Sunday, 7 October 2012

Yang Pasti

Menderu angin menampar pipi..
Tersentak jiwa.. marahnya pada siapa..?
Pandangan telus menerobos ruang udara..
Arahnya pada siapa..?
Ruang hati terbuka lagi..
Tapi harus apa yang diisi..?
Jangan diisi sesuatu yang tak pasti..
Jangan diisi sesuatu yang diragui..
Biarkan angin sekadar melalui..
Biarkan pandangan terus mengamati.. mencari..
Aku mahu yang pasti..
Hanya yang pasti..
Maka aku biarkan ia memenuhi ruang ini...

Sunday, 29 July 2012

Selamanya Kamu 18

Bab 18

Apa yang Encik Amar bentangkan dekat depan ibarat angin lalu. Orang kata, masuk telinga kanan lepas tu keluar telinga kiri. Aku rasa dah macam cacing kepanasan je. Duduk menongkat dagu tidak selesa. Aku berpeluk tubuh pun kurang selesa. Mana nak selesa, kalau ada sepasang mata yang sejak aku masuk bilik meeting tadi sedia memandang aku tidak berkelip. Bukan tak berkelip langsung la.. ada la jugak dia berkelip sekali sekala. Kalau tak berkelip karang, kering pulak biji mata.

"Boleh Iman..?"

"Iman.. are you here?"

Tak semena-mana Sarah mencuit peha aku. Aku yang agak terpinga-pinga menoleh pada Sarah seraya menjungkit kan kening. Sarah aku lihat memuncungkan bibir ke arah Encik Amar. Aku tengok Encik Amar dan yang lain memandang aku.

"Iye Bos??"

Sunday, 22 July 2012

Selamanya Kamu 17

Bab 17

"Assalamualaikum sayang.."

Sayup saja suara yang mengejutkan aku dari mimpi. Perlahan aku menggerakkan badan berpaling pada yang empunya suara. Aku buka mataku sedikit. Dalam kekaburan aku usap wajah suami aku yang sedia menongkat kepala dengan tangan kirinya.

"Waalaikumsalam.. dah pukul berapa ni?" Tanyaku.

"Awal lagi ni. Abang saja kacau sayang.. Lepas subuh tadi abang tak boleh tidur pulak."

Aku mengalihkan badanku mengadap Rafiqin. Aku peluk badan dia macam aku peluk bantal peluk bulat tu. Dia ketawa lepas.

Saturday, 16 June 2012

Selamanya Kamu 16

Bab 16

"Takpe la, abang boleh buat sendiri. Awak pergi tolong apa-apa yang patut dekat dapur tu.." Perlahan suara Rafiqin langsung tidak memandang wajah aku. Jag air yang aku pegang beralih tangan.

Awak?? Confirm la dia merajuk dengan aku ni. Sepanjang 3 bulan kitaorang kahwin ni, ini kali ke-dua dia guna kata ganti nama tu. Kali pertama bila aku secara tak sengaja menghabiskan buah mangga yang aku simpan dalam peti ais. Saja nak biar sejuk. Aku ingatkan dia tak nak. Aku pun dengan penuh nikmat habis tiga biji mangga tu aku telan. Sudahnya, dia suruh aku pergi belikan untuk dia malam tu jugak. Gaya macam orang mengidam. Haihhh..

Aku memandang wajah dia lama, mengharapkan dia memandang wajahku yang penuh mengharap ni. Tapi hampa. Air teh o ais diteguk habis. Lalu dia menolak tayar kerusi roda menghampiri Abang Zam.

"Abang..."

Sunday, 10 June 2012

Selamanya Kamu 15

Bab 15

"Abang tunggu sini dulu ye? Sayang nak ambil kereta kejap.." Aku mencari-cari kunci kereta di dalam handbag.

"Ala.. sayang tolak je la abang sampai kereta tu. Bukan jauh sangat pun. Lagipun abang malu la orang pandang-pandang abang dekat sini." Pinta suamiku. Bukan aku tak nak tolak, tapi melihatkan keadaan cuaca yang agak terik macam ni, tak sanggup pulak nak biarkan suami aku ni berpanas.

"Cuaca panas la abang. Abang tunggu sini je la ye.. Pleaseeee... " Kataku meleret.

"Lagi pun diaorang pandang abang sebab abang sayang ni handsome orangnya. Macam Gerald Butler." Aku mengenyitkan mata seraya mencuit pipinya.

Monday, 21 May 2012

Selamanya Kamu 14

Bab 14

Aku memerhatikan susuk tubuh lelaki yang berkerusi roda itu penuh kasih. Syukur teramat sangat sebab majlis pernikahan aku berlangsung dengan sempurna minggu lepas. Walaupun persekitarannya berbaukan ubat dan antiseptik, tapi itu semua bukan penghalang. Berani la halang, aku bagi flying kicks nanti. Malah petugas-petugas hospital jugak turut memeriahkan suasana. Satu pengalaman yang unik dah tercipta dalam kenangan kami bersama.

Perlahan aku mendekati dia. Kusyuk benar sampaikan bunyi pintu ditutup pun dia masih lagi tidak mengalihkan pandangannya daripada perkara yang menarik hati tu. Entah apa pulak yang dibeleknya. Aku tengok siap boleh senyum sorang-sorang lagi.

