Saturday, 7 April 2012

Aku Inginkan Bintang 6

Bab 6

Aku mengetuk-ngetuk jemariku di kaunter Burger King. Menunggu giliran dengan penuh kesabaran.

"Hi miss..! Makan sini ke?" Tanya adik manis yang menjaga kaunter tersebut.

"No.. Take away please.." Aku senyum lalu memandang senarai menu.

"Ok.. ermm, I want 2 sets of BBQ Beefacon Cheese. Soft drinks bagi Coke. Medium for both sets ye.."

"Anything you want to add miss?"

"Yup.. make it 3 sets please.. and i want that ice-cream" Balas seorang lelaki seraya menunjukkan jarinya pada Chocolate Fudge Sundae.

Terhenti mulut aku untuk membalas kata adik manis tadi. Aku menoleh kebelakang. Suara macam kenal.

"Aik.. lapar sangat ke?" Soalku pada Najmi.

"Ermm.. lapar jugak la.." Balasnya.
Aku kembali menoleh kedepan,Melihatkan adik manis ni sedang menyediakan hidangan kami. Rasa lambat pulak masa berlalu. Rimas aku dengan Najmi yang lebih suka berdiri dibelakangku. Kalau berjarak takpe la. Ini rapat sangat. Aku pulak yang tak selesa. Nasib baik aku dah syampu rambut. Cuba kalau aku tak cuci rambut. Jangan kata dia, lebah pun takut nak dekat.

"Do you mind.." Aku menoleh kebelakang. Sedikit mendongak aku kira. Dagunya betul2 di atas kepala aku. Aku memainkan isyarat mata. Aku memandang dia dan diri aku silih berganti. Mintak-mintak dia faham.

"Ohh.. Sorry. Tak sengaja.." Jawabnya lalu dia berdiri betul-betul di sebelah aku.

"RM40.65.." Ujar adik manis seraya menolak paper bag ke arah kami. Serentak aku dan Najmi menghulurkan not RM50. Aku memandangnya kemudian aku memandang semula adik manis yang memandang duit kami silih berganti.

"Take mine.." Ujar aku tersenyum.

"No.. take mine.." Najmi mengarah. Aihh, sudah!

"Awak jangan nak buat drama boleh tak?" Bisik aku pada Najmi. Sebenarnya rasa macam nak jerit je dekat telinga dia.

"No. I don't." Bisiknya lalu dia menghulurkan not kepada adik manis tadi.

"Takpe dik. Ambil duit abang ni.." Cepat-cepat adik manis tu mengambil not RM50 dari tangan Najmi.

"I have 65 cents." Kataku tak mahu kalah lalu aku membuka dompet mencari duit syiling.

"Saya pulangkan RM10 ye." Ujar adik manis tersebut. Aku menyambut duit yang dihulurkan bila melihat Najmi mula berlalu pergi membawa paper bag yang mengandungi hidangan kami. Hishh.. masalah betul la mamat ni.

Aku cepat-cepat mengekori Najmi. Lajunya dia jalan. Malas sudah aku nak kejar. Biarkan je la. Bila sampai saja di kereta, aku membuka pintu belakang. Aikk.. bila masa pulak si Nasrul ni pindah tempat duduk? Yang sorang dok terlentok dekat pintu sebelah kanan, yang sorang pulak terlentok sebelah kiri. Diaorang ni saja nak kenakan aku ke apa? Aku mengambil dua biji bantal kecil untuk buat penghadang antara Nasrul dan Niza.

"Saya yang suruh Nasrul duduk belakang tadi." Nyata Najmi tanpa disuruh bila aku membuka pintu hadapan seat penumpang.

"Motip?" Tanyaku.

"Saya ada tugas untuk awak malam ni.." Balas Najmi.

"Motip tugas?" Tanyaku lagi.

"Awak jangan ingat saya dah lupa apa awak buat dekat saya masa di Midvalley dulu.." Sinis senyumnya. Erkk, boleh tak nak hilang ingatan kejap. Tak pun aku buat-buat tanya, have we met before? Or, aku boleh cakap yang aku ada kembar seiras? Dari tepi dapat aku lihat senyuman plastik dia. Ngeri pulak aku.

Kereta bergerak perlahan meluncur keluar dari stesen petronas lalu membelah Lebuhraya Karak. Jam ditangan menunjukkan pukul 12.20 malam. Aku mengeluarkan french fries yang berada di atas riba aku lalu aku makan dengan tenang. Sekejap-sekejap jari aku menyeluk masuk ke dalam kotak fries. Aku tengok Najmi sudah menelan air liur. Ohh.. lupa pulak nak jemput.

"Jemput makan.." Kata aku pada Najmi.

"Saya nak fries.." Ujarnya. Aku beri kotak fries kepadanya. Teraba-raba dia mendapatkan fries. Mata dia masih lagi tertancap pada jalan. Sudahnya aku mengambil fries tersebut lalu aku beri pada dia.

"Thanks.." Ucapnya.

"Nak air.." Pinta dia lembut. Aku memberi air coke kepadanya. Selepas diminum dalam dua tiga teguk. Air tu di berikan padaku semula.

