestinya sudah merata-rata coraknya dilantai rumah. Aku jadi gelisah. Debar mula terasa. Nak marah pun ada. Aku memandang hensetku. Nak telefon kak Maya aku takut. Nanti apa pulak kata dia.

Aku cuba mencari ketenangan. Lalu aku mendail semula nombor abang Gerald Butler aku. Tidak diangkat. Aku cuba sekali lagi. Kali ni masuk peti suara terus. Risau aku sebab sebelum ni tak pernah pulak dia nak buat perangai.

Aku menyambung mengemas pakaian ke dalam beg. Majlis pernikahan aku akan di adakan di Melaka hujung minggu ni. Dekat sikit dengan rumah pihak lelaki. Tapi hati aku ni rentak dia dah lain macam.

**********
"Fiq sampai bila nak macam ni?" Tanya Khadijah. Rafiqin diam. Bagi dia, harapan untuk hidup bersama dengan Ima dah hancur.

"Tak baik dik buat orang macam ni. Ima tu budak baik. Apa-apa hal boleh dibawa berbincang kan.." Pujuk Khadijah. Luluh hati dia melihatkan keadaan Rafiqin yang seperti orang berputus asa.

"Dah takde apa lagi nak dibincangkan Kak Jah. Putuskan saja pertunangan Fiq dengan Ima. Batalkan majlis pernikahan tu. Fiq dah tak sempurna untuk dia. Biar dia hidup dengan orang lain yang lebih layak." Jelas Rafiqin pada Khadijah.

"Doktor tak cakap pun Fiq lumpuh kekal kan? Mungkin boleh baik cepat. Kita usaha Fiq. Bukan macam ni caranya." Jelas Khadijah. Perlahan Rafiqin menarik bantal lalu menutup kepalanya. Bau hospital ni sudah lah menusuk hidungnya. Suara kakaknya menyakitkan telinga pula. Tindakan dia menghancur lumatkan hatinya sendiri. Air matanya menitis. Tak tertahan sendu, akhirnya terhenjut-henjut juga badan.

Panggilan telefon dari Ima tidak dijawab. Dibiarkan telefonnya berdering berkali-kali. Tak mampu rasanya dia nak berhadapan dengan Ima. Kalau dia sendiri terluka, apatah Ima. Apa yang pasti, Rafiqin sudah tidak mahu lagi memikirkan masa hadapannya dengan Ima. Lebih baik begini. Ima pasti lebih bahagia dengan lelaki yang sempurna dan mungkin lebih muda darinya. Wajah Ima ditelefon ditatap penuh kasih. Ada rindu, tapi dia tahankan juga egonya. Pesannya pada Khadijah, jangan sekali-kali menceritakan perihal dirinya kepada keluarga Ima. Dia tidak mahu Ima mengasihinya atas dasar simpati.

***********

Terjelupuk aku mendengar butir bicara Kak Jah. Serta merta air mata aku menitis. Dengan pandangan yang kabur, aku mengusap cincin pertunanganku. Kenapalah jadi macam ni. Aku menarik nafas dalam-dalam. Kak Jah mendekati aku dan Kak Maya. Kak Maya menenangkan aku. Diusap kepala aku perlahan. Kak Jah menggenggam erat jemariku.

"Akak mintak maaf banyak-banyak bagi pihak Fiq ye Ima.." Mohon Kak Jah.

"Abang Rafiqin kenapa Kak Jah? Ima ada buat salah ke? Kalau ada bagitau, Ima sanggup mintak maaf.. Ima akan betulkan kesalahan Ima." Aku berkata dalam sendu. Mengenangkan majlis pernikahan tinggal lagi 4 hari, hati aku jadi rawan.

"Ima tak buat salah dik.. Akak tak boleh nak cakap. Nanti Ima tanya dengan Fiq sendiri ye.." Pujuk Kak Jah. Mampu ke aku nak bersua muka dengan Rafiqin. Takut nanti lain pulak yang jadi. Aku menggelengkan kepala.

