“Arghhhhh!! Kusut kepala nih!! Aku menggenggam rambut di kepalaku. Rasa macam nak dibiarkan tercabut saja. Tak payah aku susah-susah fikir.
“Kau tak payah nak buat-buat kusut pulak!” Kata Kak Maya kepadaku.
“Kau tak payah nak buat-buat kusut pulak!” Kata Kak Maya kepadaku.
“Iye la kak.. mau tak kusut. Yang muda sikit takde dah ke?” Kataku seraya memuncungkan bibir.
“Eh, Ok apa? Umur matang. Dia pun bujang lagi. Tak pernah kahwin pun.” Kak Maya cuba memujukku.
“Eh, Ok apa? Umur matang. Dia pun bujang lagi. Tak pernah kahwin pun.” Kak Maya cuba memujukku.
“Umur 47 tahun dah! Nak kiok dah kot?” Sambungku lagi.
“Eh..eh, sedar sikit kau tu umur dah berapa? Nak masuk 30 tahun tau. Kau ingat kau muda sangat ke?” Kak Maya dah gaya-gaya macam nak telan aku dah.
“Hishh.. malas lah nak pikir dah!” Aku bangun dari meja makan lalu aku menghentak-hentakkan kaki ketika menaiki anak tangga tanda protes. Biar kakak aku tau aku punya kepala angin macam mana.
“Hishhh.. alash la nak ikir daa!” Anak buahku yang berumur 3 tahun tu mengekor dari belakang sambil memeluk tubuhnya. Amboi budak kecil ni pun. Tak padan. Mengajuk orang bukan main lagi. Aku kalih kebelakang, terus aku dukung anak buahku. Takut jatuh tangga pulak nanti, aku jugak yang meraung.
“Mama ni pun, yang mama bagitau Ima umur Rafiqin tu buat apa?” Soal Zamran kepada isterinya.
“Ala, mama terlepas cakap la abah. Macam mana ek?” Soal Maya pada suaminya.
“Patutnya kena kenalkan dengan Ima dulu. Sebab abah tengok muka si Rafiqin tu tak de la nampak tua sangat. Masih stylo lagi orangnya.” Kata Zamran seraya meneguk air teh o panas. Bukan ftakat air saja yang panas. Rumah pun tengah panas ni.
“Tak pe la bah, nanti la mama pujuk Ima tu.” Balas Maya.
Aku pusing kanan tak kena, pusing kiri pun tak kena. Aku cuba menonggeng pulak, kot-kot la dapat ilham. Berkedut sudah cadar katil anak buahku. Hishh.. aku rasa macam nak lari dari rumah je. Erkk.. Nak lari rumah buat apa? Aku datang Melaka ni pun seminggu sekali. Hishh.. Biarlah. Tapi ada ke patut suruh aku kahwin dengan orang tua. Umur 47 tahun pulak tu. Eiii.. mesti berkedut je muka orang tua tu. Perut dah sah-sah la macam perut orang mengandung 5 bulan. Rambut pulak.? Aduhh.. mesti lah dah beruban. Kulit agaknya mesti gelap macam abang ipar aku jugak tu. Kakak aku punya taste.. biasalah. Waaaa.. Macam mana ni.
Hari ni aku cadang nak balik KL awal. Kalau hari Ahad pagi ni mesti tak banyak kereta lagi. Malas nak dengar kakak aku ni bukak cerita pasal lelaki tua tu. Tak kira la dia banyak duit ke.. banyak harta ke.. rumah kecil tiang seribu ke.. rumah besar tiang sebatang ke.. apa yang penting aku tak mau. Tak mau..! tak mau..! tak mau..! dan tak akan mau..!!
“Yang kau dok geleng-geleng kepala sambil terpejam mata tu kenapa?” Kak Maya memandangku pelik.
“Erkk.. Mana ada Ima geleng.” Hah.. ni mesti otak aku yang tengah dok kusut pikir tadi menghantar message supaya menggelengkan kepala secara tidak sedar.
“Tu mengelamun apa lagi tu?” Tukas Kak Maya.
“Erkk.. ye la.. ye la” Aku mengambil beg baju dan beg laptopku. Aku meraba-raba poket seluar mencari kunci kereta. Ohh.. dekat bawah kot.
“Minggu depan kau jangan lupa datang pulak. Akak buat kenduri doa selamat sebab Imad dengan Bina dapat results periksa bawah dari nombor 5.” Kak Maya tersenyum menampakkan gigi taringnya. Uikk, macam tiger..!
“Yelah.. minggu depan Ima datang.” Eleh.. macam la aku tak tau plan abang Zam dengan Kak Maya ni. Aku tinggal dengan kakak aku dari umur 10 tahun. Kakak aku kahwin waktu aku umur 16 tahun. Memang aku tinggal sekali dengan dia orang. So, aku dah masak dengan perangai semua. Taktik lama selalu dia orang pakai kalau nak kenalkan aku dengan calon-calon suamiku. Ermm.. takpe, minggu depan aku balik aku pakai protection. Kalau boleh nak pakai cawat besi sekali terus. Mana tau dia orang suruh aku nikah terus ke minggu depan. Hishh.. Naya.
