Semalam, hari pertama sesi induction untuk new employees dekat tempat kerja aku. Agak ramai dari kebiasaan. Tapi jangan risau, aku bukan nak cerita pasal induction, cuci mata apa segala. Bukan itu. Ada sesuatu yang menarik hati aku sampai aku terbawak-bawak ke malam.
Tugas aku semalam untuk ambil kedatangan. Maka, terkeluarlah anak tekak segala sebab nak melantangkan suara memanggil nama sorang-sorang. Dekat 80 lebih jugak la. Selesai jugak aku menyebut semua nama.
"Ada sesiapa lagi ke yang saya belum panggil nama?" Lebih kurang macam tu la ayat aku. Ada dua orang yang mengangkat tangan. Yang sorang tu namanya aku dah sebut. Tapi dia tak dengar. Yang lagi sorang ni jenuh aku dok belek kertas nama depan belakang. Memang nama dia takde dalam senarai.
"Memang datang report duty hari ni ke?" Soalku.
"Saya datang nak interview." Wohh, patut la nama takde dalam senarai. Dah salah masuk group rupanya.
"Siapa yang call awak untuk datang interview ni?" Aku memandang tepat anak matanya.
Dia menggeleng lalu berkata "Saya datang sendiri je.." Dari nada suara yang agak ketakutan bila aku pandang dan mata dia yang tak mahu bertentang mata dengan aku. Terus aku dapat menilai insan yang cukup sifat depan aku ni sebenarnya ada kekurangan.
Suara aku yang kedengaran agak tegas seketika tadi, aku kendurkan semula. Aku cakap selembut mungkin. Aku minta dia tunggu sekejap sementara aku memberi senarai nama pada wakil Recruitment Team yang berada di situ.
Selesai aku memberi senarai nama. Aku meminta dia mengikut aku untuk ke lobby.
"Datang interview ni untuk position apa?" Tanyaku.
"Apa-apa je. Saya dah bawak semua sijil. Ada dalam beg." Kejujuran dari mata jelas terpancar walaupun kadang kala dia selalu melarikan anak matanya dari memandang aku.
Aku melihatkan gaya dia. Sememangnya innocent. Persis budak 5 tahun nak pergi sekolah tadika. Cara mengendong beg sandang pun agak tinggi. Cara dia berjalan pun agak perlahan. Kebanyakan kita tengok orang macam ni mengalami masalah perkembangan otak. Tak tau pulak aku bahasa saintifiknya apa.
Tengoklah dia, walaupun ada kekurangan, punya hati nak bekerja. Pandai berdikari. Apa yang terlintas difikiran aku masa tu macam manalah kalau dia buat silap dekat tempat kerja. Mesti kena marah. Kesian. Aku rasa orang yang mempunyai masalah begini lebih sensitif dari manusia yang sempurna akal.
Malam semalam bila aku nak tidur aku ingat balik kejadian awal paginya. Tiba-tiba rasa simpati menerpa. Boleh pulak air mata aku bergenang sehingga pecah empangan mata. Membayangkan kalau dia hidup sebatang kara. Kena buli ke dia? Siapa yang jaga dia? Boleh ke dia dapat kerja dengan keadaan macam tu. Walaupun position yang bersesuaian dengan dia adalah sebagai operator saja.
Aku pun tak tau kenapa aku sedih sangat. Tapi yang pasti air mata aku mengalir malah sekarang pun aku tengah menitiskan air mata. Kalau sesiapa yang ingat atau pun pernah tengok cerita Ku Hijrahkan Doa, lakonan Ngasrizal Ngasri dan Zamarul Hisyam mungkin faham kot perasaan aku.
Pada yang sempurna, jangan anggap kesempurnaan kamu itu kehebatan kamu. Kamu di nilai dengan mata dan hati lain yang berada disekelilingmu
Pada yang kurang sempurna. Aku doakan hidup kamu bahagia. Semoga Allah menitipkan untukmu seorang insan yang bisa membantu dan menjagamu dengan sempurna...
bagus untuk budak yang baru belajar....semoga bole menjadi penulis novel suatu hari nanti. akak rasa bila dah lama kau bekerja kau boleh tulis novel ttg kehidupan kau. menarik ape....
ReplyDeleteCehh.. tak best la buat cite sendiri.. buat cerita reka2 la best.. heheh..
ReplyDeletewoh steady2 der blog aku jadi followeer ek..tulis sampai ketua taw hehehe
ReplyDeletesila2.. kalo smpai ketua nnti jari dah ketar2.. tak leh menulis dah awan_merah.. heheh
ReplyDelete