"Takpe la Kak Jah. Orang dah tak sudi, Ima pun tak nak terhegeh-hegeh." Aku bangun dari sofa. Aku mengesat air mata yang dari tadi dok meleleh macam lah tiada esok bagi aku. Aku tarik nafas dalam-dalam. Aku hulurkan tangan pada Kak Jah untuk bersalam. Aku tunduk mengucup tangan tuanya.

"Ima naik atas dulu. Assalamualaikum.." Sampai di dalam bilik, aku menangis semahu-mahunya. Biarlah aku menangis untuk hari ini saja. Lepas ni tak mungkin dah. Lelaki semuanya sama.!

Aku memandang baju nikahku. Cantik. Tapi sayang, hari itu bukan lagi hari bersejarah aku. Mujur saja hanya majlis nikah yang dihadiri oleh saudara-mara. Kalau buat sekali dengan resepsi, payah pulak Kak Maya dan Abang Zam nak menarik balik undangan.

Sudahlah penat driving dari Kuala Lumpur tak hilang lagi, ditambah pulak dengan lelah terluka di hati. Aku memandang wajah-wajah polos di kiri dan kananku. Malam ni aku tidur bertemankan anak-anak buahku. Terkejut diaorang melihatkan aku menangis siang tadi. Waktu makan malam tadi, masing-masing sukarela nak tidur dengan aku. Tak payah dipaksa-paksa. Nak memujuk aku agaknya.

Tekak aku terasa haus. Perlahan aku bangun dari katil untuk turun ke dapur. Aku meniti anak tangga satu persatu. Lampu dapur masih lagi dibuka. Sayup kedengaran suara Abang Zam dan Kak Maya didapur. Diselang-selikan dengan hentakan gelas. Tengah minum barangkali. Aku teruskan menurun anak tangga. Saat aku terdengarkan nama Rafiqin disebut, aku menghentikan langkah. Aku memasang telinga di balik dinding pemisah.

"Dia dah seminggu tak datang kerja mama. Memang dia dari outstation tu terus tak masuk office tau" Perlahan suara Abang Zam.

"Abah dah try call Raf ke? Mama rasa ada yang tak kena la.. Abah tolong la siasat.." Pinta Kak Maya.

"Abah ada terdengar sekretari Raf berbual dengan siapa tah di telefon, cerita pasal nak kena pickup kereta dia, pasal insurance segala. Tak sedap hati jugak. Tiba-tiba je macam tu.. Takpe lah, nanti abah cuba risik-risik lagi. Mana tau ada yang terlepas cakap nanti."

Aku berlari semula menaiki anak tangga. Hati aku tak keruan. Yang pastinya, esok aku ada misi penting. Aku kena siasat apa sebenarnya yang berlaku. Aku takkan biarkan hidup aku penuh dengan tanda tanya. Esok aku akan ke pejabat dia.

Hari ni, selepas solat subuh aku berdoa andai betul jodohku dengan Rafiqin, permudahkan la segalanya. Aku sudi menerima dia dalam apa jua keadaan sekali pun. Sebab cinta aku ni tak mungkin boleh dipindah-pindah lagi. Hanya kekal untuk Rafiqin Raimi, hanya dia seorang Ya Allah. Kau tetapkanlah hati aku untuk mencintai dia yang mencintaiMu.

"Kau nak kemana Ima, pagi-pagi lagi dah nak keluar.?" Tanya Kak Maya.

"Ima nak keluar kejap. Nak jalan-jalan." Aku mencapai kunci kereta dan kunci grill. Aku membuka pagar rumah. Matahari mula menampakkan sinar. Enjin kereta aku biarkan seketika. Dalam hati aku biarlah takde apa yang buruk terjadi dengan Rafiqin.

