Thursday, 9 February 2012

I Don't Like Kongsi-Kongsi

Part 1 & 2..
Perlahan Fazrini membuka pintu balkoni biliknya. Malam ni langit terang ditemani bulan dan bintang tapi tidak seterang kehidupan rumahtangganya ketika ini. Sudah 5 tahun dia dan Ilham mendirikan rumah tangga tetapi belum lagi dikurniakan anak. Fazrini pasti, itulah antara faktor yang menjadi kepincangan rumahtangganya sekarang ini. Fazrini hanya mampu pasrah. Ugutan ibu mertuanya yang berkehendakkan Ilham berkahwin lain, sangat menyesakkan dada wanitanya.
Tepat pukul 11.00 malam, kelihatan kereta Honda Accord Ilham memakir di hadapan pagar rumah. Fazrini cepat-cepat mengatur langkah turun untuk menyambut suami tercinta.
“Abang baru balik?” Sapa Fazrini seraya menghulurkan tangan untuk bersalam.
“Ermm..” Balas Ilham acuh tak acuh.
“Kenapa tak tidur lagi?” Sambungnya.
“Rini tunggu abang..” Balas Fazrini menunduk sebab dia tau Ilham tak suka dia menunggu kepulangan Ilham.

“Abang dah cakap banyak kali kan? Kalau abang kata tak payah tunggu tu, tak payah la.. Susah sangat ke nak faham?” Suara Ilham sedikit meninggi.
“Rini tunggu abang.. sebab.. sebab.. Rini nak mintak izin, nak pergi klinik esok pagi. Rini takut abang keluar awal esok.?” Takut-takut Rini bersuara.
“Kau pergi je lah mana kau nak pergi. Aku tak heran pun..” Balas Ilham seraya mengambil beg laptopnya naik ke bilik.
Bunyi dentuman pintu bilik sangat membingitkan telinga Fazrini. Mengalir air matanya yang ditahan-tahan dari tadi. Sayu hatinya melihatkan layanan Ilham sejak setahun yang lepas dingin bak salju. Tiada lagi kata-kata cinta, gurauan mesra yang dulu sentiasa intipati rumah tangga meraka. Sekarang ini dia dilayan ibarat bunga tiada harum. ‘Iya, aku tak sempurna. Aku bukan macam wanita lain. Aku mandul!!’ Bisik hati Fazrini seraya menutup telinga. Dia sendiri tidak mampu untuk mendengar kata hati sendiri. Diberitakan tentang perihal diri yang tidak sempurna itu meragut pergi kebahagian Fazrini.
“Tahniah Puan Fazrini.. Puan hamil..! Dah masuk minggu keempat dah..” Ucap Doktor Alisa.
Fazrini tergamam. Terkaku dia seketika.
“Tapi doktor, hari tu...” Fazrini ingin bertanya perihal dirinya tapi pantas pertanyaannya dicantas oleh DoktorAlisa.
“Iye, saya tau. Saya kan yang check awak hari tu.?” Doktor Alisa tersenyum bila melihatkan Fazrini mempamerkan wajah tidak percaya.
“Anak ni rezeki puan. Allah nak bagi peluang kat puan untuk menikmati salah satu rahmat Dia. Macam mana hal itu terjadi, itu rahsia Dia. Lepas ni, apa yang puan kena buat adalah, jaga kandungan, makan makanan berkhasiat. Jangan stress sangat ya..” Nasihat Doktor Alisa.
‘Alhamdulillah.. Syukur padaMu Ya Allah. Aku berdosa kerana mempertikaikan ketentuanMu sebelum ini.’ Fazrini tak sabar menunggu kepulangan Ilham. Ingin dikhabarkan berita gembira ini.
Setelah melihat Ilham selesai mandi, Fazrini duduk dibirai katil. ‘Mesti dia suka dengar berita ni.’ Bisik hati Fazrini.
“Abang.! Rini ada berita gembira untuk abang..” Fazrini ingin menunjukkan keputusan yang dikeluarkan oleh Doktor Alisa
“Abang pun ada benda nak cakap dengan Rini.” Ilham pantas membuka laci almari. Sampul surat coklat bersaiz A4 diberikan kepada Fazrini.
“Apa ni bang..?” Perlahan Fazrini membuka sampul surat itu.
“Minggu depan abang nak kahwin dengan Maria. Abang nak Rini sain borang dalam sampul tu” Arah Ilham tanpa memandang sedikit pun riak wajah Fazrini. Fazrini menggenggam erat keputusan kehamilannya. Hatinya ibarat ditikam tapi matinya tidak.
“Sampai hati abang buat Rini macam ni..” Rini berkata dalam sendu. Air jernih sudah mula bergenang dipelupuk matanya. Ditahan semahunya.
“Apa-apa hal pun kita boleh bincang bang..” Fazrini cuba menarik tangan Ilham yang sudah mula menapak keluar dari bilik. Ilham menyentap pautan Fazrini.
“Ahh.. Aku ni dah tak de masa la nak bincang-bincang. Kepala otak aku ni dah senak dengar orang mengata aku ni tak mampu nak ada anak. Padahal kau tu yang mandul.!!” Tengking Ilham seraya berlalu keluar dari bilik yang pernah menjadi saksi cinta mereka. Sungguh, bukan niatnya untuk memarahi isteri yang disayanginya. Egonya mengatasi semua rasa.
Menitis juga air mata Fazrini yang ditahan-tahan dari tadi. Sekarang tau lah Fazrini di mana duduknya dia dihati Ilham.
Dengan hati yang lara, Fazrini mengambil borang yang diberikan Ilham tadi. Pen di dalam laci diambil lalu dia menurunkan tandatangannya. Biarlah. Ini yang dimahukan Ilham. Fazrini yakin dia boleh bahagia tanpa Ilham. Yang penting anak dalam kandungan ini adalah amanah dari Allah untuk dia. Ini pun dah boleh bahagiakan dia.
