Monday, 30 January 2012

Teh 'O' vs Nescafe 'O' 2

Dah seminggu aku tak jumpa mamat hensem tu. Mana dia pergi ek? Hampa pulak rasa hati sebab tak dapat nak cuci mata time lunch ni. Asyik-asyik mengadap muka si Khadeja dengan kak Miela ni. Bosan mak nyah..

"Deja, jom kita makan awal hari ni nak? aku dah lapar la" Jeritku seraya menjengok-jengok disebalik partition kitaorang ni. Kot-kot la aku bercakap sendiri ke kan. Bukan boleh percaya sangat minah tu. Kekadang macam biskut. Kejap ada.. tingg!! kejap tak ada.

"Boleh. Aku pun dah lapar jugak ni. Jap ye. Aku nak hantar satu email ni kejap." Kata Khadeja.

"Kakak Miela nak makan sekali tak? Jom la.. jom la.." Rengekku.

"Ala, akak nak kena siapkan Sales Report ni kejap. Bos awak tu dah mintak dah." Katanya.

"Alaa.. Bos bukan ada kat opis pun hari ni. Esok baru dia masuk kan?" Tanyaku.

"Dah..dah.., jom. Kak Miela kalau lambat kita tinggal je dia." Usik Khadeja.


"Yelah..yelah. Tunggu akak kejap." Cepat-cepat Kak Miela menggagau dompet dan henset yang berada di dalam handbagnya lalu berlari mendapatkan aku dan Khadeja yang sudahpun berada dimuka pintu.

"Eh..eh.. akak nk terkucil la pulak." Katanya seraya tersengih sumbing memandang kitaorang yang perut dah berirama zapin nih.

"Ish.. Kak Miela ni, kitaorang pergi cop tempat dulu la..!! Jeritku melihatkan dia sudahpun memasuki toilet.

Kak Miela tu memang macam tu. Kalau tak ke toilet, ke pantri tak pun ke surau. Ada je la tempat dia nak singgah. Peliknya, time tak turun makan tak mau pulak dia jenguk toilet tu. Kusyuk je pandang laptop tak berkelip. Hish.. Macam-macam perangai. Tapi, macam-macam perangai tu la yang jadi kakak kesayangan aku dengan Khadeja dekat opis ni.

*****

Nasib baik orang tak ramai lagi dekat kedai mamak ni. Banyak lagi tempat kosong. Aku tengok Khadeja sedang menjenguk-jenguk lauk yang mana akan menjadi habuan kitaorang sebentar lagi.

Aku biasa memilih lauk yang simple je. Hah..!! nasib baik lauk sambal kentang tu ade lagi. Cepat-cepat aku mengambil lauk tu sebelum orang lain ambil. Hehehe.. Siapa cepat dia dapat. Tak gitu?

Sesudah memilih lauk, aku dan Khadeja beriringan ke meja yang kosong. Cukup-cukup untuk empat orang. Ade lah tempat untuk Kak Miela nanti.

"Oh, mak kau!" Mahu saja nak terjatuh pinggan ditanganku akibat terpeleot gara-gara memakai kasut tumit tingi nk dekat 4 inci ni. Hish.. Malu kat orang la. Aku melihat Khadeja menahan ketawa. Berani la ketawa. Aku nangis karang..

Macam biasa tabiat aku kalo dah terpeleot ni memang aku pandang ke belakang sambil melihat-lihat kaki. Nak cover kata. Sekali.. Opppsss.. ada yang memerhati pulak. Alamak.. Apasal mamat tu ada kat belakang aku pulak. Hish.. jatuh saham macam ni.

Aku dengan muka yang agak-agak selamba ni, dengan pantas mengambil tempat dudukku. Tak pandang kiri kanan dah. Mamak datang mintak order pun aku bercakap tanpa memandang muka. Rileks Fiza.. rileks..

****

"Oh.. you orang punya ada orang suda bayar la" Kata mamak yang jaga kaunter tu.

"Eh.. siapa Ane? Tanya Kak Miela pulak.

"Ada itu sorang laki-laki The Star punya." Kata Ane.

"Dia kirim salam sama you yang baju merah ni." Sambungnya lagi.


