Wednesday, 1 February 2012

Coz' You Are My Man

"Tett..tett" Bunyi SMS. Alahai, malas pulak nak bangun. Dengan mata yang masih tertutup, aku mencapai hensetku di tepi katil. SMS dari Ashraff aku baca.

Woit, kau kat mana?
Jom main Bowling..
Aku kat Timesquare ni. With my friends.
Jom la..-Ashraff


Hish. Aku baru nak lepak rumah je hari ni. Malas betul nak keluar. Alasan apa nak bagi dekat mamat ni ek? Ah..haa. Pantas aku menaip keypad hensetku sambil tersenyum.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.
Hehehe.. Aku kat rumah la. Tengah berkubang.
Alaa.. gaji belum masuk la. Lagipun aku sakit gigi.
Mulut pun sakit jugak ni. –Lis




Aku menekan punat ‘SEND’ lalu aku menarik gebar menyelimuti tubuhku yang ala-ala dingin ni. Mungkin sebab hujan kot subuh tadi. Selalunya memang kalau hari cuti macam ni aku akan tidur balik selepas solat subuh. Iye lah, nak balas dendam kesumat yang sememangnya terpendam dari hari Isnin sampai lah hari Jumaat. Aku akan bergerak keluar dari rumah seawal 6.15 pagi. Maklumlah, tempat kerjaku di Shah Alam. Office hour pulak start pukul 8.00 pagi. Mau tak kena bangun awal. Sudah la aku ni pengguna tegar pengangkutan awam. Nak tak nak, terpaksalah. Demi untuk menampung keperluan perut aku yang comel ini.

****

Ashraff tersenyum melihatkan SMS yang dihantar oleh Malissa. Eiii.. Macam-macam lah perempuan ni. Ingat aku tak tau dia buat apa kt rumah tu kalau hari cuti macam ni. Confirm membuta je kerja dia. Macam mana nak jadi bini aku nih. Bagi alasan sakit gigi la pulak.

Teringat Ashraff ketika dia menemani Malissa pergi ke Dentist untuk memasang braces 2 bulan lepas. Keluar dari bilik Dentist tu, langsung Malissa tak bukak mulut. Bercakap pun menggunakan bahasa isyarat saja. Malu katanya. Demi kasih yang terpendam tu, Ashraff layankan jugak cinta hatinya itu.
Bila lah agaknya dia akan berterus terang dengan Malissa akan perasaannya. Perlahan Ashraff membalas SMS Malissa.

Siot je kau kan. Wsalam w.r.t
Ahh!! Takde2. Ko siap skrg.
Byk la alasan. Sakit gigi, sakit mulut la.
Main bowling pakai tangan je kot..:P:P
Jom la, aku belanja kau.-Ashraff


Malissa merungut. Hish.. aku baru nak lena nih. Dok ‘tet tet’ je dari tadi. Aku membuka SMS dan mengeluh sambil menggaru-garu kepala aku yang sememangnya gatal. Banyak kelimumur kot. Ermm.. Nasib baik dia nak belanja. Kalau tak, takde nya aku nak perabih duit.

Yess!! Kalau kau ckp kau nak belanja awal2 td kan senang.
Hehe.. tp bukan belanja main bowling je tau.
Belanja makan minum aku sekali ek? Heheh..:P:P
TQ.. – Lis


Ashraff pantas membuka SMS. Amboi minah ni. Bagi betis nak peha pulak. Ashraff menggeleng kepala.

Hamboihh!! Hah.! Kalau camtu cepat!!
Aku bagi kau 30 minit je..:P:P- Ashraff


Mak aih, 30 minit je dia bagi aku. Cepat-cepat aku menyusun langkah ke bilik air. SMS Ashraff dibiarkan tidak berbalas. Hampir nak roboh pintu bilik air dirempuh bahu aku. Adehh... Haihh la pintu. Bila la aku nak betulkan kau ni. Dah longgar semua skru. Macam Landlord dia jugak. Hehehe.