"Abang buat apa ni?" Aku memeluk lehernya dari belakang. Aku tengok dia sedang membelek gambar pernikahan kami. Gambar dia sedang mengelap peluh. Mau tak berpeluh. Sampai 3 kali lafaz. Aku sekadar menepuk dahi. Nasib la.

Sunday, 6 May 2012

Selamanya Kamu 13

Bab 13

"Sorry la abang Nuar, kalau tak, kita dah boleh menang dah.." Iman bernada hampa. Hampa kerana balingannya yang terakhir tidak berapa berjaya lalu meletakkan mereka ditempat kedudukan yang kedua.

"Hisshh.. kenapa cakap macam tu? Bukan rezeki kita kan. Dapat tempat ke-dua pun ok juga apa? Kan Am?" Anuar menenangkan Iman. Amri sekadar mengangguk mengiyakan.

"Ok.. Tapi apa-apa hal pun Iman minta maaf tau abang Nuar, Am." Kata Iman.

"Ye lah.. ye lah.. Dah la tu. Ni Iman balik naik apa ni?" Tanya Anuar.

"Apa la abang Nuar ni. Datang dengan bas, of course la balik pun dengan bas." Balas Iman.

"Haah la, bijak adik abang sorang ni. Awak datang siang memang la ada bas. Sekarang ni dah pukul berapa adik manis?" Tekan Anuar seraya mencuit hidung Iman. Iman memandang jam di pergelangan tangannya. Membulat mata Iman. Jam sudah mencecah angka 11 malam. Serta merta dia terus berdiri. Bergegar meja akibatnya. Amri dan Anuar sudah memegang gelas air masing-masing. Nasib baik tak tumpah air mereka berdua.

Sunday, 29 April 2012

Selamanya Kamu 12

Bab 12

"Weh Am! Cepat-cepat..!" Gesa Anuar.

"Apa dia kau ni? Aku nak makan pun tak senang!" Amri menyuapkan nasi ke dalam mulutnya sebelum memandang ke arah yang ditunjukkan Anuar.

"Tu haa.. Budak yang jatuh longkang hari tu. Kesian giler kau tau." Cerita Anuar.

"Habis tu kau tolong tak?" Tanya Amri bosan seraya meneruskan suapan.

"Aku..? Tolong jugak la.. Tolong tengok!" Ketawa Anuar bila dia teringatkan insiden budak perempuan yang baru report duty membuat praktikal di syarikatnya. Amri hanya menggelengkan kepala. Dah tau perangai kawan dia yang seorang ni. Cuba kalau awek cun yang jatuh tergolek depan dia, tak payah disuruh-suruh. Amri menoleh sekilas budak perempuan yang dimaksudkan Anuar tadi. 'Ermm.. nampak clumsy. Comot pun iye jugak. Overall, not my taste la.' Bisik hatinya.

Thursday, 19 April 2012

Selamanya Kamu 11

Bab 11

"Abang ingat Ima ni perempuan macam mana? Jenis perempuan yang bila terjadi sesuatu macam ni terus cabut lari? Macam tu? Ke sebenarnya abang rasa Ima tak layak untuk jaga abang, tak layak nak jadi peneman hidup abang?!" Nafas aku turun naik menahan rasa. Cukup rasa terduga bila dipersoalkan tentang kesetiaan aku, tentang rasa cinta aku.

"Abang tak maksudkan macam tu Ima.." Perlahan Rafiqin menuturkan kata. Wajahnya masih lagi memandang jari-jemarinya yang tersusun bersilang antara satu sama lain. Sugul saja wajahnya.

"Habis tu, abang maksudkan macam mana? You tell me.." Tanyaku.

Monday, 16 April 2012

Cintaku Di Parking Lot


Hari ni secara tidak sengaja aku terbangun lambat. Apa kena entah dengan jam loceng aku ni. Bikin panas saja pagi-pagi buta ni. Tergopoh-gapah la aku bersiap. Dengan mandi yang ala-ala kerbaunya. Mau dua tiga kali jugak la aku sembur minyak wangi tu.

Selesai bersiap aku terus mencapai kunci rumah dah kereta. Aku diam sejenak, memikirkan kalau-kalau ada lagi barang yang tertinggal. Ohh.. telefon aku! Aku berpatah semula ke dalam bilik. Pasti semua barang-barang penting ada di dalam beg, aku terus melangkah keluar. Takde nak terhegeh-hegeh lagi dah. Nasib baik aku keluar tepat pada waktunya.

Bila melihatkan lift indicator menunjukkan anak panah turun ke bawah, cepat-cepat aku menekan punat lift. Huhh.. selamat! Tak payah aku turun tangga. Tinggg..! Pintu lif terbuka di Ground Floor. Alhamdulillah! Lancar pulak perjalanan lif flat aku hari ni. Selalu pagi-pagi macam ni, kalau tak berhenti disetiap tingkat, bukan lif flat namanya.

Sunday, 8 April 2012

Selamanya Kamu 10

Bab 10

Aku berjalan kehulur-kehilir. Kalau boleh nampak la bekas tapak kaki aku ni, semestinya sudah merata-rata coraknya dilantai rumah. Aku jadi gelisah. Debar mula terasa. Nak marah pun ada. Aku memandang hensetku. Nak telefon kak Maya aku takut. Nanti apa pulak kata dia.

Aku cuba mencari ketenangan. Lalu aku mendail semula nombor abang Gerald Butler aku. Tidak diangkat. Aku cuba sekali lagi. Kali ni masuk peti suara terus. Risau aku sebab sebelum ni tak pernah pulak dia nak buat perangai.