"Nak ais krem.." Hish dia ni. Semuanya nak. Aku yang baru membuka pembalut burger meletakkan semula burger aku di riba. Bau bbq sos tu memang membuatkan aku bertambah lapar. Aku menjeling sedikit kearahnya. Melihatkan mata Najmi masih lagi menumpukan pemanduan, aku membuka tutup ais krem tersebut setelah mengeluarkannya dari paper bag. Aku meletakkan sudu di dalamnya lalu aku suakan pada Najmi.

"Saya kan tengah drive.." Nyatanya.

"So.." Balasku.

"Feed me please.." Pinta Najmi. Teragak-agak aku nak menyuap dia. Banyak cekadak pulak dia ni. Terfikirkan aku pernah buat dosa dengan dia, aku suapkan la jugak ais krem tu. Aku cedok ais krem tu sepenuh-penuh sudu, biar cepat habis. Bila dah tinggal separuh, dia menggeleng-gelengkan kepala. Aku meletakkan ais krem disebelah air coke di tempat handbrake. Cepat-cepat aku menyuakan burger BBQ Beefacon kedalam mulut. Huihh.. nikmatnya. Sedap betul makan dalam kereta macam ni. Kejap-kejap aku makan burger kemudian aku ambil fries aku yang hampir nak sejuk tu. Najmi memandang burger yang aku makan.

"Saya nak burger jugak.." Pintanya.

"Ambil sendiri..!" Balas aku. Najmi memandang aku sedikit geram gayanya. Lalu dia merampas burger yang berada ditangan aku. Mulut aku yang sedia ternganga hanya sempat menggigit pembalut saja. Lalu burger aku dia makan dengan rakus. Cis..!

Aku mengambil lagi satu burger yang berada di dalam paper bag. Aku makan dengan gelojoh. Pipi aku kembung kiri dan kanan. Aku kalihkan badanku sedikit mengadap tingkap kereta. Kalau tak buat macam tu dia makan pulak burger aku nanti. Burger aku yang dia makan tadi sudahpun habis. Dia cuba mengambil paper bag yang berada di atas riba aku. Aku menarik semula paper bag tersebut.

"Heyy.." Tegurnya.

"What..?" Balasku. Dia cuba mengambil burger yang aku keluarkan dari paper bag. Aku menyorokkan burger tersebut disebelah kiriku. Pasti dia tak berani nak ambil.

"Cahaya..!" Panggilnya sedikit tidak puas hati.

"What..!" Tekanku.

"That is mine ok.." Katanya.

"Saya nak separuh.." Pintaku tanpa malu. Lapar punya pasal.

"Suku.." Balasnya.

"Tiga suku..!"

"Ok fine.. separuh je.." Dia mengalah. Tau pun. Aku kerat dua burger tu. Separuh aku bagi pada dia.

"Erpphhh.. Alhamdulillah.." Sendawaku. Najmi memandang ke arahku seraya menggelengkan kepala.

"Tak senonoh.." Perlahan katanya. Ingat aku tak dengar la tu.

"Like i care.." Balasku. Dia tersenyum. Dia memandang aku silih berganti dengan ais krem disisinya.

"Saya nak ais krem.." Aku tak tau la ayat perintah ke ayat penyata. Tapi disebabkan aku ni baik. Aku ambil lalu aku suapkan ke mulutnya. Jalan yang membengkok membuatkan tangan aku sedikit tak stabil.

"Cahaya..!" Jerit Najmi.

"Arghhh.. sorry..sorry.." Mohonku. Kelam kabut aku mengambil tisu di dalam handbag. Cepat-cepat aku menyapukan sisa ais krem yang melekat di hidungnya. Dia menggeleng kepala beberapa kali.

"Saya tak sengaja la.. awak kan membelok tadi.." Najmi diam tidak bersuara. Keadaan sunyi mengisi ruang kereta seketika. Tapi tak berapa nak sunyi sangat pun bila bunyi-bunyi dengkuran halus berlawanan antara Niza dan Nasrul. Aku pun diam. Tapi perut aku seperti sedang berpusing-pusing ingin mengeluarkan angin. Alamak, nak terkentut pulak.

"Najmi.." Panggilku. Dia memandang lalu menjungkitkan kening.

"Saya nak terkentut.." Beritahuku. Nak kata malu, ada la jugak sedikit.

"Hah..?" Alah, buat-buat terkejut pulak. Macam la dia tak pernah kentut.

"Saya nak kentut lah..!" Tekanku. Najmi membuka tingkap hadapan penumpang. Tingkap di biarkan terbuka beberapa saat.

"Dah ke belum..?" Tanya Najmi.

"Dah tak jadi.." Balasku. Tiba-tiba tak nak keluar pulak.

"Kenapa pulak.?" Tanya dia lagi.

"Kentut saya malu kot.." Jawabku tanpa perasaan. Najmi ketawa mendengar jawapanku.

"You are so unpredictable.." Katanya dengan ketawa yang masih bersisa.

Aku mengerutkan kening memandang dia yang sedang menekat punat automatik tingkap untuk ditutup. Dia tersenyum. Kali ni senyuman dia sangat berbeza. Senyuman paling ikhlas aku kira.

Bersambung..

No comments:

Post a Comment