Fazrini melangkah laju memasuki ruang legar pejabat Ilham.
“Eh.. Puan Rini..! Lama tak nampak puan. Puan sihat? Sapa Adrina. Adrina ni receptionist syarikat suaminya. Orangnya memang peramah. Kalau ada clients yang datang, dia suka nak menghafal nama tetamunya itu.
“Assalamualaikum Rina.. saya sihat je.” Fazrini tersenyum mesra.
“Hehe.. Waalaikumsalam puan.” Jawab Adrina malu-malu.
“Saya tengok puan hari ni berseri-seri la. Nampak berisi lagi. Cantik.”
“Hishh awak ni. Pandai je la nak puji saya.” Fazrini menjeling manja.
“Eh.. Bos awak ada tak? Saya nak jumpa dia kejap la”
“Ada puan. Kejap ya..” Adrina menekan interkom.
“Sila puan.. “ Adrina mempelawa.
“Take care tau.” Pesan Adrina bila mereka tiba di pintu lif. Fazrini merapatkan jari telunjuk dan ibu jarinya membentuk huruf ‘O’ seraya matanya dikelipkan kepada Adrina. Adrina tersenyum. Suka melihat wajah milik Fazrini yang comel dan cantik. Mudah mesra pulak tu. Kalau nak dibandingkan dengan Cik Maria. Huhh.. Dia sendiri tidak berselera dengan perempuan jenis macam tu. Pakai baju mengalahkan tarzan.
Perihal rumahtangga Ilham dan Fazrini bukan lagi menjadi rahsia. Disebabkan mulut Maria yang ibarat murai tu. Senang-senang saja dia menjaja. Mengata Fazrini tidak cukup sifat. Satu kekurangan itu sudah memadai untuk mengalahkan sepuluh kebaikan. Adrina menggeleng kepala. ‘Aku tak kisah suami nak kahwin ramai ni, yang penting bukan suami aku.’ Bisik hati Adrina.
“Assalamualaikum abang.” Fazrini melangkah masuk setelah mengetuk pintu bilik suaminya.
“Ada apa Rini datang sini? Abang banyak kerja la..” Salam Fazrini tidak dijawab.
“Rini datang nak bagi ni. Rini dah siap sain. Salinan pun Rini dah buat untuk simpanan Rini. Rini harap abang bahagia dengan pilihan abang.” Tenang Fazrini menuturkan kata. Ilham memandang tandatangan isterinya. Terasa sesak pulak didadanya.
“Satu je Rini nak pesan. Sekali abang melafazkan nikah atas nama perempuan lain, maka jatuhlah talak ke atas Rini.” Terasa kesat dikerongkong usai Fazrini menutur kata. Muktamad. Takde dwi pilihan.
Semakin kuat sesak didada Ilham mendengarkan kata-kata Fazrini. Tidak disangka isterinya boleh setekad itu.
“I’ve told you before kan.. I don’t like kongsi-kongsi ni. So this is my decision. Usai menutur kata, Fazrini mendapatkan Ilham. Perlahan tangan Ilham ditarik dan dikucup lama.
“Rini nak mintak ampun bang.. atas dosa-dosa Rini pada abang. Rini tau, Rini bukan isteri yang baik. Just one thing i want you to know, Rini cintakan abang sangat-sangat. More than you do.” Fazrini melepaskan tangan Ilham. Dilarikan pula kedua belah tangan nya ke pipi Ilham. Dicium dahi Ilham lama. Dilarikan pula ciuman itu ke mata suaminya.
“Take care abang..” Fazrini membuka langkah, membiarkan Ilham yang kaku dikerusi empuk miliknya. Tak sudi lagi rasanya dia hendak menitiskan air mata depan suami yang bernama Ilham. Sudah-sudah la.
Fazrini cuba menyeberangi lalulintas yang kelihatan sibuk. Baru saja dia ingin melangkah..
Tinnnnnn..!!! Pantas tubuhnya disentap dari belakang.
“Astaghfirullahalazim..” Fazrini mengucap panjang. Dia tergamam. Kecut dirasakan perutnya ketika ini. Kalau apa-apa terjadi pada dia tadi. Hishh.. Nauzubillah..
“Cik.. Cik tak apa-apa ke? Tanya Hadif. Hampir saja wanita ini dilanggar dengan penunggang motor tu. Hadif kaget melihatkan wajah Fazrini. Pucat. Bibirnya mengeletar. ‘Hishh, kena bawak pergi klinik ni. Takut pulak aku.’ Bisik Hadif dalam hati.
“Cik.. saya bawak cik pergi klinik kat sana tu ye? Tanya Hadif lagi. Fazrini hanya menggangguk. Fazrini rasa badannya mengeletar. Apa tidaknya. Dia tak mau jadi apa-apa pada kandungannya.
“Congratulation Encik Hadif. Your wife is pregnant. 1 month already.” Doktor Chia menepuk-nepuk bahu Hadif.
“Hah..!? Hadif terkejut. Dia kemudiannya berlagak tenang seraya tersenyum.
“Please be careful with your pregnancy Puan Fazrina cause you have a very low blood pressure. I’ll give you the prescription and Encik Hadif, make sure you wife makan ubat ikut masa ya..?”
Hadif tersenyum. “I will doctor”. Dalam hati Hadif berkata ‘Best jugak jadi bapak ni.’
“Mintak maaf ye Encik Hadif. Susahkan Encik Hadif pulak.”
“Ehh.. takde ape lah. Saya tolong apa yang patut je. Puan Fazrini jangan panggil saya encik-encik la. Tak sedap betul bunyi dia” Hadif ketawa.