Aku menyambung mengemas pakaian ke dalam beg. Majlis pernikahan aku akan di adakan di Melaka hujung minggu ni. Dekat sikit dengan rumah pihak lelaki. Tapi hati aku ni rentak dia dah lain macam.

**********
"Fiq sampai bila nak macam ni?" Tanya Khadijah. Rafiqin diam. Bagi dia, harapan untuk hidup bersama dengan Ima dah hancur.

"Tak baik dik buat orang macam ni. Ima tu budak baik. Apa-apa hal boleh dibawa berbincang kan.." Pujuk Khadijah. Luluh hati dia melihatkan keadaan Rafiqin yang seperti orang berputus asa.

Saturday, 7 April 2012

Aku Inginkan Bintang 6

Bab 6

Aku mengetuk-ngetuk jemariku di kaunter Burger King. Menunggu giliran dengan penuh kesabaran.

"Hi miss..! Makan sini ke?" Tanya adik manis yang menjaga kaunter tersebut.

"No.. Take away please.." Aku senyum lalu memandang senarai menu.

"Ok.. ermm, I want 2 sets of BBQ Beefacon Cheese. Soft drinks bagi Coke. Medium for both sets ye.."

"Anything you want to add miss?"

"Yup.. make it 3 sets please.. and i want that ice-cream" Balas seorang lelaki seraya menunjukkan jarinya pada Chocolate Fudge Sundae.

Terhenti mulut aku untuk membalas kata adik manis tadi. Aku menoleh kebelakang. Suara macam kenal.

"Aik.. lapar sangat ke?" Soalku pada Najmi.

"Ermm.. lapar jugak la.." Balasnya.

Saturday, 31 March 2012

Aku Inginkan Bintang 5

Bab 5

Setelah puas dipujuk, diracun, digoda, dirayu dan dicerca. Eh, dicerca takde. Dipuja setinggi langit oleh si Niza ni. Barulah aku memberikan kata putus untuk mengikuti rombongan kenalannya pergi meredah hutan ataupun dalam erti kata lainnya, berkhemah di dalam hutan. Apa kelas berkhemah dalam hutan. Cuba la diorang ni bawak-bawak berubah sikit. Cuba berkhemah tepi swimming pool ke? Boleh la aku bawak aku punyer goggle pink tu.

"Eh Cahaya..! Aku cakap jangan bawak, jangan bawak la. Degil kau ni!"

"Biar la aku nak bawak..!"

"Air sungai dekat situ cetek je la. Tak payah bawak la goggle shocking pink kau tu. Buat sakit mata aku je!"

"Eleh, kau jeles pasal kau takde kan..kan..?"

"Eh.. tak kuasa la mak, nyah!"

Tuesday, 27 March 2012

Yang Kurang Sempurnanya..

  Semalam, hari pertama sesi induction untuk new employees dekat tempat kerja aku. Agak ramai dari kebiasaan. Tapi jangan risau, aku bukan nak cerita pasal induction, cuci mata apa segala. Bukan itu. Ada sesuatu yang menarik hati aku sampai aku terbawak-bawak ke malam.

  Tugas aku semalam untuk ambil kedatangan. Maka, terkeluarlah anak tekak segala sebab nak melantangkan suara memanggil nama sorang-sorang. Dekat 80 lebih jugak la. Selesai jugak aku menyebut semua nama.

"Ada sesiapa lagi ke yang saya belum panggil nama?" Lebih kurang macam tu la ayat aku. Ada dua orang yang mengangkat tangan. Yang sorang tu namanya aku dah sebut. Tapi dia tak dengar. Yang lagi sorang ni jenuh aku dok belek kertas nama depan belakang. Memang nama dia takde dalam senarai.

"Memang datang report duty hari ni ke?" Soalku.

Sunday, 25 March 2012

Suami Aku Kacak Bergaya (Full version)

Malam semakin larut. Perlahan aku bangun dari sofa sambil meregangkan urat-urat simpul. Suami aku ni confirm dah membuta. Senyap je dari tadi. Tapi pelik jugak aku, selalunya dia bukan boleh tidur sangat pun kalau aku takde. Aku menutup suis lampu dan tv di ruang tamu lalu menaiki tangga menuju ke  bilik beradu. Haihh.. tak tahan sangat mata aku ni haa. Tengok tv punya pasal, sanggup aku bersengkang mata.

Aku membuka daun pintu. Malap. Tidur suami aku bertemankan lampu yang samar-samar terpancar bilik air. Sebelum ke katil, aku berhenti sekejap di meja solek. Melihatkan bedak sejuk yang aku tempel tadi masih lagi melekat di muka terus je aku berlalu ke katil. Aku tengok suami aku tidur mengiring membelakangiku. Aku memanjat birai katil perlahan-lahan. Elok je aku nak letak kepala, suamiku memalingkan badan mengadap aku. Terkelip-kelip matanya. Yang aku pulak diam terpana.

Saturday, 24 March 2012

Teh 'O' vs Nescafe 'O' 6

Bab 6

Alamak, bos aku ada dekat kedai mamak tu pulak. Macam mana ni? Dari jauh aku dah nampak kelibat Yasser keluar dari Menara The Star.

Aku berjalan mendekati Yasser. Takut kalau dia masuk terus kedai mamak tu.