****

Sampai saja aku di depan Superbowl, aku meninjau sekeliling ingin mencari kelibat Ashraff, mamat yang mengaku dirinya hensem walaupun sebenarnya memang dia hensem. Muka persis pelakon Indonesia Christian Sugiono. Aku suka berkawan dengan Ashraff. Ashraff bukan spesies lelaki yang suka mengambil kesempatan. Sikap dia sentiasa ingin melindungi. Aku hairan jugak kadang-kadang muka hensem macam tu dikatakan tiada lagi buah hati pengarang jantung. Siapalah yang dia tunggu. Tunggu aku ke? Errkk. Tak nk lah aku. Hensem sangat, tak padan pulak aku rasa. Aku ni muka biasa-biasa je. Pakai braces pulak lagi. Orang selalu ejek aku gigi besi. Eleh.. aku peduli apa. Gigi aku, bukan gigi diaorang pun. Hishh, tak payah berangan la Malissa oii. Lagipun orang hensem ni susah nak jaga. Takut aku makan hati saja. Bak kata kakak dekat opis aku tu. “Biar sakit mata, jangan sakit hati.”

“Hoiii!!” Sergah Ashraff

Mak aihh, luruh jantung aku. Kurus semangat. Aku mengurut dada.

“Bengong!!, kau nak aku mampus cepat ke hah..?

“Aku bagi kau 30 minit, kau bantai kasi cukup 1 jam ek?” Kata Ashraff seraya bercekak pinggang.

“Hehehe.. mana cukup 30 minit. Aku nak mandi lagi, tunggu tren lagi lepas tu nak kena tukar tren lagi.” Terkelip-kelip mataku memohon pengertian Ashraff.

“Dah.. dah, tak payah nak kelip-kelip mata kau macam tu. Macam kucing tak cukup ikan je aku tengok.. Jom masuk..! Aku dah ambilkan kasut untuk kau.” Tukas Ashraff seraya menarik selendangku.

“Wehh.. Ngok..! Senget la tudung aku. Aku dah pakai cantik-cantik nih.” Aku memegang kepalaku. Takut serabai pulak. Turun saham nanti.

“Eleh.. takde siapa la nak tengok kau tu. Bukan cantik sangat pun.” Ashraff mengejekku.

“Waaaa.. sampai hati kau.! Aku nak balik la macam ni.” Pantas aku berpaling menjauhkan diri. Tapi tersentak aku kebelakang. Lupa pulak Ashraff masih lagi memegang selendangku.

Ashraff ketawa melihatkan gelagat aku

“Itu lah, pakai lagi tudung rambu-rambu macam ni. Len kali pakai la tudung Makcik Indon selalu pakai tu.. Kan senang. Kata pun nak main bowling.”

“Eleh, kau jealous la tu aku ada tudung tapi kau takde kan..kan..” Usikku.

Ashraff menjelir lidah kepadaku. Ingat cantik sangat la tu jelir-jelir lidah kat aku.

“Come.. I want you to meet my friends.” Bisik Ashraff.

Aku menyaingi Ashraff berjalan menuju lane paling hujung sekali. Hari cuti macam ni memang ramai orang. Rimas pulak aku tengok. Dari jauh aku Nampak kawan-kawan Ashraff dok melambai-lambai. Erkk. Semua lelaki ke??

“Ash..,” Bisikku.

Ashraff menoleh ke arahku seraya menjungkitkan keningnya.

“Semua lelaki je ni.. Kau tak ajak kawan perempuan kau yang lain ke?” Tanyaku.

“Eh.. aku ingat kau nak ajak kawan-kawan kau. Aku lelaki, dah memang lelaki la semua kawan-kawan aku.” Bidas Ashraff

“Pulak.. habis aku ni lelaki ke?” Sengaja aku mengusiknya.

“Kau lain. Kau aku tengok macam separuh-separuh je.” Balas Ashraff mengenakan ku semula.

“Siot je kau kan..?” Pantas aku menendang kakinya seraya ketawa kecil.