“Boleh.. tapi Hadif pun tak payah la panggil saya puan jugak. Panggil saya Rini je” Fazrini senyum nipis.
“Ohh.. okeh.. okeh”
“Awak duduk dekat mana Rini.? Meh la saya tolong hantarkan.” Hadif mempelawa.
“Eh.. takpe la Hadif. Saya boleh naik teksi je.” Risau jugak Fazrini nak menumpang orang yang baru dia kenal ni,
“Eh, jangan. Awak tu terkejut lagi. Biarlah saya hantar awak. Lagipun saya tak sedap hati. Jangan risau. Memang saya ikhlas nak tolong. Demi Allah..!” Panjang lebar tutur Hadif.
Dalam kereta Fazrini tak banyak bercakap. Kadang-kadang je, itupun sebab nak tunjuk jalan. Dalam kepala Fazrini dia sedang memikirkan di mana dia mahu tinggal lepas ni. Rumah yang dibelinya sudah disewakan. Kusut kepala Fazrini memikirkan situasinya sekarang.
Tak sampai 20 minit, kereta milik Hadif sudah sampai di perkarangan rumah milik Ilham. Iya, milik Ilham dan bakal menjadi milik Maria. Bukan lagi milik mereka berdua.
“Thanks Hadif. Mintak maaf lagi sekali sebab terpaksa susahkan awak.”
“Sama-sama. Alaaa. Small matter je”
Fazrini cepat-cepat membuka pintu pagar rumahnya. Dia perlu bergegas keluar dari rumah ni. Ke mana kaki dia melangkah lepas ni. Dia pun tak pasti. Usai mengemas beg bajunya. Ditatap gambar nikahnya terakhir kali. Menitis lagi air matanya. Ilham.. Lelaki yang pernah mencintainya tapi kini tidak lagi.
“Alamak..!” Hadif mengeluh bila terlihatkan bungkusan ubat yang berada ditempat duduk penumpang sebelahnya.
“Mesti Rini tak perasan ni.” Hadif mencari U-turn untuk berpatah balik ke rumah Fazrini. Sampai saja di perkarangan rumah Fazrini. Kelihatan Fazrini sedang menutup pintu pagar dengan beg besar disisinya.
“Awak nak pergi mana dengan beg besar macam ni Rini?”
“Entah..!” Fazrini mengangkat bahu.
“Awak jangan nak mengada-ngada Rini. Awak tu belum sihat lagi.”
“Saya dah tak nak duduk sini lagi. Buat apa duduk sini kalau suami saya dah tak mau kan saya.” Terang Fazrini seraya mengesat air matanya yang masih bersisa.
Hadif terpempan. ‘Aduh.. masalah rumahtangga rupanya.’ Bisik hati Hadif.
“Awak tunggu kejap.” Arah Hadif lalu mengeluarkan telefonnya.
“Hello adik..!”
“Kau datang dekat area Taman Selasih ni kejap”
“Hishh.. sekarang lah.. Nombor rumah 39 tau! Cepat.! Abang banyak kerja lagi ni..”
“Okeh, waalaikumsalam..”
Hadif menutup telefon bimbitnya. Dia membuka dompet lalu memberikan lesen memandunya kepada Fazrini. Fazrini pelik. ‘Nak suruh aku buat apa dengan lesen memandu dia ni.’ Bisik hati Fazrini.
“Kejap lagi adik saya datang, dia bawak awak pergi rumah mak saya.”
“Buat sementara ni, awak rehat dulu kat situ. Jangan risau, mak saya baik.” Hadif senyum. Fazrini sudah tidak keruan. Tak betah dia menyusahkan orang terus menerus.
“Saya ni dah banyak menyusahkan awak Hadif.”
“Eh, saya lagi rasa bersalah kalau biar awak keluar sorang-sorang tak tentu hala ni.”
“Nih.. menda ni..” Hadif menunjukkan jarinya ke lesen yang berada ditangan Fazrini.
“Awak buat bukti. Kalau adik saya apa-apakan awak, cepat-cepat telefon polis tau.” Hadif cuba berjenaka. Fazrini tersenyum. Terhibur juga hatinya melihat gelagat Hadif
Tak sampai 10 minit, adik Hadif, Hazira sudah pun sampai di depan rumah Ilham. Hadif lihat muka adiknya yang serabut tu. Dah sah-sah baru bangun tidur.
“Kenapa bang? Kacau je la adik nak tidur.” Rungut Hazira.
“Alaa.. kejap lagi kau sambung la balik. Kau bawak Kak Rini ni balik rumah mak dulu. Nanti abang telefon mak bagitau. Balik rumah terus tau! Jangan nak singgah mana-mana.!” Panjang arahan Hadif.
“Iye lah.”
“Eh.. lupa pulak nak salam.” Hazira tersenyum seraya menghulurkan tangannya pada Fazrini. Fazrini menyambut mesra.
“Jom kak.” Ajak Hazira seraya mengambil beg Fazrini.
“Ira malas nak dengar Abang Hadif ni membel. Cair taik telinga Ira nanti.” Bebel Hazira.
Tersenyum Fazrini dengan telatah Hazira. Orangnya manis. Fazrini anak tunggal. Ibu dan bapanya baru saja meninggal. Memang dia takde tempat bergantung. Dari kecil dia sudah diajar berdikari. Dalam hatinya teringin nak ada adik. Boleh dibuli nanti. Hehe..
“Err.. Rini.” Panggilan Hadif membantutkan lamunan Fazrini.
“Kenapa?” Tanya Fazrini.
“Err.. Lesen saya tu boleh tak kalau saya ambil balik. Saya nak bawak kereta ni.” Hadif menggaru kepalanya yang tidak gatal. Fazrini mengerutkan dahinya. ‘Apalah yang kabut sangat mamat ni.’