Dalam 20 minit, kereta aku sudah siap diparkirkan dihadapan banggunan tempat kerja Abang Zam dan Rafiqin. Aku duduk diam didalam kereta. Aku masih berkira-kira untuk masuk ke dalam banggunan berwarna hijau cair ni. Baru saja aku ingin keluar dari kereta, aku ternampak kelibat Rozila. Gayanya agak tergesa-gesa. Aku melunjurkan sedikit badanku dari seat kereta. Bila melihatkan Rozila semakin menghampiri, cepat-cepat aku mencapai katalog Courts dari poket dashboar kereta untuk menutup mulutku. Jantung aku berdebar-debar saat Rozila melalui di celah antara kereta aku dan dia. Macam mana aku boleh tak perasan kereta bakal adik ipar ni.

Aku mengekori kereta Honda Civic milik Rozila. Setelah 25 minit perjalanan dari Sungai Udang, kereta  itu membelok memasuki kawasan parkir Mahkota Medical Centre. Dia nak buat apa pulak dekat sini. Aku pun mencari-cari parking yang agak jauh dari tempat Rozila memakirkan kereta. Dari jauh aku nampak Rozila memegang bekal dalam plastik. Dia nak melawat siapa ni? Perlahan aku keluar dari kereta. Spec mata hitam aku pakai. Aku mengekori Rozila.

Rozila dan seorang lagi nurse menaiki lif yang sama. Bila lif sudah tertutup dengan rapat. Aku melihat lift indicator. Lif berhenti di tingkat 3, kemudian bergerak semula ke tingkat 5. Akhir sekali lift indicator menunjukkan tingkat 6 sebelum turun semula ke Ground Floor. Dengan lafas Bismillah, aku menekan tingkat 3.

Semakin menghampiri tingkat 3, hati aku berdebar kencang. Bagaikan ada rentak kuda berlari. Tinggg!! Bunyi itu melemahkan lagi lututku. Aku melangkah dengan kaki kanan keluar dari lif. Aku memandang sebelah kiri dan kanan koridor tingkat 3. Aku memilih untuk berjalan ke arah kanan dulu. Perlahan aku mengorak langkah. Satu persatu bilik aku perhatikan. Terkejut aku bila melihatkan Rozila keluar dari bilik wad dengan membawa bekal dan pinggan, mungkin untuk di alihkan  lalu masuk selang 3 bilik dari bilik yang dia keluar tadi. Aku menyembunyikan diri salah satu bilik pesakit.

"Cik.." Bunyi satu suara dibelakangku. Alamak, ada orang pulak.

"Mintak maaf ye, saya nak pinjam bilik kejap." Mohonku. Penghuni bilik pesakit itu diam tidak berkata.

Tak lama kemudian, Rozila keluar dari bilik yang seakan-akan pantri itu. Tiada lagi bekal. Yang ada cuma pinggan yang sudah terisi dengan nasi dan lauk. Aku mendekati bilik yang dimasuki oleh Rozila. Aku mengintai dari pintu yang tidak tertutup rapat itu. Terkejut hati aku bukan kepalang bila melihatkan susuk tubuh yang sangat aku kenali. Dengan badan yang sedikit susut, jambang yang tumbuh meliar dikawasan leher, dagu dan pipi. Bangunnya pula perlu dibantu. Kenapa dengan dia? Kenapa dengan Rafiqin? Ya Allah..

Tanpa berlengah, aku cepat-cepat pergi ke kaunter pertanyaan.

"Hai Nurse, boleh saya tau doktor mana yang merawat encik Rafiqin Raimi.?" Tanyaku.

"Boleh saya tau cik ni siapa?" Soal nurse itu kepadaku.

"Saya tunang dia.." Selamba saja balasku.

"Kejap ye cik.." Aku mengangguk seraya melihat nurse tersebut mendail nombor. Sekejap saja, kemudian dia meletakkan ganggang telefon semula.

"Doktor.. ! Cik ni nak jumpa doktor.." Sedikit terjerit nurse didepan aku ni. Aku menoleh kebelakang. Berderau melihatkan insan yang aku kenali ni. Sudah aku buang imej wajahnya jauh dari kotak fikiran aku, alih-alih boleh berjumpa pulak. Aku lihat dia tersenyum sehingga ke telinga. Tak payah nak senyum sangat kot. Aku tak hadap pun!