Ashraff ku lihat tersenyum manis. Aikk.. tak sakit ke aku tendang. Susah kadang-kadang aku nak tafsir apa yang ada dalam kepala otak dia. Masa aku mula-mula jumpa dia tahun lepas di UVW Shah Alam untuk sesi temuduga. Muka, mak aihh. Mencuka. Serius memanjang. Aku senyum pun tak balas. Dah ditakdirkan aku dan Ashraff berjaya pulak dalam temuduga tu. Cuma yang beza adalah bahagian saja. Aku ditempatkan di bahagian Corporate Plainning & Business Development manakala Ashraff di tempatkan di bahagian Human Resource. Mula berkenalan pun sewaktu sesi orentasi untuk pekerja-perkerja baru. Rajin pulak dia menegur aku yang sedang mencari-cari tempat duduk. Mempelawa aku duduk di sebelahnya yang masih lagi kosong. Dari berbual isu semasa, terus saja kepada perihal keluarga. Selesa pulak masa tu aku berbual dengan dia.

“Guys.. meet My Lady. Maria Malissa” Suara Ashraff menghentikan lamunanku. Amboi.. suka hati ‘My Lady’. Bila masa entah. Takpe, nanti kau.

“Lis.. this is John, Danny, Izham, Azman and Khairul.” Satu-satu diperkenalkan kepadaku. Mak aihh.. muka memasing macam model iklan. Mana la Ashraff jumpa ni.

“Hii..” Sapaku. Mereka semua tersenyum mengangguk dan ada jugak yang mengangkat tangan.

“Just call me Lis” Sambungku lagi seraya mempamerkan senyuman mesra.

John dan Danny menghulurkan salam. Pantas saja Ashraff menyambut salam kawan-kawannya itu. Yang lain sudah ketawa melihat gaya John dan Danny yang agak pelik melihat situasi itu.

“Cehh.. Aku bukan nak salam kau la bro” Kata Danny. Aikk.. Fasih jugak si Danny ni berbahasa Melayu. Aku ingat anak orang putih tadi.

Ashraff melepaskan tawa seraya berkata. “Sorry bro, like I said. She is my lady.”

Aku tersenyum melihat keletah mereka. Kagum jugak aku dengan Ashraff. Sangat prihatin.

“Lis...!” Izham memanggilku. “It’s your turn” Sambungnya sambil jari telunjuknya ditundingkan ke arah monitor.

Aku yang sedang membuka kasut terpana seketika. Errkkk.. ‘GIGI’.? Mengong punya kawan. Aku menjeling ke arah Ashraff. Ada ke letak nama aku ‘GIGI’ kat monitor tu. Sepantas kilat aku membaling kasutku kepada Ashraff yang sudah ketawa terbahak-bahak.

Debukkk!!! Tepat mendarat di perutnya. “Haa.. ambik kau..!! Harus begiteww..!” Ejekku.

****

Selesai bermain bowling, kami menuju ke McDonalds yang berada di sebelah Superbowl untuk makan tengah hari . Lapar pulak rasa. Mana tidak. Sejak bangun tadi, memang aku tak menjamah apa-apa makanan walaupun seteguk air.

Kami berbual sambil menikmati hidangan masing-masing. Sempat jugak aku menunjukkan video yang aku rakam ketika Ashraff membuat balingan. Kebetulan pulak ketika aku rakam memang balingan Ashraff terus ke longkang. Apa lagi.. jadi ‘bahan’ kawan-kawan dia la. Izham dan Khairul siap minta aku ‘Bluetooth’kan video tu pada meraka. Nasib kau la Ashraff.

Elok kami semua hendak beransur dari McDonalds, aku didatangi seorang wanita yang pakaiannya ala-ala cerita Flintstone. Macam kat Zaman Batu. Tak cukup kain. Ngomelku.

“Hey you..!! Stay away from my boyfriend..!!” Jeritnya lantang. Mak aihh..Kot ye pun kau tak tau malu, aku yang malu tau. Siapa perempuan ni? Aku cuba mengingati. Kot la pernah jumpa dalam tren ke dalam bas ke.

“Mel..!! What are you doing here?” Tanya Ashraff. Sedikit berbisik. Aikk.. Ashraff kenal ke perempuan ni.?

“And what are you doing here? You told me you are sick.. Well, you look just fine to me..” Balas Mel.

“And who is this bitch? Sambung Mel seraya menolak bahu aku dengan tas tangannya. Amboii, minah ni mulut macam ladang cili. Selamba badak dia je mengata aku. Takpe Lis. Sabarkan diri.

“Hey, watch your mouth Mel..!! And don’t you dare to touch her..!” Kata Ashraff sedikit menjerit.
“Well.. we’ll see..” Duga Mel pulak.

Aishhh.. Drama apa la pulak kau mainkan ni Ashraff. Aku berkira-kira untuk melepaskan diri. Tak ingin aku memalukan diri macam ni. Dah la dekat sini ramai orang.

Baru saja aku ingin berlalu. Dushuuummm!!! Satu tumbukan melayang ke mulutku. Macam cerita hidustan pulak. Awww.. sakitnya. Kurang ajar punya perempuan. Dengan pantas aku mengambil air coke yang masih lagi penuh milik Azman lalu aku simbah ke muka yang harap cantik milik Mel tu. Perangai serupa anak ‘oink..oink..’ ikut suka dia je.

Ashraff tercengang seketika. Dia kemudian menghampiri Mel dan cuba untuk melayangkan penumbuk dia ke muka Mel. Aku menarik baju Ashraff. John dan Izham cuba untuk menahan Ashraff dari bertindak lebih ganas.

“Hey.. hey.. Cool down man.. She just a woman..” Kata Danny cuba menenangkan.

Tiba-tiba aku terasa macam ada rasa masam-masam masin dalam mulutku. Agak pedih. Berdarah mungkin kerana berlaga dengan braces aku ni.

“Guys, I have to go.” Pantas aku berlari meninggalkan meraka terpinga-pinga. Aku kena cari toilet ni. Tak tahan aku dok menahan darah dalam mulut aku.

Ashraff memanggil namaku dan cuba mengejarku. Bukan aku tak nak berpaling. Tapi mengingatkan Ashraff ni tak boleh tengok darah. Tak nak la aku menyusahkan dia. Kaki aku terpijak kaca masa di opis dulu pun dia dah nak pitam. Inikan pulak tengok darah dalam mulut aku.

“Where are you going Ash?” Tanya Mel cuba menahan Ashraff.

“Hey perempuan, listen here.. Like I said before.. you and me..” Ashraff menuding jari ke arah dirinya dan Mel bergilir-gilir

“We are over..!! O.V.E.R..!! Don’t you get it? Which part you don’t understand? Bentak Ashraff.

Ashraff terus berlalu meninggalkan kawan-kawannya yang lain. Dalam hatinya Cuma ada Malissa. Dia risaukan Malissa. Ashraff boleh agak mesti mulut Malissa luka akibat penangan Mel tadi.

Tulah, degil nak pakai braces jugak. Baru dua tiga minggu pakai benda alah tu mulut dah kena Ulser. Hari ni kena penumbuk pulak. Hishh.. ngeri pulak membayangkan. Bisik hati Ashraff.

“Truttt.. Truttt.. Trutt.. Truttt”

“Come on Lis, pick up the phone..” Bisik Ashraff perlahan.

“Arghhhh.. Kenapa la jadi macam ni..” Bentak Ashraff.

Malissa merungut bila hensetnya lima enam kali berdering. Malas nak diangkat.

Hishh.. dah aku tak angkat tu jangan la call dah. Aku meludah-ludah air liurku yang penuh dengan darah. Mulutku dah rasa berdenyut-denyut. Nasib baik la dawai besi gigi aku ni elok lagi. Kalau tidak, harus lah aku kena buat appointment jumpa Dentist lagi.

*****

“Assalamualaikum Kak Mieza” Sapa Ashraff.

“Waalaikumussalam.. Eh, awak buat ape pepagi lagi dah datang sini.? Cari Lis ke?” Tanya Kak Mieza.

“Haah, dia ada kak?” Balas Ashraff.

“Dia MC hari ni. Katanya sakit mulut. Dia tak bagitau kamu ke?” Tanya Kak Mieza lagi.

“Dia lupa kot kak. Takpe la, Thanks Kak Meiza..” Ashraff berlalu seraya menggaru kepalanya yang tidak gatal tu.

