Saturday, 3 March 2012

Selamanya Kamu 6

Bab 6

Aku mempercepatkan langkah. Memang hati aku ni dah macam maggi kari berapi dah. Huihh.. berasap.. berasap!


"Sayang..! tunggu la abang.." Jerit abang Gerald Butler ni.


Lagi laju dia kejar, lagi cepat aku jalan. Aku menuruni anak tangga. Mau dua tiga anak tangga aku langkah. Takde nak sopan-sopan dah. Eh.. apasal pulak aku ikut tangga? Lift kan ada. Haihh.. macam ni la bila buat kerja tak fikir. Buat penat je. 


Aku berpatah balik. Eh, tak boleh! Abang Gerald Butler tengah kejar tu. Aku meneruskan langkah menuruni anak tangga semula. 


"Sayang..! tolong abang.! sakit ni.. aduhh!! tolonggg..!" 



Aku dengar suara abang Gerald Butler dekat atas. Ehh.. apasal pulak tu. Dia ni berdrama ke apa? Aku menghentikan langkah. Macam dah takde bunyi orang kejar aku dah. Hati aku berdebar-debar. Perlahan-lahan aku menaiki semula anak tangga.


"Abang.." Perlahan aku memanggilnya. Dua tiga kali aku panggil dia tak menyahut. Dari langkah perlahan terus aku berlari menaiki anak tangga. Macam mana aku turun selang dua tiga anak tangga macam tu jugak la aku naik. Mak aihh.. semput!


"Abang.!" Aku menjerit melihatkan abang Gerald Butler dah terduduk di tepi tangga. Cepat-cepat aku menghampiri dia. Aku tolak badan dia sedikit.


"Abang.. abang ok tak ni?" Aku menolak badan dia sedikit. Terus badannya melurut hampir tersungkur tapi nasib baik aku sempat sambut. Aku pangku kepalanya di riba. Waaa.. kenapa ni? Aku dah nak menitis air mata. Dah tau tua pergi main kejar-kejar dengan aku buat apa. Huhu.. kan dah semput. 


"Abang... bangun la.. jangan la buat Ima macam ni." Aku menepuk perlahan muka dia. Air mata yang dari tadi aku tahan menitis jugak akhirnya. Jangan la aku jadi janda. Eh, tak kahwin lagi mana nak jadi janda!


Aku pandang muka abang Gerald Butler. Nampak polos je. Tapi mulut dia tu macam tengah tahan senyum. Aku tengok mata dia dah mengenyit sebelah. Arghhh.. kena tipu!


"Benci la abang ni..!!" Terus aku bangun dari memangku kepalanya. Padan muka dia tergolek dekat tangga tu.


"Aduh!! sakit kepala abang.." Dia mengaduh seraya memegang kepalanya. Terhantuk dekat mana, aku pun tak tau. Malas nak ambil tau.


Elok saja aku ingin berlalu. Dia memaut pergelangan tanganku. Dia berdiri bertentangan dengan aku. Aku sebenarnya tak nak bagi dia nampak air mata aku yang berjuraian dari tadi. Malu. Mesti merah je hidung dengan mata aku ni. Perlahan dia lap air mata aku dengan ibu jari dia.


"Sayang menangis ye?" Hishh, orang tua ni. Dah tau lagi mau tanya. Aku mengangguk je.


"Sayang abang ye?" Soalan apa daa dia tanya ni.. Aku mengangguk lagi. Malu sebenarnya nak mengaku. Tapi takpe la, at least dia tau rahsia hati aku ni. Aku jadi sebak tetiba. Hingus aku ni rasa macam dah tak menyempat dah nak turun 


"Kalau sayang abang, kenapa tinggalkan abang tadi?" Dia bertanya. Ada sedikit nada merajuk  pada tutur kata.


"Mana ada Ima tinggalkan abang.. Ima.. Ima.. merajuk je.." Tersedu-sedan aku menjawab soalan dia.


"Kenapa sayang nak merajuk pulak?"


"Iye la, abang tu.. depan mata Ima pun nak pegang-pegang perempuan lain. Kalau belakang Ima buat apa entah agaknya"


"Eh sayang.. dia yang pegang abang tau. Abang cuma tolak tangan dia yang pegang abang.. tu je."


Aku merentap tanganku dari pegangan tangan dia. Aku berpeluk tubuh. Misi merajuk aku masih lagi berjalan.


"Sayang cemburu ek?" 


"Of course I'm jealous!"


"Look sayang.. Listen to me.." Abang Gerald Butler memalingkan bahuku mengadap dia.