“Imad..! Bina..!! Cepat turun..! Uda dah nak balik ni..!” Hish Kak Maya ni kalau jerit, aku yang tengah mimpi ngeri pun rasa macam tak nak bangun kalau dengar suara nyaring dia tu. Huh.. Aku rela mimpi ngeri je terus. Tak payah bangun. Sesungguhnya realiti tu lagi mengerikan dan menyeramkan.
Terkocoh-kocoh budak 2 orang tu turun tangga. Yang paling kecik terkedek-kedek menuruni anak tangga. Imad dan Bina menghulurkan tangan masing-masing untuk bersalam denganku. Anak-anak Kak Maya ni kalau aku datang ke aku balik ke, peluk cium tak payah disuruh-suruh. Memang dia orang sendiri yang akan peluk cium aku. Kalau nak menyeksakan makcik dia orang, ada la yang pakat bergayut kat leher aku ni macam aku ni pokok rambutan.
“Kau bawak kete tu elok-elok. Tak payah nak laju sangat. Abang Zam marah tau tak akak cerita kat dia kau bawak 180 kilometer sejam balik hari tu. Dia kata melayang kereta nanti.” Bebel Kak Maya.
Aku senyum menayangkan gigi aku yang baru lepas gosok dengan colgate ni. Bersinar-sinar. “Ala, Ima tak perasan. Kereta tak banyak masa tu. Sekali tengok meter dah cecah 180. Tapi memang Ima rasa nak terbang dah pun. Hehehe..”
“Dah.. dah.! Jangan nak kata perasan tak perasan. Sekarang ni pukul 9.30 pagi. Kalau kau sampai before 10.30 pagi. Siap kau akak kerjakan tau..!” Ugut Kak Maya. Eleh.. eleh.. Ingat aku takut la tu. Tapi aku seram jugak. Ibarat kata aku silap taktik ke, mau jadi summersault berpusing kereta aku ni. Kalau dah kata kereta, dengan aku aku sekali la gamaknya. Mengikut perkiraan aku, peratus untuk hidup. Rasanya baik letak surah Yasin siap-siap kot.
“Yelah.. Yelah.. Ima bawak macam siput je nanti. Perlahan je..”Kataku seraya menayangkan gigiku ini.
“Dah sampai rumah nanti message akak!” Arah Kak Maya
“Okeh Boss!!” Balasku seraya melambai tangan. Oiitt.. lupa pulak nak baca doa naik kenderaan.
Hari ni hari Isnin. Aku masuk opis pun rasa macam malas je. Penyakit ni bukan aku sorang je yang ada. Hampir kesemua penduduk Malaysia kecuali, Kelantan, Terengganu dan Kedah mengalami sindrom Monday Blues.. Huhuhu..
“Tok.. tok.. tok..” Sarah disebelah mengetuk cermin cubicle aku seraya mengjungkitkan keningnya. Mesti dia perasan aku dok termenung je dari tadi.
“Kau ni kenapa? Dari tadi aku tengok macam takde mood je. Kau dah makan ke belum ni? Tanya Sarah.
Aku menggelengkan kepala menjawab pertanyaan Sarah. Asal muka aku monyok je mesti tanya aku dah makan ke belum. Dia orang ingat aku hidup untuk makan je ke. Hishh.. apa daa punya kawan.
“Laa.., patut la monyok je. Belum makan rupanya.” See, kan aku dah cakap. Mesti ingat aku lapar punya.
“Hishh.. Bukan sebab aku belum makan la. Aku ada masalah besar ni”
Sarah cepat-cepat masuk ke kawasan laranganku seraya menarik kerusinya. “Heheh.. macam ada cerita best je ni. Cerita la kat aku, mana tau boleh kurangkan beban ke?” Kurangkan beban konon. Tu lah ayat Sarah kalau nak dengar gosip hangat di pasaran lambak. Kalah makcik-makcik jual ikan.
*****
“Macam mana Zamran, adik ipar kau tu ok ke?” Tanya Rafiqin.
“Kenapa kau tanya Raf” Balas Zamran“Takde la, aku ni kan dah tua. Kekadang memang rasa macam tak nak kahwin terus. Ye lah, dah alang-alang umur nak dekat senja ni buat apa fikir pasal kahwin lagi. Tapi hati aku nak sangat rasa macam mana hidup berumah tangga ni. Teringin nak ada anak sendiri. Tak tau la sempat ke tidak. Entah-entah, esok lusa aku dah selamat.” Tukas Rafiqin panjang lebar meluahkan perasaan.
“Hishh kau ni, jangan la cakap macam tu. Sebak pulak aku dengar. Kau okeh apa? Segak bergaya lagi aku tengok. Muka pun hensem. Tapi aku pelik, hensem-hensem kau pun takde orang nak ek?” Balas Zamran berjenaka.
“Macam mana Zamran, adik ipar kau tu ok ke?” Tanya Rafiqin.
“Kenapa kau tanya Raf” Balas Zamran“Takde la, aku ni kan dah tua. Kekadang memang rasa macam tak nak kahwin terus. Ye lah, dah alang-alang umur nak dekat senja ni buat apa fikir pasal kahwin lagi. Tapi hati aku nak sangat rasa macam mana hidup berumah tangga ni. Teringin nak ada anak sendiri. Tak tau la sempat ke tidak. Entah-entah, esok lusa aku dah selamat.” Tukas Rafiqin panjang lebar meluahkan perasaan.
“Hishh kau ni, jangan la cakap macam tu. Sebak pulak aku dengar. Kau okeh apa? Segak bergaya lagi aku tengok. Muka pun hensem. Tapi aku pelik, hensem-hensem kau pun takde orang nak ek?” Balas Zamran berjenaka.
Bukkk!!!
“Ohokk.. Ohokk” Tersedak Zamran akibat disiku Rafiqin.
“Hehehe.. Sorry bro, aku sengaja” Kata Rafiqin seraya ketawa.
“Banyak la kau punya sengaja!” Balas Zamran dengan batuknya yang masih bersisa.
Rafiqin dan Zamran rakan sekerja. Cumanya pangkat Rafiqin tinggi sedikit dari Zamran. Tapi itu tidak membataskan persahabatan mereka. Dalam bekerja, mereka sentiasa menyokong antara satu sama lain. Dalam hal peribadi pun begitu. Tiada apa yang membezakannya. Tapi itu lah, rezeki orang lain, lain cara Allah memberinya.
Sesetengah orang punya wang ringgit tapi tidak punya anak yang boleh mendoakan mereka. Sesetengahnya pulak, anak ramai, mereka sentiasa berusaha untuk mencari duit. Dalam kata susah nak mencari makan dan memenuhi keperluan , Alhamdulillah anak-anak sihat dan berjaya bila mereka dah dewasa. Itu lah rahsia Allah. Tak siapa boleh pertikaikan.
****
“Hah!! Nak kena kahwin dengan orang tua..!! Kau biar betul!? Jerit Sarah. Aduh.. aduh.. Sarah ni. Jeritan maut dia memang memalukan aku.
“Wehh..!! Kau tak payah la jerit-jerit. Nanti orang dengar aku yang malu.” Aku menarik baju Sarah nak suruh dia duduk balik. Macam ni gaya, boleh kecoh satu opis nanti. Department lain ada yang sudah menjengok-jengok ke arah kami. Aku dengan gaya selamba mengangkat tanganku.
“Haii Kak Siti!! Tak pergi lunch lagi ke? Sapaku mesra walaupun terjerit sikit.
“Kak Siti puasa la sayang..” Balasnya.
“Wohh, Good.. Good” Balasku pada Kak Siti.
“Kau ni kan, nasib baik tak ramai orang tau. Kalau tak, mulut kau tu aku dah ikat reben!” Ugutku pada Sarah.
“Ala, kau ni Ima. Jangan la marah. Tindakan refleks aku je tu” Sarah memujukku.
“Jom la pergi makan, sebelum aku makan kau, baik aku pergi makan nasi. Kita sambung kat kedai je. Tukasku seraya mengambil dompetku di dalam handbag.
Aku dan Sarah memilih untuk makan di kedai yang tak ramai orang. Senang sikit nak bercerita. Baru ada feel.
“Teh O ais satu Ane!” Kataku.
“Makan bagi Nasi Goreng Ayam” Sambungku seraya memandang Sarah.
“Saya mau sirap limau, makan bagi bihun goreng ya.” Ujar Sarah.
“Kau pernah jumpa ke orang tua tu?” Tanya Sarah.
“Belum lagi. Tak nak la aku!”
“Hishh kau ni. Tengok la dulu. Entah-entah muka dia macam George Cloney ke Pierce Brosnan ke. Nak lagi best macam Gerald Butler. Wohoo.. Rugi kau..!!” Tukas Sarah memancingku.
“Eleh, takde maknanya. Dalam mimpi kau je la nak jumpa lelaki Malaysia bergaya camtu kalo umur dah 50 tahun. Sudah-sudah la berangan Sarah.” Ejekku pada Sarah. Kuat berangan jugak minah ni rupanya. Kalah aku yang sememangnya ratu berimaginasi ni.
“Dah la, jom la makan.” Kataku pada Sarah. Sarah mengangguk seraya menyuap bihun gorengnya ke dalam mulut.
“Aku ingat aku nak cuti la minggu depan. Nak tenangkan fikiran.” Aku tersenyum menyenget pada Sarah. Kononnya mohon pengertian.
“Pulak.? Ikut suka kau la..”
No comments:
Post a Comment