"Awakk!" Aku memanggilnya.

"Kita makan dekat tempat lain la ek? Bos saya ada dekat dalam kedai tu la." Aku buat-buat muka kesian.

"Laa.. ye ke? Tak pe la, kita makan dekat kedai tu. Yasser menunjukkan kedai makan di bangunan sebelah. Fuhh, nasib baik dia ok. Bos aku ni pun, nak breakfast pergi la makan jauh-jauh sikit.

Selamanya Kamu 9

Bab 9

Aku menghitung hari menunggu tarikh keramat dalam hidup aku. Ada la lagi dalam dua minggu lebih. Aku duduk menongkat dagu menghadap Taman Tasik Titiwangsa. Dah penat berjogging, aku melabuhkan badan di bangku simen. Seronok tengok ragam orang yang macam-macam perangai. Petang-petang Sabtu macam ni memang ramai orang dekat sini. Aku pun termasuk lah antara insan-insan yang memeriahkan lagi suasana Tasik Titiwangsa ni.

Sedang aku dok memerhatikan orang lalu lalang, ada la pasangan yang sedang membawa anak-anak mereka berjalan. Si suami tengah mengendong anak lelakinya kemudian dibawa anak lelakinya itu untuk duduk di atas bahu. Aku tersenyum sendiri. Mula la nak berangan ada keluarga sendiri. Macam mana la agaknya kalau abang Gerald Butler aku tu dukung anak ye?

Monday, 19 March 2012

Misi Mencari Rumah Sewa

Bulan ni bulan aku mencari rumah sewa. Dah dapat sewa ok, rumah pun dekat dengan opis, sekali aku belum sempat tengok rumah.. dah ada orang potong line daa.. aduh..! Aku ni kalau nak cari rumah tak boleh nak bagi deposit banyak sangat. Almaklum la, bulan lepas kena baik pulih kereta, so bulan ni cam missed sikit la duit poketnya.

Dekat area Shah Alam tu banyak rumah sewa. Tapi tu la, banyak yang sharing basis.. aku ni dah la dah lama dok sendiri. Nak sharing-sharing bilik ni mak tak biasa la nok.. Macam mana ek? Takpe la, usaha lagi. Usahakan tangga kejayaan.

Mintak-mintak la orang yang hutang aku bayar lebih sikit bulan depan. Boleh jugak aku cover bayar deposit rumah. Kalau dia tak bayar jugak, kira nasib aku tak berapa nak baik la dapat kawan jenis tak reti nak bayar hutang. Ye tak?

Saturday, 17 March 2012

Aku Inginkan Bintang 4

Bab 4

Aku cuba berenang menghampiri tebing sungai. Air yang mengalir deras melemahkan semangatku. Aku cuba memaut ranting dahan yang berjuntaian. Tewas. Aku semakin pantas dibawa arus. Sungguh aku tak berdaya. Waktu dan ketika ini, hanya nama Allah saja yang aku sebut.

Aku ingin meminta tolong. Tenggelam timbul. Nafas aku makin lelah. Air sungai jangan dikata, dah bergelen aku terminum. Kali ni aku nekad. Aku menjerit sekuat hati.

"Tolong.. tolong..!! Saya lemas..!" Tersekat-sekat nafas aku.

"Banyak kau punya lemas! Bangun lah..! dah nak magrib ni." Niza bersuara lantang dari dapur.

Mata aku terkebil-kebil. Gelap. Siapa pulak yang tekup muka aku dengan bantal ni? Patut la mimpi lemas.

Tuesday, 13 March 2012

Selamanya Kamu 8

Bab 8

Aduh, rasa macam nak patah tulang aku ni mengemas rumah yang seminggu aku tinggalkan. Esok dah nak mula kerja. Kalau ikutkan hati, mau je aku terus terlangkup atas katil bujang aku ni.

Habuk semua dah serupa karpet. Mana taknya, tingkap rumah aku lupa nak tutup. Bergelimpanganlah semua barang-barang atas kabinet tv ni ditiup angin. Mujur tak pecah.

Deringan henset menghentikan kerja-kerja aku. Ayo.. Mana henset aku ni? Habis aku selongkar semua baju dalam beg. Baju yang busuk masam semua dah bercampur dengan yang harum wangi. Tak jumpa jugak. Aku menggaru kepala yg sememangnya gatal ni.

Sunday, 11 March 2012

Aku Inginkan Bintang 3

Bab 3

Sesungguhnya hari ni bukan hari yang baik untuk aku. Dari Midvalley tadi, terus je aku balik rumah. Memang tak singgah mana-mana dah.

Aku menanggalkan seledang pashmina yang membelit kepalaku. Perlahan aku merehatkan diri di atas sofa.

Fuad! Satu nama yang telah lama bertahta di hati aku. Walaupun aku tak pernah mengenalinya secara dekat. Tapi hati aku ni dah berputik cinta untuk dia. Aku tak tau kalau dia punya rasa yang sama. Kalau zaman sekolah dulu orang sibuk dok sebut-sebut secret admire. Memang aku admire gila dengan dia, sampai terjatuh hati terjatuh tangga semua ada.

Selamanya Kamu 7

Bab 7

"Aku pun tak tau la Raf nak cakap mana. Aku pun pelik jugak. Kau ikutkan je la ek?"

Abang Zam kelihatan menepuk-nepuk bahu abang Gerald Butler aku yang tersenyum mengurut janggutnya yang mula tumbuh meliar. Lagi bertambah hensem aku tengok.

