Bab 7
"Aku pun tak tau la Raf nak cakap mana. Aku pun pelik jugak. Kau ikutkan je la ek?"
Abang Zam kelihatan menepuk-nepuk bahu abang Gerald Butler aku yang tersenyum mengurut janggutnya yang mula tumbuh meliar. Lagi bertambah hensem aku tengok.
Majlis pertunangan aku berjalan ala kadar saja tapi tetap meriah. Mana taknya, dengan anak buah berlari ke hulu ke hilir, sedara mara ulang-alik kejap ke dapur, sekejap menjengah ke bilik aku, macam hari raya pulak aku rasa.
Semuanya sudah beransur pulang. Aku melabuhkan punggungku di birai katil. Mengingatkan peristiwa petang tadi, aku tersenyum sendiri.
"Hah..! Macam tu pulak?" Tanya kak Jah.
Pihak lelaki mula berbisik-bisik sesama sendiri. Aku dah menekup mulut nak tahan ketawa. Aku pun tak tau la kenapa aku boleh buat idea gempak macam tu.
"Kalau ikutkan yang empunya badan, yang tu la dia mintak. Saya ni sebagai wakil pihak perempuan menyampaikan saja.." Kata Pak Su pulak seraya membuka kopiah di kepala. Menggaru kepala yang tidak gatal. Kesian Pak Su aku. Hehe.
"Kalau macam tu, kami turutkan saja la.. takde apa sangat la tu. Saja la kot dia nak mengenakan bakal suami dia tu." Kak Jah tersenyum sendiri. Pelik kot dengan bakal adik ipar dia ni.
"Comelnya Ima ni.." Kata Kak Jah.
Selesai menyarungkan cincin, Kak Jah mencium dahiku. Aku tengok cincin di jari manis. Cantik jugak cincin yang abang Gerald Butler aku ni pilih.
"Abang Rafiqin tak datang sekali ke Kak Jah?"
"Akak ada ajak tadi, tapi dia cakap dia nervous. Macam la nak bernikah terus."
Cehh. Penakut jugak abang Gerald Butler aku ni. Elok je mengata pasal dia, aku dapat mesej.
Selamat menjadi tunangan abang sayang!-abang
Aku tersenyum sendiri. Aku biarkan mesejnya tidak berbalas. Selesai sesi bergambar, aku MMS gambar-gambar masa Kak Jah menyarungkan cincin di jari manisku padanya.
Selamat bertunang abang..!-Ima
You look beautiful sayang.
Rugi pulak tak datang tadi-abang
Ketukan di pintu menghentikan lamunanku. Hish, aku tengah seronok berangan ni. Kacau je. Tersembul muka Kak Maya di balik pintu menyengih macam kerang busuk.
"Tunang kau tu dah nak balik, nak terperap kat dalam bilik je ke? Pergi la bertegur sapa."
"Yela.. yela.. Ima nak pakai tudung jap."
Aku mengintai Abang Gerald Butler di balik cermin. Asal nak berdating je mesti dekat tepi pokok pisang tu. Pergi la lepak dekat pokok cili tu ke.. Aku tengok tangan dia dok mencarik-carik daun pokok pisang. Dia ni kan, selalu macam tu tau. Nak kena ni.
Perlahan aku menghampirinya. Aku sergah dia dari belakang. Melompat kau. Aku ketawa macam nak putus urat perut tengok dia melompat macam tu.
"Sayang ni..! tak baik buat abang macam tu tau..!" Aku lihat dia mengurut dada.
"Ala.. Ima sergah sikit pun nak terkejut.." Aku menjelir lidahku padanya.
"Selalu la jelir lidah tu, abang gigit jugak nanti." Dia tersenyum nakal. Eii, dah tua-tua pun nakal jugak lagi.
"Mengada la abang ni, jom la pergi sana." Aku tunjukkan ke arah pagar rumah.
"Sayang ni nak halau abang ke?" Katanya seakan merajuk. Eleh, merajuk pulak.
"Bukan macam tu la maksud Ima. Kan dah malam ni, duduk kat pokok pisang ni nanti orang kata apa pulak. Abang pun satu, asal nak berdating dengan Ima je mesti nak sebelah pokok pisang ni." Dia menyeringai.