“Hehe.. saya tukar dengan kad pengenalan saya ye?” Fazrini kemudiannya menghulurkan lesen dan mengambil kad pengenalan yang dihulurkan Hadif.
“Err.. Hadif..!” Panggil Fazrini bila melihat Hadif sudah melangkah ke pintu kereta Honda CRV.
“Hah.. No sorry sorry lagi dah. Penat la dari tadi asyik dengar awak cakap sorry je” Ujar Hadif.
“Emm.. Kalau ‘terima kasih’? Tanya Fazrini.
“Okeh!!” Hadif merapatkan jari telunjuk dan ibu jarinya membentuk huruf ‘O’. Fazrini sedikit tersentak. Tak lama kemudian dia tersenyum sendiri.
Malam tu, segala masalah diluahkan kepada Puan Hafisah, ibu Hadif. Puan Hafisah memang baik dan sangat-sangat perihatin. Puan Hafisah pun tak mau lagi Fazrini memanggilnya Auntie. Diminta memanggilnya mak jugak. Seperti anak-anaknya yang lain. Maklum la, anak dia cuma dua orang tu saja. Terharu Fazrini melihat ketulusan Puan Hafisah.
Sudah 6 bulan Fazrini menetap di rumah Puan Hafisah. Selesa Fazrini tinggal disini. Kadang-kadang dihulurkan jugak duit kepada Puan Hafisah. Tapi Puan Hafisah menolak. Dia kata yang ada ni dah terlebih cukup. Fazrini berkeras. Lalu Puan Hafisah mengambil jugak sekadar menjaga hati ibu mengandung.
Cerita pasal ibu mengandung, Hadif paling suka melayan karenah Fazrini bila dia mengidam. Walaupun terpaksa mencari sampai keluar daerah sekalipun dia sanggup. Fazrini tidak betah. Mau keluarkan kata-kata maaf, sudah ditegah oleh Hadif awal-awal lagi. Hadif pun hairan dengan dirinya sendiri. Macam dia pulak yang jadi bapa. Tapi baginya, apa yang penting sekarang ni, dia inginkan Fazrini bahagia.
“Jom kita keluar pergi jalan-jalan nak?” Ajak Hazira
“Hah..!! Jom..jom..! Akak pun bosan dok rumah je.” Fazrini keseronokan.
“Eh..eh.. mak buyung ni, jangan nak mengada-ngada.” Bangkang Puan Hafisah.
“Alah mak.. Boleh la, sekejap je.. Kesian cucu mak ni. Dia nak rasa jalan-jalan dekat shopping mall pulak..” Pujuk Fazrini.
“Tahnye mak ni. Mak nak ke cucu mak ni nanti air liur dia meleleh-leleh sebab tak dapat jalan-jalan dekat shopping mall.” Hazira menokok tambah.
“Haah la.. Cerita dongeng mana la yang kamu kutip tu Ira.” Hazira tersengih macam kerang busuk.
“Nak pergi boleh, tapi kena pergi dengan Hadif. Mak tak percaya kat Ira ni” Kata Puan Hafisah seraya menjelirkan lidah pada Hazira.
“Eiii mak ni, buruk perangai.! Nanti cucu mak ikut baru tau..” Hazira menjelirkan lidah pada Puan Hafisah. Puan Hafisah mencubit lidah Hazira. Geram dengan anaknya yang sorang ni. Terlebih mulut! Fazrini ketawa senang melihatkan kerenah keluarga baru dia ini. Memang mencuit hati. Itu Hadif takde. Kalau Hadif ada, lagi riuh. Rumah duduk empat orang je. Tapi macam ada sepuluh orang.
Seronok Fazrini bila dapat keluar shopping. Banyak jugak barang-barang yang dibelinya. Semua barang yang dibeli oleh Puan Hafisah, Hazira dah Hadif adalah atas tajaanya. Itupun habis dia mengugut untuk keluar rumah kalau mereka tak mau terima. Nak tak nak terpaksa la mereka pilih dua tiga jenis barang. Yang lainnya semua dipilih oleh Fazrini. Baju untuk Hadif dan Hazira. Tudung dan Jubah untuk Puan Hafisah. Untuk dirinya sendiri, Fazrini memilih untuk membeli barangan bayi je. Nasib baik la ada harta peninggalan arwah ibu dan bapa Fazrini. Sememangnya lebih dari cukup.
“Anak papa ni dah penat ye? Ibu bawak baby jalan-jalan ke hulu ke hilir?” Tanya Hadif seraya menepuk-nepuk perlahan perut Fazrini ketawa.
“Aduihh.. Saya dah mengah la awak.. Jom cari tempat duduk jap.” Pinta Fazrini kepada Hadif. Hadif membawa Fazrini duduk di Foodcourt. Dia menarik kerusi untuk Fazrini. Puan Hafisah dan Hazira masih lagi sibuk membelek barangan bayi.
Dari jauh kelihatan sepasang merpati dua sejoli memerhatikan gelagat Fazrini dan Hadif. Ilham berdengus kasar. Dia geram melihat Fazrini ketawa senang begitu di depan lelaki lain. Disebabkan ketawa itu lah yang memulakan bibit-bibit perkenalan mereka. Ilham mendekati. Tidak puas melihat wajah isteri kesayangannya. Iya. Fazrini masih lagi isteri Ilham yang sah. Bertambah cantik isterinya ini. Sedikit berisi dan kulitnya yang putih sebelum ni lagi bertambah putih kemerah-merahan.
“Aii!! Seronok nampak?” Sapa Ilham sinis.
Fazrini terkejut dengan kehadiran Ilham. Lalu dengan pantas dia mengambil beg-beg plastic yang ada ditangan Hadif untuk menutup perutnya. Mujur perut boyotnya itu terlindung dengan meja. Memang dia harap sangat yang Ilham tidak nampak kandungannya.