Majlis pertunangan aku berjalan ala kadar saja tapi tetap meriah. Mana taknya, dengan anak buah berlari ke hulu ke hilir, sedara mara ulang-alik kejap ke dapur, sekejap menjengah ke bilik aku, macam hari raya pulak aku rasa.

Semuanya sudah beransur pulang. Aku melabuhkan punggungku di birai katil. Mengingatkan peristiwa petang tadi, aku tersenyum sendiri.

"Hah..! Macam tu pulak?" Tanya kak Jah.

Tuesday, 6 March 2012

Inginku Lafazkan Cinta

Kerana rasa akan sesuatu..
Aku melirik pandang bayangmu..
Kerana suaramu itu..
Aku menatap wajahmu..
Kerana wajahmu.. hatiku diam membisu..
Lirikanmu menggoyahkan benteng pertahananku..

Kerana rasa itu.. aku ingin mengenalimu..
Dengan mengenalimu.. aku menjadi perindu..
Rinduku tidak bermakna aku menagih cintamu..
Aku sekadar mengagumi ketenanganmu..
Tuturmu membuatkan aku malu..

Sunday, 4 March 2012

Aku Inginkan Bintang 2

Bab 2

Menjadi penganggur tegar ni sangat-sangatlah memberi ketenangan kepadaku. Memang saja aku berhenti kerja dari syarikat perunding perniagaan tu. Nak rasa tukar angin pulak.

Hari ni aku plan nak keluar pergi Midvalley. Aku nak survey novel then aku nak jalan-jalan cuci mata. Dengan siapa? Aku jalan sorang je. Biasalah lone ranger. Mana ada pakai teman segala.

Sempena pengangguran aku awal tahun ni, adik beradik aku bawak aku pergi jalan-jalan kat tepi laut. Tak jauh mana pun. Dekat Tanjung Bidara saja. Seronok gila. Kulit pun dah bertukar warna ni.

Misi 2012

Salam..

Tajuk selingan aku kali ni berkisar tentang misi. Antara dua misi utama aku dah tercapai. Kereta dah ada. Dari tahun 2010 dah tercapai misi nak berkereta ni. Tahun 2012 ni aku dapat kerja tetap. Alhamdulillah.. Gaji pun mantop. Rezeki tahun 2012. Rezeki dah lebih2 ni jangan riak sudah.. 

Next mission aku nak pakai braces. Nak betulkan gigi aku yang senget ni. Hopefully tercapai la. Kalau lambat pakai, lambat la aku bukak braces tu. Misi aku nak beli rumah macam jauh lagi nak capai.. takpe la, buat sikit-sikit dulu. 



Sekarang ni tengah nak survey area rumah yang bersesuaian. Kalau ikutkan hati. Aku nak jadi penduduk tetap sentul. Tapi sentul ni makin lama makin nak pesat membangun. Kereta dekat flat ni berdouble-double parking nya.

Teh 'O' vs Nescafe 'O' 5

Bab 5


"Err.. saya ada janji dengan awak ke nak jumpa awak pagi ni?"


Eh..eh, minah comel ni, dia lupa ke apa? Aku meraba kocek seluarku, lalu aku keluarkan kunci kereta persona tu. 


"Awak ni hilang ingatan ke apa? Kan awak jugak yang suruh saya tunggu dekat sini pukul 8.00 pagi.." Aku menghulurkan kunci kereta pada dia. Memang semalam kunci kereta dia aku yang pegang. Lupa pulak nak bagi balik.


"Alamakk.. lupa la pulak..! Sorry sangat-sangat." Kata dia memohon simpati seraya mengambil kunci keretanya dari tangan aku.

Saturday, 3 March 2012

Aku Inginkan Bintang 1

Bab 1


"Cahaya nak pergi mana tu sayang..?" Tanya ibu ketika aku melepasi dirinya yang sedang melipat kain.


"Cahaya nak pergi tengok bintang."


Perlahan-lahan aku menuruni anak tangga. Aku sarungkan selipar jepun yang hampir nak putus tu. Itulah selipar kesayangan aku. Tak mahu ditukar-tukar selagi belum habis riwayat selipar tu.


"Mana ada bintang tengah hari ni sayang."


"Erkk.. Cahaya nak tengok matahari." 


Ibu menggeleng kepala. Seketika lepas tu aku dengar ibu menjerit memanggil kak ngah.


"Kak ngah buat apa dengan Cahaya kak ngah?"


"Cahaya tu, dia conteng buku sekolah orang. Orang marah la dia.." Kak ngah cuba membela diri.

Selamanya Kamu 6

Bab 6

Aku mempercepatkan langkah. Memang hati aku ni dah macam maggi kari berapi dah. Huihh.. berasap.. berasap!


"Sayang..! tunggu la abang.." Jerit abang Gerald Butler ni.


Lagi laju dia kejar, lagi cepat aku jalan. Aku menuruni anak tangga. Mau dua tiga anak tangga aku langkah. Takde nak sopan-sopan dah. Eh.. apasal pulak aku ikut tangga? Lift kan ada. Haihh.. macam ni la bila buat kerja tak fikir. Buat penat je. 


Aku berpatah balik. Eh, tak boleh! Abang Gerald Butler tengah kejar tu. Aku meneruskan langkah menuruni anak tangga semula. 


