Bab 5
Tepat jam 11.30 pagi aku dah terpacak di pejabat abang Gerald Butler. Kalau ikutkan merajuk aku ni, memang takdenya aku nak datang dah. Nasib baik dia pandai pujuk. Eh, bukan dia yang pandai pujuk. Aku ni sebenarnya yang kena pujuk dia semalam. Tak pasal-pasal je berjanji nak dating tengah hari ni. Aduh. Cinta ke apa ni?
"Assalamualaikum.." Sapaku pada penyambut tetamu. Mak aihh.. mata warna biru, muka aku tengok macam muka jawa pun ada. Tak kena langsung contact lens yang dia pakai tu.
"Waalaikum salam.. Iye cik? Boleh saya bantu?"
"Saya Iman Iklil, saya nak jumpa encik Rafiqin.."
"Ohhh.. Tunang Encik Rafiqin ye?" Balas cik penyambut tetamu ni.
Aku menggeleng tidak. Mengangguk pun tidak. Senyum je la. Pandai ye dia kelentong. Karang aku cancel terus baru tau. Suka-suka je cakap dah bertunang. Tapi aku suka jugak la. Hehehe.
"Mintak maaf ye cik Iman, encik Rafiqin dia ada meeting sekejap. Nanti saya bawak cik Iman ke bilik dia ya?" Kata cik penyambut tetamu ni. Tak tau pulak nama dia siapa. Name tag pun takde. Aku mengangguk je sambil tersenyum. Baik layanannya, senyum dia pun tak lekang. Cantik pun cantik.
Aku mengekori cik penyambut tetamu tadi. Humang aihh.. kain belakang dia terbelah sampai peha, nak suruh siapa tengok nih. Bahaya betul. Patut la abang ipar aku tu suka keje sini. Boleh cuci mata rupanya. Sama la jugak dengan orang tua lagi sorang tu. Siap la dia.
Aku duduk melangut je dalam bilik dia. Best giler opis abang Gerald Butler ni. Lampu dia terang benderang. Tile dekat lantai warna putih, lampu pun warna putih. Teserlah warna kulit aku yang nak kata putih sangat, tak jugak, nak kata kemerah- merahan pun tak jugak. Tapi yang penting nampak cantik la kulit aku ni. Aku tersenyum sendiri. Bangga pulak. Tapi betul la, tak semua lampu tu memberikan impak yang sama ke atas kulit.
Dah 15 minit aku tunggu. Orang tua tu tak muncul-muncul jugak. Haihh.. bosan la pulak. Aku bangun dari sofa. Aku belek-belek meja abang Gerald Butler ni. Ada gambar kak Khadijah dengan Rozila dan anak-anaknya. Teringat pulak aku akan hal semalam.
Aku turun perlahan lahan ke meja makan. Aku menghulurkan tangan untuk bersalam dengan kak Khadijah.
"Ima sihat? Rindu pulak akak dengan Ima ni.." Kata Kak Khadijah seraya mencubit pipiku. Rasa comel pulak bila ada orang pegang pipi aku ni.
"Ima sihat je la. Apa la kak Jah ni, baru je 2 hari lepas jumpa kan?" Aku tersenyum memandangnya.
"Akak rindu sebab Ima ni comel, pipi tembam ni mesti kuat makan kan? Tanya Kak Khadijah
"Hish.. mana ada.. Ima ma.."
"Ima tu pipi kembung macam tu sebab kuat tidur kak Jah.." Sampuk kak Maya.
Siot betul kak Maya ni. Menjatuhkan saham aku je. Aku menjelir lidah pada kak Maya. Kak Maya membalas dengan muncungnya. Kak Khadijah ketawa melihat telatah kami adik beradik.
Usai semuanya terhidang di meja makan, kak Maya menjemput abang Zam dan abang Gerald Butler aku ni untuk makan. Anak-anak buah aku semuanya dah duduk dekat kerusi masing-masing. Muka lapar jelas kelihatan.
Aku mengambil tempat di sebelah kak Khadijah. Abang Gerald Butler pulak ambil tempat betul-betul mengadap aku. Hish.. tak tenang betul hati aku. Aku pandang dia sekilas. Aku lihat dia merenung aku. Aku buat selamba.. selamba mungkin lah. Biar dia, kelentong aku lagi.
Masa makan aku senyap je. Kadang-kadang je berselang seli dengan anggukan, gelengan dan senyuman. Kalau kelakar butir bicara diaorang, aku join ketawa sekali. Tapi nak pandang muka abang Gerald Butler tu memang tak la. Aku perasan je yang mata dia asyik melirik dekat aku. Aku ketawa dia pandang. Aku senyum dia pandang. Pendek kata, apa yang aku buat semua dia pandang la. Cocok mata tu karang baru tau.!
"Hai Raf, aku tengok nasi tak luak pun. Tadi kau cakap dengan aku kau lapar sangat.." Abang Zam bersuara.