Aku dan Abang Gerald Butler melangkah ke luar. Kebetulan memang kereta dia parking dekat luar je tadi masa dia datang. Aku melirikkan mataku ke arahnya. Aikk, senyum sorang-sorang pulak. Biarlah. Aku nak tatap wajah dia lama-lama. Rindu pulak. Esok aku nak balik Kuala Lumpur dah.
Dia masih lagi dengan lagak tenang bersandar di kereta. Aku tau dia perasan aku pandang dia. Dia tak nak ke tanya apa-apa pasal syarat aku tu. Takkan Kak Jah tak bagitau kot.
Sudahnya aku pun turut sama bersandar di keretanya. Mendongak ke langit yang penuh dengan bintang. Tenang je aku rasa. Dah jadi milik orang. Tenang la ye tak?
"Abang..." Panggilku.
"Ermm.. " Hish, naik bulu roma aku dengar suara dia macam tu. Suara macam dalam kelambu.
"Abang tak nak tanya apa-apa ke pasal hantaran Ima tu?" Aku cuba menduga. Aku tengok dia tenang je, siap boleh senyum-senyum lagi.
"Buat apa nak tanya kalau abang dah tau jawapannya sayang."
"Hah..? Apa yang abang tau"
"Ala sayang, kalau setakat nak sponsor sayang pergi Yun Nam Hair Care selama 6 bulan dengan pakej body spa tu apa la sangat kan, kalau semuanya sayang buat untuk abang. Tapi ingat sayang, kecantikan luaran tak tahan lama. Yang penting hati kita."
Dapat sudah aku ceramah percuma malam ni. Aku senyum je. Betullah tu, memang aku mintak semua tu sebagai pakej hantaran sebab dia. Haruslah kan, kita mesti nak nampak cantik depan suami nanti.
"Err.. tapi Ima nak tambah lagi satu la abang.." Perlahan aku meminta seraya menggaru kepala aku yang tak gatal.
"Aikk, ada lagi?" Cepat saja aku mengangguk.
"Ima nak pakai braces lepas kita kahwin boleh?" Aku meminta kebenaran. Rasa boleh dapat kot. Ala, untuk dia jugak.
"Buat apa sayang? Gigi tu dah elok dah." Soalnya
"Ala, Ima nak jugak. Gigi Ima ni dah senget-senget." Aku menunjukkan gigi aku.
"Ermm.. ye lah. Tapi lepas dah bukak braces tu jangan suka-suka senyum dekat orang tau. Jealous abang nanti.
"Okeh bos!" Aku tersenyum riang. Yes! Boleh pakai braces. Dah lama aku teringin nak pakai.
"Esok sayang balik pukul berapa? Soal dia tiba-tiba.
"Ima balik dalam pukul sepuluh kot."
"Nak abang hantar sayang tak"
"Ishh abang ni, kereta sayang ni macam mana?" Aduh..! tersasul pulak aku.
"Sayang cakap apa tadi?"
"Ima cakap kereta Ima ni macam mana?"
"Bukan tu.. bukan tu.. Tadi sayang sebut lain?"
Alamak dia terperasan la pulak. Puas la aku menyangkal. Dia nak jugak suruh aku ulang. Aku tersasul je kot. Dah dia asyik panggil aku sayang sayang, aku pun terikut sekali dah bahasakan diri sendiri sayang. Standard la tu.
"Takpe tak nak mengaku, one fine day nanti abang akan buatkan sayang mengaku jugak." Abang Gerald Butler membuka pintu kereta sambil menunjukkan senyum nakalnya. Eii, senyum gatal. Menyampah aku.
Malam ini sesungguhnya tidur aku hanya bertemankan mimpi-mimpi indah belaka. Rasa bahagia sangat. Dalam diam, aku pulak yang tak sabar nak jadi isteri kepada Rafiqin Raimi ni. Aku nak berbagi rasa cinta yang Allah kurniakan pada aku untuk dia.
"Ya Allah, Kau satu kan lah kami dalam apa jua keadaan sekali pun. Sesungguhnya rasa cinta yang Kau beri ini hanya untuk dia. Aminn.." Doaku
"Woi..! Panjang berdoa. Cik Abang tu dah hilang dari pandangan mata pun tak nak masuk-masuk rumah lagi ke?" Kak Maya mengusikku.
"Hishh Kak Maya ni sibuk je la.."
Bersambung...
No comments:
Post a Comment