Kak Mieza pelik. Budak dua ekor ni gaduh ke? Selalunya kalau Malissa hilang, tanya je dekat Ashraff. Mesti tau punya. Macam tu jugak la sebaliknya. Ni aku tengok lain macam je. Apa-apa pun aku doakan korang bahagia. Bukan aku tak tau yang si Ashraff tu menaruh hati dekat si Malissa ni. Tp tulah, Malissa ni buta hati kot. Tak kan tak nampak lagi kejujuran Ashraff tu. Biarkan lah. Cinta orang muda-muda. Bisik Kak Mieza dalam hati.

****

~ Coz I’m your lady.. And you are my man.. ~
~ Whatever you wish from me.. I’ll do all that I can~

Ringtone lagu Power of Love dari Celine Dion berkumandang. Aku dah tau siapa pemanggilnya. Sanggup dia downloadkan lagu ni dekat henset aku semata-mata nak suruh aku pakai ringtone ni kalau dia yang telefon.

“Hello.. Assalamualaikum..” Jawabku malas.

“Kau turun sekarang..! Kalau tak aku naik nanti..” Marah Ashraff.

Aku menjengok dari tingkat lima ke bawah flat rumah aku. Kereta Vios hitam sudah siap ‘double park’. Sememangnya macam ni la kawasan rumah aku. Parking susah sikit nak dapat. Aku ingat dia main-main je tadi nak singgah rumah aku. Ermm.. Nak tak nak kena la jugak turun. Kalau dia tekan hon macam hari tu. Buat malu aku je.

“Yelah..yelah.. kau tunggu kejap.” Tukasku. Nasib baik aku dah mandi. Tinggal nak sarung cardigan je lagi lepas tu pakai tudung Mak Indon ni.

“Kenapa aku sms kau tak balas?” Aku tak sempat tutup pintu kereta lagi Ashraff sudah menyoalku.

“Aku tidur la.” Balasku seraya menjelingnya. Wajah Ashraff tidak beriak.

“Aku call banyak kali kenapa tak angkat? Tanya dia lagi.

“Aku tidur mati.” Tukasku selamba.

Ashraff tersenyum. Jiwa Ashraff bila bersama Malissa memang tak boleh nak marah lama-lama atau nak merajuk lama-lama. Hati dia cuma rasa bahagia.

Ashraff kemudian menggerakkan tangannya ke seat belakang mencapai sesuatu. Aku menjeling dengan muka yang sedikit kaget. Ingat nak peluk aku tadi. Seram aku. Ashraff kemudiannya ketawa lepas.

“Aku bukan nak peluk kau la, aku nak bagi kau ni..” Ashraff seperti memahami apa yang ada dalam kepala ku.

“Erkk..eh.. ehh.. kenapa..” Tergagap-gagap aku menutur kata. Malu pun ada sebab tersalah anggap. Tak tau nak cakap apa bila tengok bunga yang dia bagi. Tak pernah pun selama ni orang bagi dekat aku.

“Haihh.. baru dapat bunga dah gagap” Usik Ashraff mengenakan aku.

Aku buat muka pelik. Kenapa pulak nak bagi bunga. Aku pandang muka Ashraff meminta penjelasan.

“Aku nak mintak maaf dengan kau pasal hal semalam. Tak pasal-pasal kena tumbuk dengan ex-girlfriend aku.” Terang Ashraff.

“Laa.. ex-girlfriend kau ke.? Gaya macam datang dari Zaman Batu je aku tengok, macam cerita Flintstone.” Balasku.

Ashraff ketawa. Kelakar pulak bila dia membayangkan dia pernah menjadi kekasih Mel. Ternyata dia dulu jahil dalam mencari cinta. Apalah ada pada paras rupa. Yang ada hanya sengsara bila Mel menggunakan kejelitaannya untuk menggoda semua Tan Sri, Datuk dan Tengku-Tengku yang ada di Malaysia ni. Biarlah kali ini dia memilih untuk berada di sisi insan yang jujur dan tulus.

“Sakit lagi tak mulut tu” Tanya Ashraff lagi.

Aku menggelengkan kepala. “Cuma bengkak sikit la.” Jawabku ringkas sambil membelek-belek bunga yang diberikan oleh Ashraff. Tak tau la kenapa. Tapi hati aku rasa terharu pulak bila Ashraff betul-betul ambil berat akan hal-hal yang berkaitan dengan aku.