"Entahnya Fiq ni, mata tu asyik melekat kat Ima je.. Bila masa nak habis nasi tu." Gurau Kak Khadijah pulak menambah sesedap rasa knorr.
Pipi aku ni dah rasa macam panas-panas je. Hishh.. malu giler. Aku tengok abang Gerald Butler dah terkulat-kulat. Haa.. padan muka.. tu la, tenung lagi anak dara orang.
"Mata aku ni dah tak boleh lari kat tempat lain la, asyik nak pandang depan je.. tu yang nasi tak luak tu.." Jawab abang Gerald Butler ni.
Cett. berani dia bergurau senda lagi. Aku ni dah ibarat terlebih pakai blusher ni. Benci betul la. Kak Maya aku tengok dah tersenyum-senyum. Aku dengan lagak malu tapi selamba, terus je menyuap nasi masuk mulut. Payah pulak la nak telan. Hishh..
Usai semua selesai makan, abang Zam dan kak Maya mempelawa kak Khadijah dan abang Gerald Butler ke ruangan rehat. Aku kemas meja makan kemudian membawa segala pinggan mangkuk ke sinki untuk dibasuh.
Tett..! Tettt!
Nyaring bunyi mesej dari hensetku. Tertinggal pulak henset aku kat ruang tamu tu.
"Ima..! henset kau bunyi ni.." Jerit kak Maya perlahan. Dalam perlahan tu still bingit jugak telinga aku ni.
"Jap..jap.. Ima datang ni." Aku membilas tanganku yang dipenuhi sabun.
Cepat-cepat aku melangkah ke depan untuk mengambil henset aku. Tak elok pulak biar henset aku dok tett.. tett dari tadi.
Sopan aku lalu depan kak Khadijah dan kak Maya. Aku lirikkan mata aku pada abang Gerald Butler. Tengah nak tuang air dalam gelas. Kuat minum jugak dia ni. Tadi aku tengok bergelas-gelas dia minum masa makan tadi.
Aku membuka mesej. Aku senyum sendiri.
Ima merajuk dengan abang ke?
Ima langsung tak pandang abang pun tadi..
Aku bukak mesej lagi satu.
Abang mintak maaf.
Abang nak buat surprise je..
Esok abang belanja Ima makan ye.?
Eleh, ingat aku heran dia nak belanja aku makan. Aku tersenyum sinis.
"Ima dok senyum sorang-sorang tu kenapa Ima" Soal abang Zam pelik.
"Ni ha, ade orang nak pujuk Ima. Setakat belanja makan, apa barang..!" Jawabku.
Tersembur air yang diminum abang Gerald Butler. Terbatuk-batuk aku tengok dia. Aku ketawa kecil pantas aku mengambil kain lap tangan lalu aku hulurkan pada dia. Hambik kau!
"Ya Allah,,! Kau ni kenapa Fiq? Terasa ke? Tanya kak Khadijah. Tepat pulak kak Khadijah ni meneka. Maklum la, orang lama.
"Ehh, ada orang mengata Fiq ni kot..? Balas abang Gerald Butler. Aku dah menahan mulut aku dengan jari telunjuk nak tahan ketawa. Mahzab mana daa dia pakai kalau tersedak kata ada orang mengata.
Kak Maya mencubit punggung aku. Hishh kak Maya ni. Apa main cubit punggung ni. Buat malu dekat orang je. Aduhh.. pedih.!
Kak Maya dah menjeling aku sambil memuncungkan bibirnya ke arah abang Gerald Butler. Aku buat bodoh je.
"Ima dengan Fiq ni macam ada benda tak settle je..? Tukas Kak Khadijah seraya memandang aku dengan abang Gerald Butler.
"Mana ada..!!" Serentak aku dan abang Gerald Butler menjawab. Eceh, sama pulak.
Petang tu sebelum balik, abang Gerald Butler mengajak aku berbual di laman rumah kak Maya. Aku berjalan perlahan melalui denai tiruan yang abang Zam buat. Memang cantik laman rumah hasil sentuhan tangan abang Zam. Macam-macam jenis pokok ada, pokok pisang pun dia orang letak jugak.
"Ima..! Menonong je jalan.. Nak bawak abang pergi mana ni?" Tanya abang Gerald Butler ni.
"Pergi panjat pokok pisang nun.." Balasku.
"Tengok tu! suka kenakan abang kan?"
"Mana ada Ima nak kenakan abang. Abang tu je yang cepat perasan.." Balasku sedikit tegas.
"Ye la, kita ni je la yang perasan, ingatkan orang tu suka dekat kita jugak. Rupanya tak. Ye la, kita sedar siapa kita ni. Dah la dah tua, muka pun tak hensem. Nak mengharap kasih orang muda pulak." Panjang lebar ulasan dia.
Eh.. eh, ni siapa yang nak pujuk siapa ni? Kalau macam ni gaya tak jadi aku nak merajuk panjang. Pandai betul dia main psikologi macam ni. Aku ni dah jatuh kesian dah kat dia. Aku ni dah la cepat kesian dekat orang.
