Sunday, 11 March 2012

Aku Inginkan Bintang 3

Bab 3

Sesungguhnya hari ni bukan hari yang baik untuk aku. Dari Midvalley tadi, terus je aku balik rumah. Memang tak singgah mana-mana dah.

Aku menanggalkan seledang pashmina yang membelit kepalaku. Perlahan aku merehatkan diri di atas sofa.

Fuad! Satu nama yang telah lama bertahta di hati aku. Walaupun aku tak pernah mengenalinya secara dekat. Tapi hati aku ni dah berputik cinta untuk dia. Aku tak tau kalau dia punya rasa yang sama. Kalau zaman sekolah dulu orang sibuk dok sebut-sebut secret admire. Memang aku admire gila dengan dia, sampai terjatuh hati terjatuh tangga semua ada.


Dulu kalau aku waktu balik sekolah, aku harap sangat dia naik satu bas sekali dengan aku. Aku bersekolah menengah di tengah bandar, dia pulak sekolah di pinggir bandar. Kebiasaannya kalau bas datang dari Kota Raya, aku lah yang naik bas dulu. Kemudian bas akan berhenti di hadapan sekolah dia pulak.

Bayangkan dari aku naik bas sampailah nak sampai ke stesen bas depan sekolah dia tu, aku akan diserang sakit perut. Bukan sakit perut apa, sakit perut pasal ada butterfly in the stomach. Huh, kadang-kadang sampai berpeluh aku dibuatnya.

Melihatkan wajah dia yang putih bersih, muka macam anak kacukan, memang menarik minat ramai perempuan. Bukan aku saja yang suka dia dalam diam, malah kawan-kawan aku jugak sama. Sampai terlahirlah surat-surat meluah rasa bagai. Aku? Aku tak buat kerja-kerja macam tu semua.

"Hoi makcik! awal kau balik? Kata nak pergi Midvalley.." Niza menyergahku. Minah sorang ni pantang betul tau. Niza ni house-mate aku. Lama jugak la aku kenal dia, dari zaman kecil lagi. Cuma baru-baru ni je la dia duduk serumah dengan aku. Saja kata dia nak mencari pengalaman baru.

"Ko ni kan, kalau tak sergah aku tak boleh ke? Kacau je aku nak tidur."

"Ceh, tidur apa.. aku tengok mata dok terkelip-kelip pandang kipas dari tadi. Sampai aku balik pun kau tak perasan." Ujar Niza.

"Alaa.. aku berangan dulu la sebelum nak tidur." Aku menyeringai.

"Tu la, kuat berangan. Weh, novel apa kau beli? Nak pinjam." Pinta Niza.

"Aku tak sempat beli la.." Aku mengalihkan badanku dari mengadap Niza yang mula duduk di birai sofa. Aku tendang punggungnya yang suka nak menyempit dekat aku ni. Tak pasal je dia punggung aku pulak yang jadi mangsa cubitan dia.

"La, pulak.. pasal apa?"

"Ala, malas la aku nak cerita sekarang. Aku mengantuk."

Niza diam tak bersuara. Perlahan dia cuba mencari ruang untuk baring di sebelahku. Aku menonggeng sedikit biar dia tak boleh baring.

"Kau ni tepi la sikit, aku pun nak baring jugak." Dia mula bersuara tidak puas hati.

"Kau ni nyah, suka nak menyempit kan?"

"Iye la nok, kau ni macam tak paham dengan aku."

Akhirnya aku mengalah la jugak. Minah ni memang spesies suka menyempit. Asal boleh je. Aku yang rimas. Tapi sebabkan aku ni dah terbiasa, so.. aku biarkan je la. Bukan apa, aku pun spesies himpit menghimpit, selit menyelit jugak. Maklumla, badan kitaorang ni kecil je.

"Cahaya.." Panggil Niza.

"Apa..?"

"Dinner nanti kau cerita dekat aku ek pasal apa yang jadi kat Midvalley tadi."

Niza memang seorang yang memahami. Dia tak kan paksa aku untuk bercerita kalau aku tak mahu. Kalau aku pulak lebih suka mendesak. Bukan apa, nanti aku tak boleh nak bertenang kalau tak tau masalah dia. Berbezakan.? Itu lah yang membuatkan kitaorang rapat sampai sekarang. Kalau bergaduh pun, ala-ala je.

"Okeh, tapi kau kena belanja aku makan dulu.." Aku mengalih sedikit wajahku. Senyap.

"Woit Niza.." Aku menolak sedikit badannya dengan bahuku. Terdengar dengkuran halus dari keluar dari mulut dia.

"Ya Allah minah ni, tak sampai lima minit letak kepala dah mengeroh." Aku berkata perlahan.

Dengan jari dia yang tengah mengorek hidung tu, boleh pulak dia terlelap. Tak senonoh betul.


Bersambung...


2 comments: