Sunday, 4 March 2012

Aku Inginkan Bintang 2

Bab 2

Menjadi penganggur tegar ni sangat-sangatlah memberi ketenangan kepadaku. Memang saja aku berhenti kerja dari syarikat perunding perniagaan tu. Nak rasa tukar angin pulak.

Hari ni aku plan nak keluar pergi Midvalley. Aku nak survey novel then aku nak jalan-jalan cuci mata. Dengan siapa? Aku jalan sorang je. Biasalah lone ranger. Mana ada pakai teman segala.

Sempena pengangguran aku awal tahun ni, adik beradik aku bawak aku pergi jalan-jalan kat tepi laut. Tak jauh mana pun. Dekat Tanjung Bidara saja. Seronok gila. Kulit pun dah bertukar warna ni.


Aku pandang cermin dua tiga kali. Cermin kat rumah aku ni kalau tak dari kepala sampai ke kaki memang tak sah. Aku posing sikit ala-ala model gitu. Ok. Confident.

****

Ya Allah, semaknya Midvalley ni. Apa dia orang ni tak reti ke nak duduk rumah. Punya la ramai orang. Buat serabut kepala je. Sebelum melangkah ke kedai buku MPH aku singgah dulu ke McDonalds. Teringin pulak nak makan ais krem. Aku beli kon sundae je.

Aku menuruni eskalator dari Level 3 seraya memerhatikan orang yang bertali arus. Tiba-tiba mataku terarah pada seraut wajah yang hampir luput dari ingatan aku.

"Fuad..!"

Aku agak terjerit ketika ini. Hati aku mula berdetak kencang. Aku mematikan langkah. Runsing sama ada nak dikejar ataupun tak. Perlahan aku mengorak langkah, makin lama makin laju. Air mata aku mula menitis laju. Dah rasa macam dalam cerita winter sonata pulak bilamana saat You Jin melihatkan kelibat Jun Sang.

Aku berlari cuba mendapatkan dia. Aku pasti dia Fuad! Terasa cinta aku mula membara seperti dulu. Debar tu masih terasa. Dia yang mengajar aku erti cinta, erti rindu. Tapi entah mana silapnya, aku bagaikan menolak persahabatan yang dihulurkan. Memang aku menyesal. Menyesal tak sudah.

"Auchhh.. Hey buta ke?" Jerit seorang perempuan. Sibuk mencari aku tak perasan pulak sampai terlanggar orang.

"Maaf cik, saya tak sengaja.." Aku memohon maaf selembut mungkin. Aku tau salah aku. Sungguh, memang aku tak sengaja.

"Tengok darling.. habis merah siku I.." Rengek perempuan yang aku langgar tadi. Allah.. nak mengadu pulak. Aku mengalihkan pandangan ke arah pasangannya pulak.

"Mintak maaf saudara, saudari, memang saya tak sengaja tadi.."

Aku mengulang permohonan maafku. Mata aku masih lagi meliar mencari kelibat Fuad. Jangan la dia hilang. Aku teringin sangat nak jumpa dia. Tak semena-mena air mataku menitis lagi.

"Heii..!"

Pasangan perempuan itu menyentap siku aku. Aku agak terdorong sedikit ke depan. Kasarnya lelaki ni. Aku dah cakap aku tak sengaja kan. Mula la aku nak meraung dekat sini. Abang.. tolong Cahaya.. Cahaya kena buli. Aku cuba menarik semula siku aku dari pegangan lelaki ni. Air mata aku dah berjuraian dah.

Tanpa isyarat lelaki tu melepaskan pegangan dia. Apa lagi, tertonyoh la ais krem yang aku pegang tadi kena tepat pada hidung aku. Aku tergamam, lelaki itu terkesima, perempuan tadi mendengus marah.

Sejuk hidung aku ni kena ais krem. Aku tengok lelaki tu macam nak ketawa. Siot betul! Dia mendekati aku lalu dilapkan ais krem yang melekat pada hidung aku dengan jarinya. Aku agak tak boleh nak fikir waktu ni. Terus je aku tonyoh ais krem aku dekat hidung dia pulak.

"Erkk.." Dia terkejut. Perempuan sebelah dia tu cepat-cepat keluarkan tisu.

Aku pun tak tau kenapa aku buat macam tu. Tapi yang pastinya aku tak suka perasaan yang aku rasa bila dia sentuh hidung aku tadi. Aku cepat-cepat berlari keluar dari Midvalley. Tak kan aku jejak Midvalley ni sebulan.


Bersambung...


2 comments:

  1. Apelh Cahaya nie leh lak die toyoh aiskrim dkt bf kepade gf yg die langgar tu...hehehe

    ReplyDelete