“Abang..” Ujar Fazrini.
“Abang.. kenalkan, ni Hadif. Hadif.. Ni bekas suami saya.” Fazrini memperkenalkan mereka berdua. Hadif menghulur salam tapi tidak bersambut.
“You.. jom la kita pergi. I tak boleh la kat tempat macam ni. Panas!” Rengek Maria seraya menarik tangan sasa Ilham. Dah gaya macam ulat bulu.
Ilham akhirnya berlalu bila didesak oleh Maria. Lagi pulak dia malu dengan orang sekeliling yang melihat Maria terlentok-lentok sisinya. Ilham masih lagi tidak puas hati melihatkan keadaan isterinya itu. Berisinya lain macam. Pinggangnya jugak sedikit melebar. Ilham sudah tidak keruan. Dia bukanlah bodoh. Ilham melepaskan pautan tangan Maria.
“You wait here..” Kata Ilham. Cepat-cepat dia ke Foodcourt tu semula.
Bila sudah yakin yang ilham tidak lagi mengalihkan pandangannya, Fazrini bergegas bangun.
“Awak.. Jom kita balik. Cepat! Kita tunggu Mak dengan Hazira dekat kereta je.” Arah Fazrini. Dia dah rasa tak sedap hati. Dia kalau boleh nak cepat-cepat beredar dari situ. Selang dua tiga tapak melangkah, Fazrini menoleh kebelakang. Berderau darah Fazrini melihatkan Ilham sudah tercegat memandangnya dengan riak wajah yang sukar digambarkan. Fazrini membuka langkah bila Ilham cuba menghampiri mereka. Dia menarik tangan Hadif supaya melalui di celah-celah orang ramai. Ilham sudah menjerit memanggil namanya. Tak mungkin dia akan berpaling. Tak mungkin.! Hatinya sakit bila memikirkan apa yang Ilham buat selama ni.
“Ya Allah.. awak. Penatnya saya. Saya yang tak mengandung ni pun dah semput.” Kembang kempis hidung Hadif mengambil udara disebalik pintu rintangan api.
“Adehh.. Saya pun penat jugak ni. Rasa macam nak terberanak dah!”
“Hah..? Ye ke?” Hadif kaget. Fazrini ketawa.
“Ishh.. saya gurau je la..” Hadif menarik tudung Fazrini.
“Eii.. Jangan la.. senget tudung kita.” Larang Fazrini. Hadif pulak yang ketawa.
“Dah la.. Jom balik..!” Kata Hadif.
Puan Hafisah dan Hazira pelik melihat Hadif dan Fazrini yang sedikit tercungap. ‘Kata suruh tunggu dekat parkir kereta. Alih-alih dia orang pulak yang lambat’ Bisik hati Hazira.
“Abang ni lambat la..!” Jerit Hazira.
“Eh.. Abang bawak mak buyung la, memang la lambat.” Hadif menjeling matanya pada Fazrini. Fazrini menyerigai. Dihempuknya perut Hadif denga tas tangannya.
“Eleh, mak buyung tu jalan lagi laju dari kamu tau.” Puan Hafisah menyindir anaknya.
“Dah.. dah. Jom! Takut tak sempat pulak mak nak masak makan malam kejap lagi.”
Usai makan malam, Fazrini duduk di buaian besi milik Puan Hafisah. Melihatkan langit yang ditaburi bintang memang hobinya. Rasa tenang mendongak ke langit yang kadang kala suram itu.
“Nah.. Susu untuk mak buyung.” Hadif menyuakan segelas susu kepada Fazrini.
“Terima kasih..” Ucap Fazrini tersenyum.
“Hadif.. Sorry ye pasal petang tadi..”
“Hishh.. Kan saya dah cakap jangan sebut perkataan sorry tu..” Hadif duduk berhadapan dengan Fazrini. Dia melihat Fazrini meneguk air susu.
“Biarlah, saya nak sebut jugak.” Fazrini menjelirkan lidah.
Fazrini diam. Dia memandang wajah lelaki yang setia membantunya walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Pelik Fazrini melihat lelaki setampan Hadif belum lagi mempunyai kekasih hati. Rambutnya sedikit ikal, mempunyai mata yang agak panjang seperti lelaki arab. Kulitnya cerah dihiasi dengan kumis dan janggut yang dicukur rapi. Dia sendiri pun kadang-kadang tergoda.
“Rini..!! Awak belek muka saya ekk..?” Tukas Hadif seraya ketawa meleret.
“Hish.. Mana ada! Perasan je.”
“Yelah, awak pandang saya tak berkelip”
“Saya bukan apa. Nak tegur takut awak yang malu nanti.” Balas Fazrini seraya bangun dari buaian besi itu.
“Kenapa..kenapa? Hadif sudah mula meraba wajahnya.
“Err.. Bulu hidung awak jatuh dekat atas mulut. Banyak sangat!” Jawab Fazrini. Dia melihat muka Hadif dengan ketawa yang ditahan-tahan. Hadif mula memegang bahagian atas mulutnya. Yang dirasanya hanya kumis. Hadif termanggu seketika. Barulah dia perasan yang Fazrini cuba mengenakannya.
“Ehh.. Awak sini..!!” Hadif cuba memanggil Fazrini. Perlahan dia turun dari buaian.
“Tak nak..!” Fazrini menggeleng seraya berlari masuk ke rumah.
“Makk..!! Tengok Hadif..!” Fazrini menjerit merayu pada Puan Hafisah. Hadif cepat-cepat mengejar Fazrini. Tak lama, Hadif memperlahankan langkah.
“Rini..! Jangan lari la.. Jatuh nanti.!” Jerit Hadif dari luar.
