Thursday, 19 April 2012

Selamanya Kamu 11

Bab 11

"Abang ingat Ima ni perempuan macam mana? Jenis perempuan yang bila terjadi sesuatu macam ni terus cabut lari? Macam tu? Ke sebenarnya abang rasa Ima tak layak untuk jaga abang, tak layak nak jadi peneman hidup abang?!" Nafas aku turun naik menahan rasa. Cukup rasa terduga bila dipersoalkan tentang kesetiaan aku, tentang rasa cinta aku.

"Abang tak maksudkan macam tu Ima.." Perlahan Rafiqin menuturkan kata. Wajahnya masih lagi memandang jari-jemarinya yang tersusun bersilang antara satu sama lain. Sugul saja wajahnya.

"Habis tu, abang maksudkan macam mana? You tell me.." Tanyaku.


"Abang tak nak Ima rasa terbeban dengan abang. Abang tak nak Ima susah. Ima layak untuk dapat yang lebih baik dari abang, yang lagi sempurna.. yang.. yang boleh berjalan.. " Serak dan tersekat-sekat suara Rafiqin berkata. Sebutir dua air matanya menitis. Aku tergamam seketika. Kenapa itu yang dia fikir. Aku berjalan mendekatinya. Aku duduk dibirai katil di hujung kaki. Aku mengurut sedikit kakinya yang dibalut selimut. Biar dia rasai kasih aku melalui sentuhan ni. Ketika itu juga Rafiqin mendongak memandangku. Aku pamerkan senyuman yang paling mesra untuknya. Mata aku pun gayanya sudah hampir membanjiri empangan.

"Sebelum ni, abang siap berangan lagi. Kalau abang kahwin dengan Ima, abang nak tolong Ima dekat dapur. Kalau kata Ima tak sampai nak ambil barang dekat kitchen cabinet, abang akan tolong ambilkan. Kalau kata Ima tak larat nak jalan naik turun tangga dekat rumah, abang akan dukung Ima. Kalau kata Ima tak larat nak masak, abang nak masakkan untuk Ima. Tapi sekarang.. abang... abang tak mampu sayang..." Terdengar esakan Rafiqin. Wajahnya masih setia menunduk. Hanya titisan air matanya saja yang aku dapat lihat menitis satu persatu.

Aku dah tak mampu nak menahan air mata. Tulus saja aku rasa bicara Rafiqin walaupun angan-angan dia tidaklah sehebat seperti membina istana cinta. Berbaloi untuk aku yang bukan siapa-siapa ni. Andai saja dia sudah menjadi milik aku, sememangnya diri dia sudah aku tenangkan dalam pelukan. Akhirnya aku tekad. Takde siapa lagi yang layak untuk menjadi peneman hidup aku. Perlahan aku mengesat air mata.

"Abang sayang Ima tak?" Tanyaku setelah menghela nafas panjang. Rafiqin hanya menggangguk. Dikesat air matanya yang masih bersisa di pipi. Tersenyum aku melihat gelagatnya. Nampak manja.

"Kalau abang sayang Ima, kita teruskan dengan plan asal kita ye? Ima nak kahwin dengan abang.. Ima nak jaga abang.." Kataku tanpa  malu.

"Tapi Ima..."

"Takde tapi-tapi lagi dah. Kalau betul abang sayangkan Ima, abang kahwin dengan Ima. Kalau tak, Ima takkan biarkan sesiapa pun berkahwin dengan Ima. Biar la Ima jadi andartu ke. andalusia ke.. Ima tak kisah!" Ugutku pula. Aku mula bangun dari birai katil mencapai handbag yang terletak di sofa lalu aku mula membuka langkah menuju ke pintu. Saat aku ingin melangkah keluar. Terdengar suara Rafiqin memanggilku.

"Err.. sayang..!" Aku tersenyum sendiri bila mendengar panggilan manjaku. Aku menutup semula daun pintu. Perlahan aku menoleh ke arah Rafiqin tanpa sebarang riak. Tak mau pula dikatakan hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Tapi aku rasa itu lah yang aku sedang buat.

"Err.. nak nikah bila?" Tanyanya. Sekejap saja dia memandang wajahku kemudian dia menunduk semula seraya menggaru kening yang tidak gatal.

"Bila, dekat mana dan bagaimana tu.. Biar Ima je yang uruskan. Abang dok sini diam-diam. Jangan lari pulak!" Kataku mengusik. Dia mengukir senyuman.

"Ima sudi terima abang?" Tanya Rafiqin penuh mengharap.

"Abang sudi terima Ima tak? Tanyaku pula. Rafiqin mengangguk mesra dengan senyuman. Hilang sudah kusut di wajahnya. Barulah abang Gerald Butler aku. Cuma muka tu dah penuh dengan semak samun je. Tahap nak jadi lalang dah tu.

"Kalau abang sudi, Ima seribu kali sudi." Aku keluar dari bilik wad selepas memberi salam. Tenang hati aku. Dah tak sabar nak bergelar isteri kepada Rafiqin Raimi.

*******

"Hai doktor, tak balik lagi ke?" Sapa Rosmah.

"Hish kak Rosmah ni, terkejut saya." Amri mengurut dada. Di lepaskan pandangannya dari terus melihat gadis yang pernah berada dalam lipatan sejarah hidupnya.

"Doktor tengok apa tu, tak berkelip langsung mata. Ada model antarabangsa buat catwalk ke? Usik Rosmah seraya melihat ke arah yang sama jatuhnya pandangan Amri.

"Kak Rosmah baru masuk shift ke?" Tanya Amri cuba berdalih.

"Haah.. minggu ni akak shift siang. Akak gerak dulu la ye doktor. Ada kerja nak buat." Kata Rosmah meminta diri. Amri tersenyum seraya mengangguk.

"Err.. doktor!" Panggil Rosmah. Amri menoleh.

"Tak baik pandang anak dara orang macam tu. Kalau dah berkenan masuklah meminang.." Usik Rosmah seraya mengenyitkan mata.

"Ada-ada je la kak Rosmah ni.." Kata Amri malu-malu. Matanya masih lagi tertancap pada susuk tubuh kecil milik Iman Iklil. Kalaulah waktu boleh diputar semula. Tak akan dia biarkan gadis tu lari dari hidupnya.


Bersambung.....

No comments:

Post a Comment