Sunday, 29 January 2012

Teh 'O' vs Nescafe 'O' 1

"Ane..!! Bagi teh o ais satu!" Aku menjerit kecil. Maklumlah, kedai mamak kalau dah nk dekat lunch hour ni ramai orang. Tak boleh cakap perlahan. Nanti tak siapa pulak yang nak dengar. Untung aku dah ambil nasi campur je. Tak payah susah-susah nak pesan makanan lain.

"Saya bagi sirap limau je Ane". Kata Khadeja, merangkap 'opismate' aku yang paling rapat. Apa-apa gosip terkini dan sensasi memang dialah orang pertama yang kena menadah telinga.

"Okey!!" Jawab Ane kedai mamak ni dengan gelengan kepala. Aku pn naik hairan. Kenapa diaorang nak kene geleng kepala. Bukan aku mendiskriminasi ke apa, tapi kekadang tu aku pun dah nak terikut sekali. Hehehe.. Ketawaku dalam hati.



Tak sampai 5 minit, air kitaorang dah sampai. Hebat mamak ni, service bagus punya. Patutlah untung. Berniaga unta pun tak untung macam ni kot.

Baru saja aku nak bergosip dengan Khadeja, datang pulak segerombolan kawan-kawan aku yang lain nak join makan sekali. Alah diaorang ni, pantang tengok aku senang. Nak menyendeng je semua. Almaklumlah, kitaorang ni baru balik dari site. Dua bulan pulak tu duduk dekat site. So, macam-macam la cerita yang nak dikongsi bersama. Ada yang putus cinta, ada yang baru nak bercinta. Hish.. pendek kata macam-macam lah.

"Kau ni Fiza, takde air lain ke kau nak minum? asyik teh o je. Kat opis kau buat teh o, kat kedai minum teh o." Bebel Ally pada aku sambil tangan dia yang dok menunjal jari telunjuknya dekat kepalaku. Dalam hati aku dok menyumpah menyeranah mamat sekor ni. Ada yang mandi air teh o nanti karang. Mulut kalah perempuan. Aku yang perempuan ni pun tak membebel macam dia.

"Eh, suka hati aku la, aku yang nak minum, lagipun aku yang bayar." Kataku sambil menjelir lidah pada Ally. Khadeja aku lihat dok tersenyum tersengih melihat aksi serang balas aku dengan Ally. Adalah tu dalam kepala otak dia nak mentafsir benda bukan-bukan. Tak minat aku dengan si Ally ni, bukan taste mak la nyah.

"Cube kau bagitau kitaorang ni Fiza, kenapa kau suka sangat minum teh o?" Soal Abang Bob pada aku.

"Ha'ah la Fiza, Ce cite.. ce citer.." Sampuk Azli pulak, opismate yang dipasangkan dengan aku untuk menjaga site Sarawak dulu.

"Kitaorang semua nk tau jugak ni." Sambung dia lagi.

Perlahan aku membuka mulut. "Ala, dulu mase aku kecik-kecik, bapak aku bagi aku minum teh o sebab nak ganti susu. Sebab aku tak suka minum susu. Itu pasal la aku kalau sehari tak dapat teh o rasa macam nak pengsan je, rasa macam takde tenaga. Hehehehe.." Panjang lebar aku membuat huraian.

Walaupun bukan seluruh kebenaran aku ceritakan. Biarlah. Aku tak suka cerita bab-bab yang menyentuh perasaan ni. Sebetulnya bukan aku yang tak suka minum susu, tapi disebabkan penyakit arwah ibu aku yang menghidap kanser payudara menyebabkan susu yang dihasilkan tidak boleh diminum lagi. Sejak itulah bapak aku menyuakan aku dengan botol yang diisi dengan teh o je. Tu pasal la badan aku bersaiz kecik comel dan ayu lagi.

"Ohh.. patut la rendang je. Kurang kalsium rupenya." tukas Abang Bob sambil ketawa sakan. Apa lagi, yang lain pun turut sama ketawa memeriahkan suasana.

"Wah.. seronok kau orang ye. Rendang-rendang aku pun, aku comel ape? Hahahaha." Terus aku ketawa usai memuji diri sendiri. Bukan apa, nak cover malu je. Segan jugak puji diri sendiri.