"That's the way she is . Bukan dengan abang je dia macam tu. Dengan orang lain pun dia macam tu jugak. Terlebih mesra. Lelaki ke perempuan ke sama je dia layan.


Aku menenyeh hidungku dengan belakang tangan. Nak meleleh pulak hingus ni. Dalam waktu yang sama aku termakan jugak la alasan dia tu. Tak semena-mena perut aku berbunyi. Kuat pulak tu. Alamak.. Aku melirikan mataku ke arahnya. Aku tengok abang Gerald Butler tu tengah senyum-senyum. Dia dengar ke perut aku berbunyi ni?


"Abang tau dah pasal apa sayang merajuk tak tentu hala macam ni" Aku pandang dia dengan pandangan yang pelik.


"Sayang lapar ye?" Sambungnya lagi. 


Aku terus menghempuk handbag aku ke badan dia. Dia mengaduh. Padan muka. Biar dia sakit.


"Okeh.. okeh, jom kita pergi makan, nanti lebam pulak badan abang kena pukul dengan sayang ni."


Aku cuba nak mencubit lengan abang Gerald Butler ni. Suka sangat nak menyakat aku. Tapi dengan pantas dia menahan lalu mengenggam kedua belah pergelangan tanganku. Dah macam kena gari pulak aku ni.




Di kedai makan, aku senyap je. Menu pun aku tak nak tengok. Saja nak protes. Last-last, abang Gerald Butler yang orderkan untuk aku. Nasib baik aku makan apa yang dia order tu. Tapi sebenarnya aku suka. 


Abang Gerald Butler masih lagi memandang aku. Aku macam biasa la, buat kering je. Lapar memang lapar. Dah rasa macam nak gigit meja pun ada jugak ni.


Tak sampai sepuluh minit air yang diorder dah sampai dekat meja. Dua teh o ais, satu air mangga. Aku pelik, siapa punya air mangga ni. Aku hulurkan satu gelas teh o ais pada abang Gerald Butler. Satu lagi aku ambil.


"Air mangga ni siapa punya pulak?" Aku bertanya.


"Abang punya tu"


"Alaa.. Ima pun nak jugak!!" Kataku manja. Saja je buat-buat manja. Mana tau, datang lagi sepuluh gelas ke.


"Kita share la berdua air mangga ni. Air teh o ni untuk sayang sebenarnya. Abang takut sayang haus macam hari tu.."


"Ohh.. Abang perli Ima ek?" Aku tersenyum seraya menjelingnya. Kali ni memang tak rasa nak marah pun pasal tekak aku ni dah lega bila dah dilalukan dengan air sejuk. Marah semua boleh hilang. Nak merajuk panjang pun dah takde niat dah.


"Nak?" Abang Gerald Butler menunjukkan gelas air mangga selepas dia menghirup dalam dua tiga teguk. 


Aku mengangguk lalu dia menyuakan air mangga tu pada aku. Aku macam malu-malu jugak nak ambil. Orang tua-tua cakap, antara salah satu rahsia rumah tangga adalah suami isteri sentiasa berkongsi minuman. Lebih afdal kalau isteri minum dari bekas suami. Aku tersenyum sendiri. Jauh pulak aku mengelamun. Belum kahwin lagi kot.


"Apasal pulak sayang senyum-senyum tu? Suka ek minum dari bekas abang?" Tukas abang Gerald Butler ni.


Aku mengetap bibir lalu aku tendang kaki dia. Suka betul nak menyakat aku.


"Adoiii!!" Dia mengusap tulang ketingnya.


"Abang ni.. suka tau kacau Ima." Aku menjeling. Rasa nak ketawa pun ada bila tengok muka tahan sakit dia tu. 


"Abang suka tengok muka sayang merah-merah macam tu. Comel je. Tak payah pakai blusher pun takpe." Aku menyeringai. Bila aku memandang wajah dia, dia tengah merenung muka aku. Apa entah yang dibeleknya. Aku melarikan pandangan ke dalam gelas air mangga. Dah separuh aku minum. 


"Sayang.. hujung minggu ni abang masuk meminang ye?" 


Choii!! nak tersedak air mangga dah aku ni. Nasib baik bukan tengah makan nasi. Kalau makan nasi mau aku tersedak nasi tadi.


Aku berdehem sekali dua. Aku mengangguk tanda setuju. Aku pun tak nak bercinta lama-lama sangat. Eh, tengah bercinta ke ni? Adoii..


"Betul ni?" Tanya abang Gerald Butler tak percaya.


"Betul la, tapi ada syarat!!" Balasku.


"Hah..! syarat apa pulak ni sayang.."


"Adalah.."






Bersambung..

No comments:

Post a Comment