"Sayang..! tolong abang.! sakit ni.. aduhh!! tolonggg..!" 

Sunday, 26 February 2012

Selamanya Kamu 5

Bab 5


Tepat jam 11.30 pagi aku dah terpacak di pejabat abang Gerald Butler. Kalau ikutkan merajuk aku ni, memang takdenya aku nak datang dah. Nasib baik dia pandai pujuk. Eh, bukan dia yang pandai pujuk. Aku ni sebenarnya yang kena pujuk dia semalam. Tak pasal-pasal je berjanji nak dating tengah hari ni. Aduh. Cinta ke apa ni?


"Assalamualaikum.." Sapaku pada penyambut tetamu. Mak aihh.. mata warna biru, muka aku tengok macam muka jawa pun ada. Tak kena langsung contact lens yang dia pakai tu. 


"Waalaikum salam.. Iye cik? Boleh saya bantu?"


"Saya Iman Iklil, saya nak jumpa encik Rafiqin.."


"Ohhh.. Tunang Encik Rafiqin ye?" Balas cik penyambut tetamu ni.


Aku menggeleng tidak. Mengangguk pun tidak. Senyum je la. Pandai ye dia kelentong. Karang aku cancel terus baru tau. Suka-suka je cakap dah bertunang. Tapi aku suka jugak la. Hehehe.


"Mintak maaf ye cik Iman, encik Rafiqin dia ada meeting sekejap. Nanti saya bawak cik Iman ke bilik dia ya?" Kata cik penyambut tetamu ni. Tak tau pulak nama dia siapa. Name tag pun takde. Aku mengangguk je sambil tersenyum. Baik layanannya, senyum dia pun tak lekang. Cantik pun cantik. 

Tuesday, 21 February 2012

Indah Bunga Lalang

Kecil.. halus.. baunya pula tiada harum..
Hadirnya sekadar di jalanan bertemankan lalang..
Berdirinya tidak semegah bunga mawar yang memekar..
Tak pernah merendahkan diri sendiri..
Kerna kadang kala ada yang memandang..
Diri dipetik untuk menambah seri kembang..
Walaupun bukan menjadi yang utama antara hiasan..


Tanpa air dan cahaya mana mungkin bertahan..
Kelopak mawar mula gugur satu persatu menyentuh bumi..
Tapi bunga lalang itu masih lagi mempamerkan seri warna..
Masih lagi menjadi penyeri suasana..
Tidak diendah pada angin kencang..
Tidak endah pada terik yang memancar..

Monday, 20 February 2012

Sweet & Tender Cover

Salam,




Rasa best pulak dapat buat cover sendiri. Okeh la, aku beginner. Baru belajar buat cover. Tetiba aku rasa macam nak jadi photographer pulak. Cari gamba yang meletop. Pastu buat cover cun-cun. Baru semangat nak mengarang cerita. Cerita tak best tak pe, yang penting cover kena power. Wahh.. giteww..

Selamanya Kamu 4

Bab 4


Aku duduk mencangkuk depan pokok kari kak Maya. Perlahan aku ambil seraut daun kari. Aku tenung daun kari tu. Aku cabut satu persatu.
            “Nak..”
            “Tak nak..”
            “Nak..”
            “Tak nak..”
Aku cabut daun kari tu sehinggalah ke daun yang terakhir.
            “Errr.. tak nak?” Perlahan aku bersuara lebih pada menyoal diri sendiri. Aku keliru dengan perasaan diri. Macam mana nak buat ni. Aku kutip balik daun kari yang dah aku cabut tadi. Aku letakkan di atas telapak tanganku. Aku kira semula sehinggalah ke daun yang terakhir.
            “Ehh!.. nak pulak!” Tak semena-mena aku teringatkan abang Gerald Butler. Bibir aku ni dah tersenyum sumbing. Tiba-tiba rasa kembang setaman.
            “Astaghfirullahalazim.. Iman Iklil!!” Jerit kak Maya lantang.

Teh 'O' vs Nescafe 'O' 4

Bab 4


Alhamdulillah. Sampai jugak aku dekat rumah walaupun nak dekat pukul 11.30. Tak pasal je tayar kereta aku boleh pancit pulak hari ni. Aku dah gaya macam ala-ala Padayappa masa nak buka tayar tadi. Dugaan betul. Nasib baik la ada hero malaya nak tolong.
Sebut pasal hero malaya, sungguh aku tak sangka mamat hensem tu pulak yang jadi heronya malam ni. Itupun berkeras jugak dia nak hantar aku tadi. Tapi aku tolak. Umar Yasser? Aku dah tau nama dia, dia pun dah tau nama aku. Memang berjodoh. Wahh! Gila perasan aku ni. 
********

First Time Berukband kena Bar..

Hishh.. macam mana lah boleh kena bar pulak.. Lambat bayar sikit pun nak bar. Diaorang tak tau ke aku ni pengguna tegar berukband. Konon aku rasa macam boleh tahan hidup tanpa beruk belaan tak bernyawa ni. Aihh, boleh tahan 3 hari je. Tangan aku dah gatal-gatal. Gatal bukan sebab apa, tikar buluh aku ni ada habuk. 
Dah la dekat kilang aku tak boleh bukak internet. Memang harus aku jadi pekerja tegar dekat sini.