“Jom teman aku jalan-jalan kat Titiwangsa ya? Dah lama aku tak jalan-jalan kat situ.” Ashraff memberi cadangan.

“Ok jugak. Aku pun dah lama tak pergi sana.” Balasku.

****

Aku dan Ashraff berjalan menyusuri laluan di tepi tasik ni. Aku menapak ke kerusi ala-ala kayu. Rasa macam nak duduk. Penat pulak. Lagipun aku lebih gemar memandang kehijauan tasik. Ashraff membontoti langkahku. Dia duduk agak jauh sedikit. Suasana rasa tenang seketika.

“Lis, Aku nak tanya sikit boleh? Bisik Ashraff.

“Ermm.. tanyalah.. Selalu kau takde nak mintak kebenaran pun..” Balasku.

Ashraff diam tidak berkutik.

Eh.. mamat ni serius semacam je aku tengok. Ada masalah ke?

“Ash, are you ok?” Tanyaku.

“Lis, do you love me..? Maksud aku, kau cintakan aku tak?”

Aku tersedak air liur sendiri. Lama aku biarkan dia menanti jawapan aku. Apasal la pulak mamat ni petang-petang macam ni dia nak feel-feel bagai dengan aku nih? Pelik.. pelik.

“Sorry Ash, I’ve promise to my self that I won’t simply declare my love to neither someone who wants it nor need it. Kalimah cinta aku ni aku dah ‘reserve’kan pada insan yang berhak. Kau tau kan kisah cinta aku dulu. Berpuluh kali aku sebut cinta pun tak kemana perginya hubungan kami. Macam lah cinta aku tu tak bermakna langsung. Aku takut Ash nak menanam rasa cinta ni semula.” Panjang lebar penjelasanku pada Ashraff. Terasa sebu pulak hati ini mengenangkan kisah silam yang sudah lama aku tanam di lubuk yang paling dalam.

“Aku mintak maaf Lis kalau buat kau tak selesa.” Ujarnya simpati.

“Can I be your man, Lis” Kata Ashraff. Matanya masih lagi memandang ke arah tasik yang tenang.

“Aku tak berani nak jamin yang kau akan bahagia dengan aku sampai bila-bila. Aku tak berani nak janji yang aku tak akan sakiti hati kau selama kau hidup dengan aku. Tapi yang pasti, aku nak kau ada di sisi aku, aku nak share semua yang ada pada aku dengan kau. Aku nak hidup aku hari ni, esok, lusa dan hari-hari mendatang ada kau Lis. I don’t want any other woman cause i already made you my lady and I just don’t want to lose you.” Tenang Ashraff menutur kata.

Aku terpana mendengarkan luahan rasa Ashraff. Kedengaran tulus di halwa telingaku. Tapi bagaimana dengan hati aku. Bersediakah aku. Aku takut luka kerana cinta. Beranikah aku menanggung risikonya nanti.

Perlahan Ashraff mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Cincin emas bertatahkan tiga butir berlian. Nampak kemas ukirannya dengan butiran berlian tu tenggelam tidak tersembul seperti cincin berlian yang lain. Dia buat khas untuk aku ke? Aku tak pernah nampak pun ukiran macam ni kat kedai-kedai barang kemas.

“Please wear it when you’re ready.” Bisik Ashraff

“Lis, are you listening?” Bisik Ashraff lagi.

“Yesss.. I.. Auwwww..!!” Arghh, jari ku tercocok duri bunga rose yang dihadiahkan Ashraff tadi.

“Alamak Ash... Darah..” Bisikku perlahan. Lantas aku tunjukkan jari telunjukku padanya.
Ashraff kaget. “Erkk.. Darah..” Perlahan tuturnya lalu terus badanya menyenget ke bahuku.

Eh..eh.. cepatnya pitam. Hari tu pitam masa dekat opis sempat lagi dia cari sofa nak landing. Hari ni terus je pitam. Mamat ni pitam sebab tengok darah aku ke sebab nak cover malu takut aku tak terima cinta dia. Haihh.. Macam-macam la. Terukir senyuman di bibirku.

“Eh Kak.. Abang ni ok ke?” Tanya seorang remaja yang baru balik jogging.