Ilham menghentak stereng keretanya. Panas hati melihatkan aksi isteri dengan lelaki yang tak dikenalinya itu. Memang dari Shopping mall tadi dia mengekori kereta Honda CRV itu. Tidak disangka yang Fazrini hanya tinggal disebelah taman perumahannya saja. Sudah telefon Fazrini tidak lagi aktif. Ilham buntu dengan cara apa lagi harus dicari isterinya. Sehinggakan kenduri nikahnya bersama Maria dibatalkan. Ilham sedar, dia masih menyintai isterinya. Perubahan sikapnya atas sebab ibunya dan Maria yang suka menjadi batu api dalam rumah tangga mereka. Dia kasihkan Fazrini. Dia menyesal kerana tidak melindungi isterinya sebaik mungkin. Sudahlah Fazrini tidak mempunyai saudara mara yang lain. Ilham pelik kerana tidak pernah pula Fazrini mengenalkan keluarga ini.
Keesokan paginya, Ilham sudah siap sedia menunggu Hadif di dalam kereta. Ilham mengekori Hadif keluar dari kawasan taman perumahan tersebut. Sampai saja dijalan besar. Ilham dengan pantas memintas kereta Hadif. Hampir saja bergesel kereta mereka berdua.
Hadif keluar dengan perasaan marah yang meluap-luap. Ingin saja menunjal kepala orang yang bawak kereta tak tentu hala macam tu. Baru beberapa langkah. Hadif sudah terpacak tegak melihatkan lelaki yang keluar dari Honda Accord itu. ‘Ilham..!’ Bisik hatinya.
Ilham melangkah mendekati Hadif. Satu tumbukan tepat mengenai tulang pipi Hadif. Hadif melawan. Dilayangkan tumbukan demi tumbukan ke perut tegap Ilham. Ilham tercabar. Ilham menepis tumbukan Hadif dengan lengannya. Diberikan tumbukan tepat dibawah dagu Hadif. Hadif terundur kebelakang. ‘Tak boleh jadi mamat ni, suka sangat main muka. Senget jugak muka aku yang hensem ni karang.’ Kata hati Hadif.
Hadif memberikan satu tumbukan padu tepat di mata Ilham. Ilham terasa berpinar. Efeknya membawa ke kepala. Ilham jatuh terjelupuk. Hadif tersenyum puas. “Huh, baru kena tumbuk sekali dekat muka terus pengsan. Lembik!” Perlahan tutur Hadif seraya mengeluarkan telefon bimbitnya.
Bunyi deringan telefon mengganggu lena Fazrini. Panggilan dari Hadif.
“Hah.? Bergaduh”
“Pengsan..?”
“Dekat mana? Ohh.. Okeh. Nanti saya ajak Hazira”
“Waalaikumsalam..” Fazrini sebak lalu dia terus mengejutkan Hazira. Terbayang-bayang keadaan suaminya. Fazrini pelik. Ilham tu belajar taekwando. Takkan dapat sepenumbuk je terus pengsan.
Di hospital, Hadif sudah menceritakan segala-galanya kepada Ilham. Ilham rasa bersalah bersikap buruk sangka terhadap Hadif. Dia ingatkan Hadif cuba merampas isterinya kerana dia dapat rasa yang Hadif menyintai Fazrini. Dia tau hati lelaki. Dia juga lelaki. Dulu Fazrini sentiasa digilai ramai lelaki. Dengan rambutnya yang ikal mayang panjang paras pinggang. Cumanya lepas kahwin Fazrini mengambil keputusan untuk menutup mahkotanya. Kulitnya yang putih serta mulutnya yang kecil. Nampak cantik dan comel. Yang paling menarik naluri lelakinya ialah ketawa Fazrini. Bila Fazrini ketawa lepas merah terus pipinya. Rindu betul pada gelak tawa Fazrini.
“Hadif..!” Panggil Fazrini.
“Awak tak apa-apa?” Tanya dia lagi.
“Saya ok je. Awak pergi la masuk tengok Ilham. Dia ada kat dalam tu.” Hadif menunjukkan bilik wad Ilham. Fazrini mengangguk seraya membawa langkah kakinya menuju ke bilik Ilham. Hadif membawa pandangannya mengikut langkah Fazrini sehinggalah hilang badan itu di balik pintu wad. Hadif meraut wajah. Sungguh dia sedar yang Fazrini bukan miliknya. Fazrini masih lagi isteri Ilham yang sah. Dia harus menghilangkan rasa cintanya yang menggebu untuk Fazrini. Bukan dirinya untuk mengambil hak orang lain.
“Abang...” Takut-takut suara Fazrini menegur. Perlahan dia melangkah mendekati Ilham. Dia mencapai tangan Ilham lalu dikucup lama. Dilihat wajah suaminya. Macam rupa beruang panda pun ada.
Ilham tersenyum nipis. Dikucup dahi milik isterinya lalu dibawa ke dalam dakapannya lama.
“Abang rindukan sayang..” tutur Ilham. Fazrini tersedar. Dia mula menjarakkan dirinya dari Ilham. Bukan semudah itu untuk melupakan.
Ilham kaget. Cepat-cepat dia menarik tangan Fazrini. “Rini.. abang.. abang mintak maaf sayang. Abang.. abang tau abang salah.. Maafkan abang ya?” Pinta Ilham dengan dengan suara yang tersekat-sekat dikerongkong. Bagaikan menahan sesak didada.
“Mana isteri baru abang tu? Abang sakit sakit macam ni kenapa dia tak datang pulak?” Marah Fazrini seraya menarik tangannya dari genggaman Ilham.
“Abang mana ada isteri baru. Isteri abang sorang je. Yang tengah memboyot nih..” Usik Ilham menarik semula tangan milik Fazrini. Sebelah tangannya lagi dilekapkan di perut isterinya. Mulut Fazrini seperti ingin mengatakan sesuatu.