Monday, 13 February 2012

Selamanya Kamu 3

Hari ni abang Gerald Butler ajak aku lunch dekat luar. Dia ajak aku makan nasi campur dekat area Sungai Udang. Nasib baik la aku tau sikit-sikit jalan dekat Melaka ni. Sekali aku dah sampai dekat kedai Makcik Leha Nasi Campur ni, dia tak sampai lagi. Ke aku yang awal. Aku tengok jam. Wohh, patut la. Lagi setengah jam pukul 12.30 tengahari.

Lepas habis kenduri malam tadi. Baru lah aku tau siapa anak teruna tua yang nak dijodohkan dengan aku tu. Abang Gerald Butler tu nama betul dia Rafiqin Raimi. Perghh. Macam sedap je bunyi. Sedap jugak la. Tapi nama aku pun sedap jugak. Iman Iklil. Sepadan la kot. Choiii..

Thursday, 9 February 2012

I Don't Like Kongsi-Kongsi

Part 1 & 2..
Perlahan Fazrini membuka pintu balkoni biliknya. Malam ni langit terang ditemani bulan dan bintang tapi tidak seterang kehidupan rumahtangganya ketika ini. Sudah 5 tahun dia dan Ilham mendirikan rumah tangga tetapi belum lagi dikurniakan anak. Fazrini pasti, itulah antara faktor yang menjadi kepincangan rumahtangganya sekarang ini. Fazrini hanya mampu pasrah. Ugutan ibu mertuanya yang berkehendakkan Ilham berkahwin lain, sangat menyesakkan dada wanitanya.
Tepat pukul 11.00 malam, kelihatan kereta Honda Accord Ilham memakir di hadapan pagar rumah. Fazrini cepat-cepat mengatur langkah turun untuk menyambut suami tercinta.
“Abang baru balik?” Sapa Fazrini seraya menghulurkan tangan untuk bersalam.
“Ermm..” Balas Ilham acuh tak acuh.
“Kenapa tak tidur lagi?” Sambungnya.
“Rini tunggu abang..” Balas Fazrini menunduk sebab dia tau Ilham tak suka dia menunggu kepulangan Ilham.

Wednesday, 8 February 2012

Teh 'O' vs Nescafe 'O' 3



"Mak aku suruh aku kawin dengan duda beranak 3. Isteri dia dah meninggal 5 tahun lepas. Umur pun dah 40 tahun." Mengekek aku ketawakan si Khadeja ni. Aduhh.. kesian giler.
"Kau ni kan, bukan nak sedapkan hati aku ke ape? Menyampah betul..!" Khadeja dah buat muka bila tengok aku yang tak berhenti-henti ketawa.
“Hahah.. Sorry.. Sorry. Wahh.. jadi mak tiri la kau lepas ni.” Aku menyambung tawaku.
“Gila sentap aku dengan kau ni tau..!” Khadeja baling aku dengan gumpalan tisu di tangannya.
Aku mula tarik nafas dalam-dalam nak tahan ketawa. Kesian pulak dengan Khadeja ni. Mengharapkan solusi.
“Dah tu, kalau mak kau dah suruh kau kahwin.. kau kahwin je la. Kau ada masalah dengan umur dia ke? Tak pun sebab duda tu dah ada anak? Dapat pahala lebih tau kalau dapat jaga anak yatim ni.” Ulasku panjang lebar.
“Kau gila!! Habis Bob aku tu aku nak letak mana?”

Monday, 6 February 2012

Selamanya Kamu 2

Berkira-kira je aku rasa nak memandu pulang ke Melaka. Aduh aihh.. Kalau boleh kereta ni aku bawak lagi perlahan, memang perlahan la aku bawak. Rasa macam tak sampai hati nak bawak diri sendiri pergi Melaka. Macam menempah kusut dan serabut kepala.

Kereta aku meluncur ke susur keluar Simpang Empat Alor Gajah. Nampaknya lagi 20 minit lagi aku akan sampai rumah Kak Maya. Dah 6 hari berlalu. 6 hari jugak la aku tak cukup tidur memikirkan masalah masa depan yang tak berapa nak depan sangat ni. Tu la, suruh cari calon awal-awal tak nak. Ehh.. Apa pulak aku tak cari. Aku cari je. Tapi nak buat macam mana, dah takde jodoh. Banyak-banyak berdoa je la.

"Tin..!! Tin..!!" Sengaja aku hon kuat-kuat.

"Haii Uda..!!" Laung Bina dari muka pintu sambil berlari membuka pagar rumah.

"Haii Bina..! Assalamualaikum.. Abang Imad dah balik sekolah ke?" Aku menyapa Bina setelah memakirkan kereta.

"Abang Imad pergi sekolah agama Uda. Petang sikit baru dia balik." Jawab Bina seraya menutup pagar rumah.

"Bina.." Meleret aku panggil anak buahku tu setelah dirinya dipeluk dan dicium.

"Bawakkan beg Uda masuk" Aku memandang Bina yang sudah memuncung.

"Uda ni pemalas la"

"Sebab Uda tau Bina rajin, sebab tu Uda suruh Bina angkat" Kataku seraya mengenyitkan mata padanya.

"Nanti Uda belanja adik McDonalds tau" Pintanya. Hishh.. masih lagi bahasakan diri sendiri adik walaupun dah ada adik kecil. Aku mengangkat ibu jariku menunjukkan tanda setuju.

Selamanya Kamu 1

“Arghhhhh!! Kusut kepala nih!! Aku menggenggam rambut di kepalaku. Rasa macam nak dibiarkan tercabut saja. Tak payah aku susah-susah fikir.