“Ohh, dia pitam je dik. Jari akak ni luka. Dia memang tak boleh tengok darah.” Balasku.

“Ni.. akak ambil la botol air saya ni buat renjis kat muka dia. Pakai saya punya tuala ni lap muka dia. Ambil terus la tuala tu. Saya ada banyak dekat rumah” Tukas remaja tersebut seraya ketawa kecil.

“Terima kasih ye dik.” Balasku sopan.

“Sama-sama..” Jawabnya sambil tersenyum.

Aku mengelap perlahan-lahan muka Ashraff di ribaanku. Nampak polos benar wajahnya ketika ini. Aku mula memikirkan kata-katanya tadi. Memang takde siapa boleh jamin apa yang akan terjadi pada hari esok atau hari-hari mendatang. Apa yang pasti kita harus berusaha untuk menempuh masa hadapan bersama-sama. Sentiasa melengkapi antara satu sama lain. Menitis air mataku mengingatkan kesungguhan Ashraff. Mungkin aku perlu belajar mencintai insan yang tulus mencintaiku, hargai cintanya kerana hati aku bukan milik aku seorang. Perlahan aku mengeluarkan cincin yang digenggam Ashraff lalu aku sarungkan cincin itu di jari manisku. Eh.. Muat pulak.

****

5 minit.. 10 minit.. 15 minit.. Eh..Eh.. Mamat ni. Tak boleh jadi. Kaki aku dah lenguh. Pitam ke tidur ni. Kot ye pun nak tidur, kat rumah la. Aishhh.. Macam mana ni. Maghrib dah masuk. Aku menepuk-nepuk muka Ashraff dengan gumpalan tuala tadi. Tak sedar lagi. Kali ini aku menepuk dengan lebih kuat.

“Woii.. woii.. sakit la.” Perlahan suara Ashraff

“Bangun la, Magrib dah masuk ni” Tukasku seraya menolak kepala dan badannya.

“Laa, patutla sedap je aku baring. Atas riba kau rupanya. Nak pitam lagi lah.” Usiknya manja.

“Hah!! Ni nampak.” Cepat-cepat aku menunjukkan penumbuk.

“Jari kau dah ok ke?” Tanya Ashraff.

“Ermm.. tak yah tanya, dah kering pun darahnya.” Perliku.

“Jom la solat dulu. Telekong aku ada dalam kereta kau lagi kan?” Tanyaku.

Memang segala keperluan wajib seperti telekong, kain pelekat dan sejadah sudah tersedia di dalam bonet kereta Ashraff. Dia yang menyuruh aku meletakkan telekong aku di dalam keretanya. Katanya senang nanti kalau pergi mana-mana.
Usai menunaikan solat fardu, aku menapak keluar dari surau. Aku lihat dari jauh kelihatan Ashraff sedang terbongkok-bongkok sepertinya mencari sesuatu. Kejap-kejap dia cekak pinggang. Kejap-kejap pulak digarunya kepala. Aku tau dia cari apa. Hehehe..

“Kau cari apa Ash.” Tanyaku dengan wajah yang serius turut tertunduk pura-pura mencari.

“Cincin yang aku nak bagi dekat kau tadi Lis, tercicir la pulak, kau ada nampak tak?” Balasnya dengan gusar.

“Cincin yang macam ni ke maksud kau?” Kataku seraya menunjukkan jari-jariku kepadanya.

Cepat saja Ashraff menarik jari-jariku ingin memastikan cincin itu memang cincin dia.

“Hishh.. apa pegang-pegang ni. Batal wuduk aku.” Marahku.

Ashraff melepaskan tangannya dari terus memegang jari-jariku. Matanya yang sedikit berair memandangku mohon kepastian.

“Lis.. But.. Err.. Why..? Tergagap-gagap sebutannya. Tak berapa jelas di pendengaranku. Aku dengar ‘why’ je.

“Haihh.. aku baru sarung cincin, kau dah gagap?” aku memulangkan paku buah keras.

Perlahan aku mendekati Ashraff. Dalam hati aku berdoa mudah-mudahan ini satu permulaan yang baik untuk hubungan kami.

“Coz You Are My Man and I’m Your Lady”. Bisikku perlahan.


TAMAT...

No comments:

Post a Comment