“Abang tak jadi kahwin pun. Tak nak la abang kahwin ramai-ramai ni. Yang sorang pun tak terjaga ni kan pulak nak tambah lagi sorang.” Terang Ilham seperti mengerti apa yang ingin ditanya oleh Fazrini.”
Fazrini memuncungkan bibir seakan tidak percaya dengan kata-kata Ilham sebentar tadi. “Alah.. entah-entah sebab abang dah tau yang Rini mengandung tak..”Tukas Fazrini.
Ilham mengangkat dirinya untuk bersandar dikepala katil. Dia menarik Fazrini untuk duduk di birai katil hospital.
“Tak baik Rini cakap macam tu kat Abang tau. Sayang tau tak, abang cari sayang keliling taman. Abang balik kampung arwah Tok Man sebab nak cari sayang. Sampai hati Rini buat abang macam ni”
“Abang tu lagi sampai hati buat Rini.!” Marah Fazrini seraya memeluk tubuhnya persis anak manja.
“Abang buat apa dengan Rini..?” Tanya Ilham mengusik.
“Yela.. Abang nak kahwin lain..” Fazrini menekur wajahnya ke lantai. Dihayunkan kakinya yang tergantung itu.
Tak semena-mena pintu bilik wad Ilham dibuka dari luar. Tersembul wajah mertua Fazrini.
“Mummy..” Serentak Ilham dan Fazrini menyebut. Fazrini turun dari birai katil ingin menyalami Puan Badariah. Puan Badariah memandang Rini tidak berkelip.
“Rini mengandung..?” Tanyanya. Fazrini mengangguk.
“Anak Ilham.?” Sambungnya lagi. Fazrini terkedu.
“Mummy..! Apa mummy cakap ni..” Marah Ilham. Puan Badariah masih lagi memandang Fazrini.
“Anak abang Ilham mummy..” Balas Fazrini seraya memandang wajah mertuanya. Puan Badariah mengukir senyuman. Fazrini terpana.
“Alhamdulillah.. Syukur sangat sangat..” Puan Badariah menarik badan menantunya lalu dicium wajah itu bertalu-talu. Kesal dengan tindakan dia sebelum ini. Bukan apa, dia terdesak mahukan zuriat dari Ilham. Sudahlah Ilham itu anak tunggal. Siapa lagi yang akan mewarisi syarikat milik keluarganya nanti.
“Mummy minta maaf Rini..” Pohon Puan Badariah setelah melepaskan pelukan.
“Takpe mummy, Rini dah maafkan mummy pun.” Balas Fazrini. Mana mungkin dia tidak memaafkan. Sudah dianggap Puan Badariah itu pengganti ibunya yang telah pergi.
Usai menghantar Puan Badariah ke lobi hospital. Fazrini menjengok semula suaminya. Hadif sudah pulang sekali bersama Puan Badariah. Hadif seperti biasa tidak boleh melihat orang susah. Ingin juga dihantar Puan Badariah pulang ke rumah.
Sampai di bilik Ilham, Fazrini melihat suaminya sedang tidur. Dia pun sudah merasa lenguh-lenguh pinggang akibat banyak berjalan. Terasa ingin merehatkan diri di sofa kecil yang ditempatkan di wad itu. Dirinya tak selesa.
Ilham membuka mata mendengarkan bunyi keluhan milik isterinya. Perlahan Ilham bangun mengerengkan badannya, memberikan sedikit ruang di katil untuk Fazrini.
“Sayang... Sini..” Panggil Ilham kemudian menepuk ruangan disebelah kirinya.
“Muat ke..”Tanya Fazrini. Lalu berjalan mendekati katil Ilham.
“Muat je. Sayang bukan besar mana pun.” Balas Ilham. Fazrini menjeling. Ilham ketawa lepas. Fazrini memanjat katil dengan payah. Ilham kesian melihat keadaan Fazrini yang nampak sarat. Kalau nak diikutkan kandungan Fazrini baru mencecah bulan ketujuh. Anaknya sihat barangkali.
Fazrini menutup mata. Lega dapat baring macam ni. Belum pun mahu lena, terasa jari kasar milik Ilham bermain dibibirnya. Perlahan Fazrini membuka mata. Dilihat Ilham sedang tersenyum memandangnya.
“Sayang sayang abang tak..?” Tanya Ilham manja. Fazrini mengalih badannya kesebelah kiri. Malas melayan Ilham yang nak bermanja tak kena tempat.
“Tengok tu.. Tak baik tau Rini membelakangkan abang. Berdosa..” Ucap Ilham perlahan. Cepat-cepat Fazrini mengalihkan badannya. Kali ini terus dia kalih mengadap Ilham. Fazrini pura-pura pejam mata. Ilham ketawa melihat telatah isterinya.
“Sayang tau tak. Abangkan.. masa sayang takde dulu kan, abang selalu muntah-muntah. Sampai abang MC seminggu. Last-last abang balik rumah mummy. Mummy pun pelik tengok abang. Dah la muntah-muntah, mengidam buah durian pulak tu. Abang pun pelik tetiba pulak abang suka makan durian. Mummy boleh pulak tanya kat abang, dia tanya abang mengandung ke? Tak patut betul mummy tu.” Cerita Ilham cuba memancing minat isterinya untuk mendengar. Fazrini tersenyum walaupun matanya masih lagi tertutup.
“Sayang marah abang ke..?” Lirih suara Ilham bertanya. Dilarikan tapak tangan ke perut Fazrini.
“Tengok.. Baby pun marah ayah. Siap tendang-tendang lagi ayah kacau perut ibu. Fazrini ketawa nipis.