Erkk.. Aku ke? Ye lah kot. Kak Miela baju warna hijau. Si Khadeja ni baju warna ungu. Tetiba aku dah rasa macam kembang setaman. Kak Miela dan Khadeja dah pandang aku sambil tersenyum penuh makna.


"Eh..eh.. awak dah ada peminat la." Kata Kak Miela.

"Aku rasa mesti mamat kegilaan kau tu Fiza." Kata Khadeja menambah perisa.

"Hehehe.. Peace uolsss.." Balasku ala-ala gedik gitu.


*******

"Bunga Tanjung.. Putih berseri.. Menjadi hiasan gadis jelita..~~" Aihh.. Seronok pulak nyanyi petang-petang ni. Semangat nak balik dah. Kalau buat kerja pun mesti tak berapa produktif. Nasib baik bos si Khadeja tu takde. Kalau tak, mau tak tidur malam mengenangkan suara aku yang sumbang ni. Hahaha.


"Hoitt!!" Sergah Abang Bob.

"Ocottt..!!" Latahku.

"Eh, ingatkan Abang Bob takde." Kataku seraya ketawa.

"Jangan la nyanyi. Hujan karang.. Abang Bob balik naik motor ni Fiza" Kata Abang Bob.

"Eleh..eleh, kalau Cik Deja kita tu yang nyanyi bukan main lagi puji. Suara bak buluh perindu la, mendayu-dayu la, ibarat sungai di kali la." jawabku ala-ala merajuk yang tak payah dipujuk pun takpe.

"Kalau kita, kata hujan mencurah-curah, ibarat katak dan kodok, ribut petir semua. Amboi.. amboi.." Sambungku lagi.

"Hehehe.. Deja tu sebab Abang Bob sayang." Ewahh.. straight to the point. Tak agak-agak Abang Bob ni.

"Haipp..haipp.. Aku tak de kena mengena dalam ini wayang. Apasal termasuk dalam carta hit pulak ni.?" Tukas Khadeja.


"Elehh.. Cik Deja suka la tu." Kata Kak Miela. "Kalau padi.. kata padi.. tidak aku tertampi-tampi. Kalau sudi kata sudi, tidak lah Abang Bob ternanti-nanti." Sambung Kak Miela berperibahasa.


"Hahahaha.. Cayalah Kak Miela. Give me 5!!" Bergema tepukan tangan aku dan Kak Miela. Si Khadeja ni dah jeling-jeling sambil menahan ketawa. Eleh, nak cover-cover pulak ketawa tu.

"Hish, tak balik aku kalau layan kau orang semua ni. Balik dululah. Assalamualaikum.." Kata Abang Bob.


"Waalaikumussalam.." Jawab Kak Miela dan Khadeja serentak. Aku? Jawab dalam hati je. Tengah kusyuk tengok tonton.my cerita Bella Calamidades. Seronok pulak tengok. Disebabkan tayangannya setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 3.00 petang. So, layan kat tonton.my je la.


Seronoknya dapat lelaki gagah perkasa macam hero cerita Bella Calamidades ni. Walaupun tak hensem sangat. Macho tu still ada. Huhuhu. Tapi takpe la, mamat The Star tu pun dah cukup hensem dan gagah jugak. Hehehe. Ya Allah, getik sungguh hambaMu ini.

"Woitt Cik Fiza!! Ya Allah, berangan!!" Sergah Khadeja di balik partition kitaorang.

"Aku tanya tak berjawab. Aku ingat aku dah cakap sorang-sorang tadi" Balasnya lagi. Erkk.. ada ke dia tanya? Tak perasan pulak.


"Hehehe.. tak dengar pulak. Kenapa nya?" Aku bertanya.

"Kau nak balik pukul berapa? Aku nak solat dulu, lepas tu terus balik. Kau?" Balas Khadeja.

"Aku pun sama la. Kak Miela pun nak balik awal tadi katanya."

"Ermm.. Okeh lah kalau macam tu." Kata Khadeja seraya berlalu ke toilet.

Aikk.., minah ni lain macam je. Mesti ada benda dia nak share tu. Nantilah, esok lusa aku tanya. Ni mesti pasal Abang Bob kesayangan dia tu.


Bersambung...

No comments:

Post a Comment