"Iyelah tu.. naik lif tekan sendirik." Sampuk Faiz dengan gaya adik-adiknya sambil mata dijulingkan ke atas. Konon cantik la tu.Bisik hatiku. Kekadang aku suka jugak berkawan dengan orang yang lembut ni. Gaya diaorang tu sometimes menghiburkan hati.

"Iye la nyah..!! kalau bukan aku nak puji diri sendiri, siapa lagi." Balasku tak mahu kalah siap dengan gaya mata juling lagi aku tunjukkan pada die. Pantas si Ally yang duduk disisiku menunjal tengah dahiku, bertambah juling mata aku rasa.

"Hahahahah.." Sakan ketawa semuanya termasuklah aku. Seronok dapat ketawa ni. Hilang semua tension pasal kerja.

Sedar tak sedar, lagi 15 minit pukul 2.00 petang. Makanan dipinggan masing-masing pun dah licin. Tunggu nak angkat punggung je lagi. Macam ni lah kalau makan kenyang sangat. Punggung masing-masing dah tumbuh akar. Akar tunjang ada, akar serabut pun ada. Kalau takde siapa nak start bangun dulu, aku rasa memang tak bangun la semua. Sebelum aku beredar ke kaunter bayaran, sempat jugak aku order teh o ais bungkus. Tak puas pulak minum air teh o segelas je. Usai membuat bayaran, aku menunggu di tepi kedai mamak sementara kawan-kawan aku yang lain ade yang membuat sesi menghalau nyamuk dan ada jugak yang sedang beratur untuk membuat bayaran.

Dari jauh kelihatan seorang pekerja mamak terkocoh-kocoh membawa air bungkus dan kemudiannya diberikan kepadaku. Aku pelik. Air teh o ke ni? Bisik hatiku.

"Ane.. ni nescafe o ais la ne.., saya mintak teh o ais," Kataku berbahasa. Aku bukan jenis yang cepat melatah.

"Air bungkus saya kot.." Satu suara garau muncul di belakangku. Pantas aku berpaling mencari pemilik empunya suara. Erkk.. tiba-tiba jantungku bagai berdegup pantas. Ada pulak rasa macam kupu-kupu terbang dalam perut.

"Saya order nescafe o ais tadi." Katanya lagi cuba mengambil tali air bungkus nescafe tu dijariku. "Cik, oh cik.." perlahan lelaki itu memanggil aku sambil cuba menarik-narik tali air bungkus.

"Oh.. Sorry..Sorry.." Kataku malu-malu. Pantas aku melepaskan tali air bungkus tadi. Dia aku lihat tersenyum manis. Manis macam gula je aku rasa. Eh, salah. Senyum mana boleh rasa, boleh tengok je.. hehehe.. ketawaku dalam hati.

"Thanks.." Katanya. Senyum masih tidak lekang dari bibirnya. Ni yang buat aku tak boleh tidur malam nih. "You welcome." Balasku sopan. Malu-malu kucing gitu.

Pantas lelaki itu membuka langkah, sempat jugak dia berpaling melihat aku yang masih lagi tercegat diam tak berganjak. Errkkk.. Dia pandang la pulak. Cepat-cepat aku mengalih pandangan. Terpandang pulak Cik Khadeja ni bercekak pinggang sambil tersengih-sengih melihat gelagat aku.

"Apa..? Aku tunggu air aku la." Kataku seraya mengambil air bungkus yang baru sampai.

"Eleh.. Kuch-Kuch Hota Hai la tu.." Balas Khadeja. Minah ni memang pantang. Tak boleh aku nak berperasaan sikit.

"Kau tak mintak no telefon dia ke Fiza? Hensem tuuu..!!" Kata Khadeja sambil dia berlari-lari anak mendapatkanku yang sudahpun menyusun langkah seribu.

"Tak sempat la, aku terpaku, tergamam semua ada. Hensem sangat. Hehehehe.." Balasku berjenaka. Khadeja senyum meleret sambil mencuit-cuit bahuku. Aku pantas melarikan badanku seraya melihat kening si Khadeja ni terjungkit-jungkit. Ahh..Malas layan.

Kami sama-sama menunggu lift untuk naik ke pejabat. Dalam hati aku tertanya-tanya, siapa la mamat tadi tu.. adakah nama dia seperti wajah dia. Teringin sangat nak tau. Aik.. angau dah ke aku nih.. tak padan dengan kemetot..


Bersambung ~~

No comments:

Post a Comment