"Iman nak jumpa Am?" Tanya lelaki dihadapan aku ni.

"Bukan. Saya nak berjumpa dengan doktor yang merawat tunang saya. Rafiqin Raimi." Mendatar saja suaraku tapi perkataan tunang tu aku tekankan sedikit. Muka dia yang tadinya tersenyum manis bertukar menjadi kelat.

"Wohh.. Am yang merawat dia. Jom ikut Am ke bilik. Nanti Am ceritakan" Aku mengekori lelaki ini tanpa bicara.

"Iman sihat? Lama tak dengar cerita pasal awak."

"Saya sihat. Alhamdulillah.." Balasku pendek.

"So, apa masalah dia ye?" Tanyaku usai aku melabuhkan punggungku di kerusi dalam bilik Amri.

"Last week encik Rafiqin accident. He's having a Spinal Cord Injury but thank God it not a complete injury. At this moment, dia lumpuh dari pinggang ke bawah. In many cases, spinal cord injuries requires substantial physical therapy and rehabilitation. But then, he seems reluctant to do that. I don't know why." Terang Amri. Aku mendengar dengan teliti penerangan Amri. Harus aku faham kini kenapa Rafiqin bertindak memutuskan pertunangan.

"Thanks Am." Ucapku setelah mendapatkan penerangan lanjut dari Amri. Aku keluar dari biliknya.

"Iman.." Panggil Amri. Aku memandangnya.

"I'm really glad to see you here.." Huh. Tidak bagi aku. Aku melemparkan senyuman yang tidak seberapa. Fokus aku hanya satu.

Aku dengan pantas menolak daun bilik bilik Rafiqin. Terbuntang matanya melihat aku berdiri di rangka pintu. Hah! Baru tau terkejut beruk macam mana. Aku tengok nasi yang dibawa oleh Rozila masih lagi tidak bersentuh. Mengada lebih ni.

Aku berjalan menghampiri Rozila lalu aku senyum padanya. Dia jugak tersenyum kepada aku. Ada nampak sedikit kelegaan di mata Rozila. Mungkin dia penat kot menyimpan rahsia.

Aku mengambil pinggan yang berisi nasi dan lauk itu lalu aku duduk di birai katil Rafiqin.

"Ila keluar dulu ye Ima, abang Fiq. Ada kerja sikit." Pinta Rozila. Rozila bersalam dengan aku dan Rafiqin.

"Jangan risau, Ima tolong jagakan Abang Fiq hari ni. Lagipun Ima cuti." Nyataku pada Rozila. Dalam erti kata lain nak menyindir jugak dekat Abang Gerald Butler aku ni.

Aku menyuap nasi ke dalam mulut Rafiqin, terkulat-kulat je dia makan. Lama-lama makin laju pulak. Aku tak sempat nak letak lauk dia dah nganga mulut. Tak sampai sepuluh minit licin pinggan. Dengan lauk-lauk dia ratah sekali.

"Sa..sayang.. err.. Im.. Ima.. buat apa dekat sini." Tanya dia takut-takut. Tau pun takut. Masa mintak putus tunang tak reti takut pulak.

"Jaga abang.." Pendek jawapanku. Lalu aku membawa pinggan untuk dibasuh. Aku kembali semula dengan membawa pinggan siap bersih. Aku simpan didalam drawer. Bantal di sofa aku ambil lalu aku baling tepat mengenai mukanya.

"Sayang..! Apa ni..! Sakit laaa.." Rungut Rafiqin seraya menonyoh matanya dengan belakang tangan.

"Haa! tau pun sakit. Kalau nak dibandingkan sakit dekat muka abang tu sakit lagi hati Ima ni tau..!" Tekanku. Ingat aku ni perempuan yang hadap kesempurnaan sangat ke?

"Abang tak layak untuk Ima, abang tak sempurna.. abang tak nak susahkan Ima bila kita kahwin nanti.." Sayu suaranya.

Bersambung...








No comments:

Post a Comment