Monday, 13 February 2012

Selamanya Kamu 3

Hari ni abang Gerald Butler ajak aku lunch dekat luar. Dia ajak aku makan nasi campur dekat area Sungai Udang. Nasib baik la aku tau sikit-sikit jalan dekat Melaka ni. Sekali aku dah sampai dekat kedai Makcik Leha Nasi Campur ni, dia tak sampai lagi. Ke aku yang awal. Aku tengok jam. Wohh, patut la. Lagi setengah jam pukul 12.30 tengahari.

Lepas habis kenduri malam tadi. Baru lah aku tau siapa anak teruna tua yang nak dijodohkan dengan aku tu. Abang Gerald Butler tu nama betul dia Rafiqin Raimi. Perghh. Macam sedap je bunyi. Sedap jugak la. Tapi nama aku pun sedap jugak. Iman Iklil. Sepadan la kot. Choiii..

Malam tadi jugak la dia orang terus merisik. Jenuh berpantun-pantun la kak khadijah dengan abang Zam tu, tanya aku dah berpunya ke belum. Depan-depan aku pulak tu. Aku tak tau nak sorok muka aku celah mana dah. Rasa macam nak duduk dalam setor senyap senyap. Dengan gaya malu-malu kucing, aku kata la belum. Kalau kata dah berpunya nanti payah la pulak kalau kak Maya dengan abang Zam mintak bukti. Tak pasal je nanti.. 

Nak dipendekkan cerita, aku mintak tempoh seminggu. Aku nak kenal hati budi dulu. Nasib lah muka macho, berani jugak la aku nak keluar dengan dia bila dia nak ajak lunch bersama selama seminggu. Seminggu je la. Dah aku pun mintak cuti dengan bos seminggu je.
Bila tengok muka dia yang ala-ala Gerald Butler tapi versi Malaysia ni takde la aku malu sangat nak keluar dengan dia sebab memang dia ni tak nampak tua pun kalau nak dibandingkan dengan umur dia. Gaya-gaya suami soleh tu dah ada dah abang Gerald Butler ni. Wah. Puji melangit! Takpe la, kalau ada jodoh ada, kalau tak de bukan jodoh la namanya.


Hish, lambat pulak abang Gerald Butler ni. Perut aku dah berzapin nih. Dengan bau-bau lauk yang memikat perut aku ni, tak boleh tahan dah ni. Aku bangun dari tempat duduk kemudian aku ambil pinggan. Self-service kata.

Dah sudah pilih lauk pauk dekat pinggan aku ni. Tu dia.. Macam bukit je aku tengok. Aku pun keluarkan lah duit dari dompet aku, tetiba ada orang hulur duit RM50 dekat makcik Leha ni. Aku terkejut kejap. Rupanya abang Gerald Butler yang hulur. Dia pun dah siap ambil lauk dah. Aikk, bila masa pulak dia sampai. Tak perasan pun.

“Kak Leha, kira sekali ye..” Dia tunjukkan jarinya dekat pinggan yang aku pegang.

“Okeh!” Jawab makcik Leha ni.

“Kenapa tak tunggu abang? Ima dah lapar sangat ek?”

Aku sekadar mengangguk je. Malas pulak nak bercakap. Nak kata merajuk tak jugak.

“Ima marah ke abang lambat?”

“Tak la, abang bukan lambat pun. On time je.” Aku tengok jam dekat tangan. Tepat pukul 12.30 seperti yang dijanjikan. Tak berani pulak aku nak bahasakan saya awak ni sebab umur dia dengan aku memang jauh beza.

“Habis tu? Kenapa monyok je muka?”

“Ima memang macam ni, kalau perut lapar Ima malas nak senyum.” Balasku nak sedapkan hati dia. Sorry la abang Gerald Butler, aku kalau lapar, wajah kelaparan tu jelas kelihatan di muka.

“Meh sini abang nak tengok muka lapar Ima macam mana..?” Katanya seraya menundukkan sedikit wajahnya mengadap aku. 

Aku buat-buat pandang tempat lain. Nak ketawa pun ada jugak bila dia bergurau macam tu. Aku dengar dia ketawakan aku. Cett.!

“Air tak nak order sekali ke?” Tanya makcik Leha ni.

“Teh O ais satu!” Serentak kami menjawab. 

Aku dah tersipu-sipu dah bila tersebut sama ni. Macam ada kupu-kupu terbang dalam perut. Ada chemical ni. Eh, salah. Chemistry!

“Nak dua teh o ais la ni? Kejap lagi akak hantar” Kata makcik Leha. Dia memulangkan baki kepada abang Gerald Butler aku ni. Amboi! Tetiba pulak mengaku jadi hak milik.

Aku pergi dekat tempat yang aku duduk tadi. Dekat situ redup sikit. Terlindung dengan pokok. Abang Gerald Butler ni mengekor je aku dari belakang. Sempat jugak la singgah sinki nak basuh tangan.

