Kelmarinku adalah sebuah cerita..
Kelmarinku ada rahsia..
Kelmarinku ada jiwa..
Kelmarinku punya rasa..
Ceritaku tidak sehebat kisah dongeng antara Cinderella dan Puteranya..
Mana pula mungkin menjadi Snow White yang berbaring dikeranda kaca..
Ataupun seperti Shrek dan Fiona empunya nama..?
Ceritaku biasa sahaja.. ceritaku adalah sketsa dunia..
Punya aku, dia, mereka dan yang maha Esa..
Setiap cerita dunia punya rahsia..
Rahsia disisipkan disebalik lipatan-lipatan sejarah lama..
Dalam rahsia ada dosa.. dalam rahsia ada doa..
Mampukah aku menghitung segala dosa hatta sebesar alam semesta?
Pastikah aku doa itu menembusi hijab hingga langit ke tujuh perginya?
Rahsia itu milik Pencipta yg tiada tanding keagungannya.. Allah s.w.t..
Jiwaku lara, jiwaku duka, jiwaku sengsara..
Kenapa jiwa dikaitan dengan derita?
Mana mungkin..
Sudah Allah s.w.t titipkan akalku utk menemani si jiwa..
Sudah pasti salah satunya tidak mendengar kata..
Orang kata jiwa itu nyawa.. tanpa jiwa.. jasad tiada makna.. wlaupun nafas itu ada..
Walau bijak akal berfikir namun tiada jua logika..
Apa yang pasti jiwaku tidak selemah yang disangka..
Apa itu rasa..?
Dan dari mana asalnya?
Akalku mengatakan ia milik hati?
Jadi hati itu milik siapa?
Bahagia itu.. derita itu.. ketenangan dan sakit itu.. aku pernah merasa..
Beritahu sama pemilik rasa..pemilik hati atau apa saja..
Katakan aku ingin ketenangan dan bahagia itu sentiasa..
Akalku berbisik.. Pemilik hati itu Maha Pemurah..
Mintalah apa saja dengan tulusnya Doa..
Dan bersyukurlah aku pernah merasa kesemuanya jika dibanding mereka yang kelam dada..
Aku memilih jalan cerita.. tetapi duniaku bukan milikku selamanya..
Rahsiaku bukan lagi rahsiaku seadanya..
Jiwaku bukan milikku sebetulnya..
Rasaku terbias hanya dengan kebenaranMu saja..
***
2.19am, 17 January 2012
No comments:
Post a Comment