“Biasa la.. Anak ibu.” Kata Fazrini mengusik.
Chupp..!! Satu kucupan singgah dimulut kecil milik Fazrini. Fazrini terus membuka mata. Melihatkan wajah Ilham yang menyeringai terus saja satu cubitan singgah di perut Ilham.
“Abang jangan nak mengada-ngada ye. Kita kat hospital ni.” Kata Fazrini seraya memandang wajah Ilham.
“Biarlah.. Bukan ada siapa pun kat dalam bilik ni..” Balas Ilham. Fazrini menutup semula matanya. Bukan tidak mahu melayan suaminya berbual. Tapi memang dia rasa penat sangat.
“Rini sayang.. “ Panggil Ilham.
“Ermmm..” Sahut Fazrini.
“Rini dah scan baby dah..? Baby boy ke baby girl..?”
“Abang nak yang mana..? Dua dua ada..”
Ilham mengerutkan dahi tidak percaya. Di angkat sedikit wajahnya lalu ditongkatkan kepalanya dengan tangan kiri mengadap Fazrini. Dipaksa Fazrini untuk membuka mata.
“Kembar ke sayang? Kembar ke?” Digoyang-goyang badan isterinya.
“Hemmm.. iye.” Balas Fazrini lalu dibuka matanya. Dia lihat mata Ilham sudah digenangi air jernih. Hanya tunggu masa saja mahu pecah dari empangan. Ilham lantas memeluk isterinya dengan erat seperti tidak mahu dilepaskan lagi.
“Thanks sayang. Thank you so much..” Bisik Ilham ditelinga Fazrini. Fazrini membalas pelukan suaminya. Perasaannya ketika ini hanya tuhan saja yang tahu. Sangat bahagia.
“Sayang pergi scan dengan siapa hari tu.? Tanya Ilham ingin tahu.
“Hadif yang temankan..” Balas Fazrini.
“Habis, dia tengok ke perut sayang.?” Fazrini memandang suaminya pelik. Itu pun nak tanya.
“Eh, ada pulak macam tu. Dia tunggu luar la. Apa lah abang ni” Fazrini menjeling Ilham. Ilham tersenyum puas. Ternyata isterinya masih lagi menjaga batas.
“Lagipun, dia yang insist nak temankan sebab dia nak jadi orang pertama yang tengok gambar scan tu. Dia pun dah cakap dengan Rini yang dia nak jadi Papa angkat untuk babies kita nanti” Sambung Fazrini.
“Tak nak la. Abang tak izinkan.!” Nada Ilham sedikit cemburu.
“Abang pun macam Rini jugak. Abang pun don’t like share share.” Sambungnya lalu memeluk tubuh mengalihkan badannya. Fazrini memandang sisi wajah Ilham. ‘Merajuk! Kalah aku yang pregnant ni.’ Bisik hati Fazrini. Kelakar juga bila mendengarkan Ilham menyebut quote yang selalu dia pakai dulu.
“Don’ like share share konon. Habis tu abang nak kahwin dengan Maria tu, boleh pulak abang nak share diri abang sendiri?” Suara Fazrini sedikit meninggi. Ilham tak jadi nak merajuk lama-lama. Tidak mahu membiarkan tunas-tunas amarah terbit dalam rumahtangganya lepas ini. Cepat-cepat dia kalih badannya mengadap Fazrini semula. Fazrini menjuihkan bibirnya. Ilham tahu Fazrini merajuk.
“Sayang tau tak, kalau abang kahwin jugak dengan Maria hari tu, sayang masih lagi isteri abang yang sah tau. Tau tak kenapa? Pasal abang tak cakap pun yang abang setuju dengan syarat taklik Rini hari tu. Abang tak kahwin dengan Maria bukan sebab abang tak sanggup ceraikan sayang. Tapi sebab abang tak nak dan tak akan pernah menduakan sayang. Sebab abang sayangkan sayang sampai bila bila. I love you even more, day by day. So jangan pernah sangsi cinta abang tau.
Berjuraian air mata Fazrini mendengar pengakuan tulus suaminya. Betul kata Ilham, kalau memang benar dia mahukan anak, memang sudah lama dia dimadukan. Ternyata cinta Ilham masih tegar untuknya.
“Ermmm.. “ Ilham meletakkan jari terlunjuknya didagu persis orang berfikir.
“Walaupun abang don’t like share share ni. Untuk Hadif, abang kasi can la. Sebab dia dah jaga sayang selama ni.” Ilham senyum memandang isterinya lalu dikesat sisa airmata Fazrini.
“Terima kasih abang. Rini cintakan abang sangat-sangat.” Fazrini meluahkan rasa hatinya kemudian memeluk erat tubuh suaminya.
“Apa bukti Rini cintakan abang?” Tanya Ilham tiba-tiba. Ilham mengoda Fazrini dengan lirikan matanya. Fazrini tau Ilham sekadar ingin mengusik.
“Nak bukti dekat rumah la..” Balas Fazrini tersenyum malu.
“Boleh ke? Babies tak marah ke?” Tanya Ilham cuba mengusik.
“Mengade la abang ni. Jangan kacau la Rini nak tidur ni.” Pinta Fazrini seraya menutup matanya. Perlahan Ilham memeluk isterinya dan dibelai penuh kasih. Sesungguhnya, inilah tidur Fazrini yang paling lena.
TAMAT

3 comments:

  1. Ingat nak bagi habis je cerpen ni.. lagi sikit je lagi.. tak larat la pulak.. Nak ZZZZzzzz..

    ReplyDelete
  2. ape jd ngan hadif??pas rini jumpe husband die...yg lain terus hilang...hehehehe....jgn marah aarrr.....

    ReplyDelete
  3. haipp.. gi sana men jauh2.. :P:P

    ReplyDelete