Baru je aku nak pegang nasi, aku dengar orang baca bismillah. Aku tengok abang Gerald Butler ni dah tadah tangan baca doa. Aduhh.. Iman Iklil. Ada rasa macam nak tunjal kepala sendiri tak? Buat gelojoh lagi. Aku pun terus tadah tangan mengaminkan doa. Nasib baik tak masuk mulut lagi nasi aku tu.

Dari jauh aku nampak ada sorang makcik ni tapi bukan makcik Leha, bawak air teh o kita orang. Gaya ala-ala lenggang lengok mak Limah je aku tengok. Tu dia..! Kan dah tersadung. Jalan lenggang lenggok lagi.

“Kenapa Limah?” Tanya abang Gerald Butler. Amboi! Kenal ke? Betul pulak nama dia Limah.

“Tak de apa lah. Limah tersadung je tadi. Awal pulak abang Fiq datang hari ni?” 

Ewah ewah, lemah gemalai nye makcik Limah ni. Lipstik tu dia.. Merah menyala. Siap renung merenung lagi kat abang Gerald Butler aku ni. Spoil mood aku nak makan je la.

“Saya ada janji dengan orang.” Jawab abang Gerald Butler ni. Mata dia dok pandang aku. Aku buat bodoh je. Tonyoh mata dengan pajeri nenas aku ni karang. Mau?

“Limah masuk dulu la ye.” Aku senyum dan abang Gerald Butler aku ni mengangguk je.

Aku meneguk air teh o ais aku. Sampai kering kontang la air aku tu aku kerjakan. Haus sangat plus hati hangat. Aku sambung makan balik. Lepas tu aku minum air lagi. Dari lirikan mata aku, aku tengok abang Gerald Butler dah berhenti makan. Dia pandang aku dengan senyuman yang aku pun tak tau nak tafsir macam mana.

“Ima haus sangat ke?” Tanya dia. Aku mengangguk je.

“Ohh patutlah..” Aku pelik. Aku pandang muka dia.

“Kenapa?” Aku tanya pulak.

“Ima minum air abang.” Aku menghentikan kunyahan. Aku tengok memang air dia dekat belah kiri pinggan aku. Air aku yang dah tinggal ais tu pulak dekat belah kanan. Haihh.. aku dah rasa berbahang dekat muka. Macam mana boleh tak perasan ni? Abang Gerald Butler aku dah senyum-senyum kambing. Aduhh.. Nak balik.. Nak balik..!
Habis je makan, abang Gerald Butler hantar aku sampai kereta. Siap tolong bukakkan pintu lagi. Haihhh.. Romantiknya.

“Ima boleh ke bawak kereta? Nampak ke jalan?” Dia soal aku. Aku dah siap-siap amik kotak tisu dekat atas dashboard aku sebab aku tau soalan dia menjurus ke arah mana.

“Maksud abang?” Aku menduga.

“Ye la, kalau orang tengok dari luar macam kereta bergerak sendiri.” Dia terus ketawa lepas. Aku dah agak dah! Terus aku hempuk dia dengan kotak tisu tu. Baru padan muka!

“Aduh sayang.. Kenapa pukul abang macam tu” Adu dia dengan ketawa yang bersisa.

“Padan muka!”

“Lusa datang pejabat abang ye.. Kita lunch sama.”

“Tengok la kalau Ima senang” Balasku acuh tak acuh. Merajuk kata. Aku tutup pintu kereta.

“Eh, jangan macam tu. Dah janji dengan abang kan sesi suai kenal kita seminggu ni?” Pujuk dia.

“Ima...” Leret suara dia. Lengan dia dah disilakan dekat tingkap kereta aku.

“Pandang abang jap..” Suruh dia. Apa la abang Gerald Butler ni. 

Muka aku ni kalau cantik macam Sandra Bullock dah lama aku hadapkan muka aku ni dekat kau tau. Tak payah suruh pun tak pe. Nak tak nak aku hadapkan la jugak.

“I’m sorry..” Lirih katanya. 

Aku tengok anak mata dia yang ala-ala coklat cair tu. Debukk! Aku rasa jantung aku dah tercicir la. Cepat-cepat aku alih pandangan aku mengadap stereng kereta. Tangan aku dok gapai-gapai seat belt. Hish.. Mana pulak benda alah ni. Elok aku nak alih pandangan aku nak cari seat belt tu, dia dah hulurkan dekat aku. Siap tolong tarik lagi. Tinggal aku nak lock je.

“Jangan lupa tau. Abang tunggu Isnin ni.” Katanya.

“I’m gonna miss you. Take care tau.” Sambung dia lagi sambil mengetuk tingkap kereta aku suruh naikkan cermin.

Ni la orang kata dari mata turun ke hati. Dari hati turun ke perut. Perut aku ni tak boleh nak rasa selesa bila dia sebut ‘I’m gonna miss you’ tu. Aku rasa nak kena pergi klinik la x-ray perut aku. Banyak sangat kupu-kupu terbang. Heh..

Bersambung..

No comments:

Post a Comment