“Kau tak payah nak buat-buat kusut pulak!” Kata Kak Maya kepadaku.

“Iye la kak.. mau tak kusut. Yang muda sikit takde dah ke?” Kataku seraya memuncungkan bibir.

“Eh, Ok apa? Umur matang. Dia pun bujang lagi. Tak pernah kahwin pun.” Kak Maya cuba memujukku.

“Umur 47 tahun dah! Nak kiok dah kot?” Sambungku lagi.

“Eh..eh, sedar sikit kau tu umur dah berapa? Nak masuk 30 tahun tau. Kau ingat kau muda sangat ke?” Kak Maya dah gaya-gaya macam nak telan aku dah.

Wednesday, 1 February 2012

Coz' You Are My Man

"Tett..tett" Bunyi SMS. Alahai, malas pulak nak bangun. Dengan mata yang masih tertutup, aku mencapai hensetku di tepi katil. SMS dari Ashraff aku baca.

Woit, kau kat mana?
Jom main Bowling..
Aku kat Timesquare ni. With my friends.
Jom la..-Ashraff


Hish. Aku baru nak lepak rumah je hari ni. Malas betul nak keluar. Alasan apa nak bagi dekat mamat ni ek? Ah..haa. Pantas aku menaip keypad hensetku sambil tersenyum.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.
Hehehe.. Aku kat rumah la. Tengah berkubang.
Alaa.. gaji belum masuk la. Lagipun aku sakit gigi.
Mulut pun sakit jugak ni. –Lis


Monday, 30 January 2012

Cinta, Dimana Kamu..??

Lelah aku berlari..
Lelah aku mencari..
Orang kata datangnya seperti mentari..
Menerangi seluruh pelusuk hati..
Cinta, dimanakah kamu ini..?
Orang kata tak perlu dicari..
Kamu bisa datang sendiri..
Aku tidak betah duduk disini..
Menunggu saja engkau ke mari..

Orang kata kamu itu buta diri..
Kalau sudah buta, bagaimana untukmu mendekati..?
Tak ingin aku cinta yang buta ini..
Aku inginkan cinta yang bisa melihat melalui mata hati..

Teh 'O' vs Nescafe 'O' 2

Dah seminggu aku tak jumpa mamat hensem tu. Mana dia pergi ek? Hampa pulak rasa hati sebab tak dapat nak cuci mata time lunch ni. Asyik-asyik mengadap muka si Khadeja dengan kak Miela ni. Bosan mak nyah..

"Deja, jom kita makan awal hari ni nak? aku dah lapar la" Jeritku seraya menjengok-jengok disebalik partition kitaorang ni. Kot-kot la aku bercakap sendiri ke kan. Bukan boleh percaya sangat minah tu. Kekadang macam biskut. Kejap ada.. tingg!! kejap tak ada.

"Boleh. Aku pun dah lapar jugak ni. Jap ye. Aku nak hantar satu email ni kejap." Kata Khadeja.

"Kakak Miela nak makan sekali tak? Jom la.. jom la.." Rengekku.

"Ala, akak nak kena siapkan Sales Report ni kejap. Bos awak tu dah mintak dah." Katanya.

"Alaa.. Bos bukan ada kat opis pun hari ni. Esok baru dia masuk kan?" Tanyaku.

"Dah..dah.., jom. Kak Miela kalau lambat kita tinggal je dia." Usik Khadeja.

Sunday, 29 January 2012

Teh 'O' vs Nescafe 'O' 1

"Ane..!! Bagi teh o ais satu!" Aku menjerit kecil. Maklumlah, kedai mamak kalau dah nk dekat lunch hour ni ramai orang. Tak boleh cakap perlahan. Nanti tak siapa pulak yang nak dengar. Untung aku dah ambil nasi campur je. Tak payah susah-susah nak pesan makanan lain.

"Saya bagi sirap limau je Ane". Kata Khadeja, merangkap 'opismate' aku yang paling rapat. Apa-apa gosip terkini dan sensasi memang dialah orang pertama yang kena menadah telinga.

"Okey!!" Jawab Ane kedai mamak ni dengan gelengan kepala. Aku pn naik hairan. Kenapa diaorang nak kene geleng kepala. Bukan aku mendiskriminasi ke apa, tapi kekadang tu aku pun dah nak terikut sekali. Hehehe.. Ketawaku dalam hati.

Tuesday, 17 January 2012

Berlumut sudah..

Ekspidisi mengikis lumut kt blog aku nih.. baru prasan.. time zone kt blog aku ni tak synchronise ngn time zone kl.. harus aku menaip kt overseas kalo gitu.. hehhe.. tgh pkir2 ape nk dibuat ngn blog aku nih.. tak mo bagi berlumut dah..

Sunday, 15 January 2012

Kelmarin..

Kelmarinku adalah sebuah cerita..
Kelmarinku ada rahsia..
Kelmarinku ada jiwa..
Kelmarinku punya rasa..

Ceritaku tidak sehebat kisah dongeng antara Cinderella dan Puteranya..
Mana pula mungkin menjadi Snow White yang berbaring dikeranda kaca..
Ataupun seperti Shrek dan Fiona empunya nama..?
Ceritaku biasa sahaja.. ceritaku adalah sketsa dunia..
Punya aku, dia, mereka dan yang maha Esa..