"Eh, abang ni, Ima takde pun cakap macam tu kan?"
"Habis tu, Ima macam tak sudi je dengan abang.." Katanya seraya mencarik-carik daun pokok pisang. Lagu memori daun pisang terus je bermain di kepalaku. Hishh.. apa punya mengarut la aku ni. Aku tengok daun pisang tu dah gaya macam daun kelapa dah. Mengamuk kak Maya nanti kalau dia nampak. Tak pasal je aku yang kena nanti.
"Siapa cakap Ima tak sudi..?" Lantas aku tepuk tangan dia yang gatal dok main-main dengan daun pokok pisang kak Maya tu.
Tetiba aku tersedar sendiri. Alamak! terkantoi pulak. Aku tengok abang Gerald Butler dah tersenyum-senyum. Suka la tu.
"Kira Ima setuju dah la ni nak kahwin dengan abang?"Aku senyap je. Malas nak jawab. Dalam hati aku mengutuk diri sendiri. Cepat sangat aku bongkar rahsia hati.
"Ima tak kisah ke kahwin dengan abang?" Tangan dia menyambung lagi mencarik daun pisang. Aku tepuk tangan dia, kali ni kuat sikit dari tadi. Degil ni, tak mau dengar cakap.
"Sakit la sayang..!" Dia memuncung seraya mengusap-usap tangannya. Alala, comel pulak dia buat muncung macam tu. Aku berdehem seketika.
"Well.. age is just an issue of mind over matter. If you don't mind, it doesn't matter." Balasku.
"Well.., I take it as a yes then.. Esok jugak abang hantar rombongan meminang!"
"Hah!!" Aku dah terbuntang mata. Serius ke dia ni.
"Abang jangan nak mengada.." Aku tengok dia dah tersenyum macam kambing. Sah-sah nak mengenakan aku.
"Okeh. Kalau Ima tak nak abang masuk meminang esok, Imah kena keluar lunch date dengan abang esok. Boleh?"
"Habis tenung dah gambar-gambar abang tu semua sayang?" Terencat lamunan aku. Aihh dia ni la, dah nak bertaburan jantung, hati, usus, pankreas semua tau!
Sekarang ni abang Gerald Butler dah ada penyakit baru dah. Sejak dari semalam, nama aku dah ditukar gantikan dengan nama 'sayang'. Sedap jugak bila di panggil sayang ni, rasa dihargai dan dicintai pulak. So aku pun tak halang dia nak panggil aku sayang. Nak halang apakebenda kalau tuan punya badan dah suka. Ye tak? Hehe. Adehh.. adeh.. ni tandanya busur cinta dah tepat kena dekat hati aku yang sememangnya tak reti nak mengelak ni.
"Lama dah ke abang berdiri dekat pintu tu?" Tanyaku seraya meletakkan frame gambar di atas meja semula.
"Sempat jugak la abang tengok sayang senyum sorang.." Balasnya sambil tersenyum nakal.
"Mana ada Ima senyum!" Kataku tak mahu kalah. Sebenarnya aku sendiri pun tak tau aku senyum ke tak tadi. Biasa la kalau dah mengelamun.
"Jom sayang kita pergi lunch. Abang dah lapar la.." Ajak abang Gerald Butler seraya mengamit aku supaya mendekatinya.
Aku tersenyum lantas cepat cepat aku mencapai handbag aku di atas sofa. Lagi beberapa langkah aku nak sampai.. Erkkk..
"Hii dear.. Jom temankan I lunch.." Tak pasal-pasal je menempel minah garik mana datang entah. Melekat je dekat abang Gerald Butler aku ni. Muka aku ni rasa macam dah menyirap darah. Aku mencerlung ke arah dua orang insan di depan aku ni. Ikut hati, nak je aku baling minah senget ni dengan handbag aku. Senget jugak karang muka dia tu macam sanggul dekat kepala dia.
"Sorry Mona, I've got a date with my fiance." Abang Gerald Butler menolak perlahan pegangan minah yang dia panggil Mona tu.
Haihh.. terbakar jugak hati aku waktu-waktu tengah hari panas ni. Dah la lapar. Hilang terus mood aku nak makan.
"Ohhh.. so, this your fiance?" Mona mendekati aku. Membelek aku atas bawah.
"Well.. she looks younger than I thought.." Sambungnya lagi. Aku hanya mampu tersenyum.
"Well lady, age is just an issue of mind over matter. If we don't mind, so.. it doesn't matter at all.." Balas abang Gerald Butler seraya mengerdipkan matanya kearahku. Aku buat kering je. Hati berbara ni. Siap ada api lagi.!
"Ohh.. all right.." Mona mengangkat tangan tanda menyerah.
"Enjoy your lunch.." Katanya seraya mencubit pipiku.
"You look so cute.." Apa ni main cubit-cubit. Aku nangis karang.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment